Fiezaradzi.com Berpindah

Posted by

Salam semua. Entry kali ini adalah bagi menguraikan persoalan (ada ke?) di minda semua. Sebelum ni ada saya tulis pasal blog tak sihat dan entry yang hilang.. huhuu.. Sebenarnya masalah ni dah agak lama.. Oh ye, maaf kalau kali ini entry ni mungkin sedikit panjang lebar untuk pembacaan anda. Ia sekadar melepaskan sedikit pandangan tentang hosting.

Fiezaradzi.com dahulunya di’host’kan di hosting dalam negara, bermula dengan huruf s (tak sampai hati nak tulis hosting mana..). Beberapa masalah pernah terjadi pada blog ini seperti entry hilang, tidak dapat ekses ke blog, malah blog disekat (suspend). Bila masalah ini berulang dan tiada pemberitahuan telah menyebabkan tuan blog ini terasa sangat malas nak menulis dan ‘blogwalking’. Ada satu tahap blog ini langsung tidak boleh dibuka selama seminggu, malah lebih. Ada rakan-rakan yang tinggalkan pesan kenapa tak dapat nak buka blog fiezaradzi.com ini. Jika ada sedikit penjelasan dari pihak hosting, mungkin boleh dimaafkan, namun semua itu hanyalah mimpi semata-mata. Sehinggakan, beberapa email ‘sound’ dihantar ke pihak mereka meminta menjelaskan perkara ini. namun, masih tiada balasan. Akhirnya, setelah mencapai kata sepakat membawa berkat (bersama encik suami), fiezaradzi.com telah berpindah ke hosting baru, walau pun usia blog ini hanya separuh tahun.

Alhamdulillah, setakat ini belum ada masalah yang melanda blog ini. Malah kadar loading juga lebih laju berbanding yang lama. Terima kasih buat netkl network yang melayan karenah pelanggan yang sedikit buta IT ni.. hehee.. Proses pertukaran ini juga hanya mengambil masa yang singkat. Tidak sampai sehari, blog ini telah dapat diakses semula. Insyaallah. jika tiada sebarang masalah fiezaradzi.com akan terus menggunakan hosting dari netkl ini. Sebelum beli siap leh online chatting lagi dengan dorang ni.. okla kan..

online with netkl
online with netkl

Banyak perkara tertinggal sepanjang blog ini ditutup. Nanti, ada masa, kita kongsi ye.. Sekarang cam kurang sikit masanya.. hehe.. Oklah, sesiapa yang berminat nak bertukar hosting ke netkl bolehla klik sini ye..

@fiezaradzi.com – happy birthday buat anakanda puteri kesayangan. Moga sentiasa sihat dan berada di dalam rahmatNya.. amin.. Happy second birthday..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *