Kek Pisang vs Kek Kurma

Posted by

Salam hari raya buat semua. Ada lagi yang menyambut hari raya, malah ada yang tengah cuti kan? Dan ada juga yang dah kena kerja. Apa pun yang anda buat, selamat saya ucapkan. Saya, ya masih bercuti. Saja bercuti panjang sikit, lepas ni rasanya dah tak ke mana kot, maklumlah dah makin lama, makin dekat usia kandungan ni.. nanti dah tak larat nak berjalan-jalan.

Berbalik kepada tajuk, kawan-kawan pernah makan dua-dua kek ni? Ada apa dengan kek ni? Dulu masa zaman belajar, saya terlibat dalam satu sekretariat di kolej. Kalau ada jamuan atau apa-apa program yang biasa-biasa tu, kek pisang ni memang menjadi pilihan kawan-kawan sekretariat sebagai juadah, sama ada sampingan atau utama. Asyik-asyik kek pisang. Sampaikan ada yang menyuarakan apa trade mark sekretariat ni kek pisang pe.. Sampaikan dah naik bosan dah..

Disebabkan kebosanan ni, akhirnya encik suami berjaya menemui kek baru, kek kurma. Harga dan rupa hampir sama dengan kek pisang, hinggakan mulanya saya ingat suami membeli kek pisang lagi.. Nasib baik warnanya sedikit kecoklatan dan rasa yang pada saya lebih sedap.. hehe.. (mungkin juga sebab dah bosan dengan kek pisang kot..). Kalau nak tau pe kelebihan pisang dan kurma ni bolehlah ke sini dan ke sini atau tanya saja pak cik google. kan?

Lupa pula nak ambil gambar kek kurma tu.. kalau tak leh upload kan sini kan.. Lagi, kurma bagus untuk wanita mengandung. Juga bagus untuk mereka yang berpuasa. betul tak?Jadi sekarang kalau diberi pilihan, antara kek pisang dan kek kurma, tentu kek kurma jadi pilihan buat masa ni.. hehhee..

@fiezaradzi.com – dalam banyak-banyak kek, kek coklat juga paling digemari.. hehee.. bukan setakat kek, tapi mana2 yg de rasa coklat tu, mmg saya suka la… hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *