Salam buat semua. Kejap je kan, sedar tak sedar, dah nak hampir hujung tahun. Esok pula Islam bakal menyambut hari raya Aidiladha. Salam aidiladha buat semua. Ada yang bercuti panjang? Atau ada yang beraya di perantauan sahaja? Mulanya memang niat nak beraya di perantauan, tapi encik suami kata, apa salahnya balik. Jadi, insyaallah, lau diizinkan petang ini bakal kami mulakan perjalanan ke kampung. Kereta pun dah siap servis. Bolehlah mulakan perjalanan dengan lebih baik.
Semalam, setelah menyaksikan sedikit sedutan ‘live’ perlawanan bola sepak sukan asia antara Malaysia – Iran, sedikitĀ teruja kerana pada separuh masa pertama, kedudukan masih lagi 0-0. Namun apabla sampai di rumah, sedikit kecewa dengan keputusan 3-0 sebelum pemain negara menjaringkan gol penalti mnejadikan kedudukan Iran – Malaysia, 3-1. Apa pun, dengan pemain utama yang tidak dapat bermain, pujian patut diberi buat mereka. Melawan salah satu pasukan pilihan utama perlawanan, keputusan tersebut patut dibanggakan. Pada saya ianya permulaan yang baik buat skuad negara. Cuma sedikit kecewa dengan pasukan badminton yang gagal merebut pingat pada kejohanan berpasukan kali ini (sebab ni game paling saya suka). Oh ye, buat setakat ini, yang saya tahu, Malaysia sudah memperoleh emas pertama dari sukan wusyu dan 2 pingat gangsa dari menembak dan pasukan ekuestrian. Tahniah buat mereka.
Pagi tadi juga kami ke klnik untuk check saya dah dah masuk trimester ketiga. Kejap betul berlalu, sedar je dah hampir lagi dua bulan je untuk mengakhiri dunia penuh alahan dan angin satu badan ni. Mengandung kali ni lebih sedikit mencabar berbanding yang pertama. Walau bagaimana pun, masih bersyukur kerana saya tahu di luar sana pasti lebih banyak pengalaman pahit manis semasa mengandung. Kiranya masih ok dan peringkat pertengahan lagi la saya ni. Hanya kudrat dan masalah angin je.. Makan, memang dah makin banyak.. huhuu.. Cuma tadi kata doktor, anak kecil ini masih belum berpusing kepalanya ke bawah, walau pun waktu-waktu begini posisinya sudah mula berubah. Doakan lah agar kandungan kali ini dapat lagi dilahirkan secara normal. Ameen..
Oklah, selamat bercuti buat semua. Dan sememangnya saya juga akan bercuti. Insyaallah jika ada kelapangan, akan berupdate, kalau tidak, tunggu saja lah selepas cuti. hehee.. Salam Aidiladha buat semua. Bagi yang melakukan ibadah qurban, moga ianya diterima sebaiknya. Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya. Salam Aidiladha buat semua.
@fiezaradzi.com – Bagi yang memandu, sila bersabar untuk sampai ke destinasi. Moga kita semua sentiasa dilindungiNya. Ameen..