Kita Punya Hak – Bagaimana Hak Orang Lain?

Posted by

Nak kisahkan sedikit tentang perkara yang berlaku baru-baru ni di klinik. Umum tahu kan, klinik kerajaan, jadi memang la ramai. Dan ditakdirkan juga klinik ni walau pun ramai, tapi ruangnya agak kecil. Klinik ni khusus untuk ibu dan anak, sebab namanya pun Klinik Ibu dan Anak G….. S…. .

Jadi bila dah nama klinik ibu dan anak, maka ramailah ibu-ibu mengandung di samping ibu bersama anak-anak yang perlu pemeriksaan atau pun suntikan. Kaum bapa pun tak kurang ramainya. Menemani isteri dan anak-anak. Memang dah kira bagus dah la kalau macma tu. Kebetulan pula waktu itu memang sangat ramai pesakit, dan sudah tentu lama menunggu.

Dalam ramai-ramai ibu yang menunggu giliran untuk mengambil bacaan darah, tekanan darah dan berat tu, ada la seorang suami la saya katakan, sebab menemani isterinya check up di situ. Orangnya masih muda, mungkin lebih muda atau sebaya saya. Dia duduk bersama-sama ibu mengandung, sedangkan ramai suami lain hanya memandang (menjaga anak/ menunggu isteri) di luar. Ye lah, sebab ruang memang sempit kan.. Di sebelahnya pula ada kerusi kosong yang mana untuk ke situ hanyalah melalui hadapan lelaki itu yang boleh saya katakan terlalu sempit untuk ibu-ibu mengandung. Jadi, fikirlah siapa yang nak duduk di situkan..

kredit gambar

Dan ditakdirkan juga masih ramai ibu-ibu mengandung, malah yang sarat sedang berdiri. Terfikir saya, tidak peka kah dia akan keadaan itu, atau sedar tetapi malas untuk bangun. Memang tidak salah untuk lelaki itu duduk di situ, tetapi pada saya berilah keutamaan pada ibu-ibu yang ada. Sudah terang-terangan si lelaki itu sihat malah gagah perkasa lagi. Jadi berilah 2 tempat duduk atau beralihlah ke tempat yang kosong supaya ada peluang untuk ibu-ibu lain duduk. Si isteri juga tidak mengubah tempat duduk, malah rancak berbual dengan suaminya itu. Sepatutnya masing-masing mengingatkan sesama sendiri akan perkara itu. Nama pun suami isteri kan..

Bukan sekali dua, malah sudah banyak kali saya perhatikan keadaan ini. Malah di dalam pengangkutan awam pun masih ramai yang tahu kepentingan memberi keutamaan kepada mereka yang lebih berhak, namun kadang-kadang mereka ini hanya membiarkan sahaja golongan berhak itu berdiri hingga tiba ke destinasi.  Berat sangatkah untuk bangun dan memberi keutamaan kepada golongan yang lebih perlu? Atau malu dikatakan terlalu baik sebab memberi peluang kepada golongan tersebut? Atau juga malu dikatakan tidak pandai merebut peluang kerana telah mensia-siakan kemudahan yang diberi? Fikir-fikirkan lah..

suka surat untuk kawan ni..

Entry ini bukanlah mahu menyalahkan mana-mana pihak, cuma harap dapat membuatkan semua terfikir akan perkara ini dan harap-harapnya kita semua mengubah sikap jika ada yang mengamalkannya sebelum ini. Berilah keutamaan kepada mereka yang lebih perlu kerana tidak mustahil suatu hari nanti, kita juga bakal berada di dalam golongan itu.

Sama juga untuk kes-kes perokok yang sesuka hati merokok di tempat awam. Bukan tidak boleh, cuma berharap anda peka kepada persekitaran yang mana mungkin ada yang allergik denganasap rokok anda, terutamanya bayi dan ibu mengandung.Bukan tidak ada, malah sudah banyak yang saya baca kurang senang dengan keadaan ini, tetapi tidak tahu bagaiman untuk menyuarakan ketidak senangan hati mereka. Bimbang perkara buruk lain mungkin berlaku.

@fiezaradzi.com – Itu perkara yang kurang senang, yang senangnya, kata nurse, anak saya sudah mula berpusing kedudukan kepala ke bawah, tapi masih boleh berubah-ubah. Terima kasih Ya Allah, harap-harap bila sampai masanya nanti, si kecil tu berada di posisi yang betul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *