Ingatan Buat Pemandu

Posted by

Rasa-rasanya ramai antara kita yang jadi pemandu kan.. Tak kisah la pemandu kereta ke, bas ke, motosikal ke atau pun kereta kuda sekali pun.. Tapi entry ni bukan lah ditujukan untuk pemandu kereta kuda atau kereta lembu, apatah lagi kereta sorong.. Ia untuk kenderaan yang ada kelengkapan sebuah kenderaan..

  1. JANGAN ingat pemandu lain tahu isi hati anda. Jadi kalau nak ke kanan atau ke kiri tu silalah ringankan tangan yang berat tu untuk beri signal. Tak susah mana pun, bukan kena bayar pun.. Bukan kena membongkok hingga membahayakan nyawa anda. Malah ia amat-amat berguna nak nak kalau tak nak dilanggar.
  2. JANGAN pakai atau pegang handphone (sama ada bercakap atau tulis mesej). Sebabnya anda nyusahkan orang lain. Mana nak tengok depan, mana nak tulis mesej buat tersayang. Silap-silap hari bulan, duduk hospital, tangan tergantung, makan pun disuapkan. Praktis la pakai earphone, tak pun kalau susah sangat (kalau yg pakai tudung, kan sedikit susah kan..) buat-buat la berhenti kat mana yang tidak membahayakan diri anda.
  3. SILA berada di laluan kiri paling tepi jika memandu sekitar 20-40 km/j atau anda sedang menjamu mata memandang keadaan sekeliling atau tengah bercinta dengan penolong pemandu kat sebelah. Mana la tau kan, de yang dalam emergency, isteri nak bersalin ke, so kena la bawak lebih dari 40km/j tu.. Lau tak, mau bersalin dalam kereta. Jangan la anda dengan kelajuan yang tak berapa laju tu duduk di line paling kanan, pastu tak reti-reti nak ubah walau pun, kereta belakang dah bagi lampu dan hon. Juga ingatan untuk pemandu motor, kalau slow sangat sila lah ke tepi ye, anda tu dah le kecik je, apatah lagi kalau yang lalu tu lori 5 tan. Memang sah tak nampak anda.
  4. SILA parking atau letak kenderaan anda di tempat yang betul. Kalau tak de jugak, sila lah bawak peneman yang boleh tolong ubah kenderaan jika anda menghalang kenderaan orang lain yang ingin bergerak. Ini tak, buat tempat tu macam korang punya pulak. Orang lain pun bayar cukai juga. Jangan nanti hati sedih sebab tengok kenderaan telah de lukisan seni yang sukar dipadam (dicalarkan le tu..)
  5. JANGAN langgar lampu isyarat. Lebih-lebih lagi pemandu motosikal. Kadang-kadang de yang tak nampak, terus bum… susah pulak pengguna lain nanti. Terpaksa tempuh kesesakan 5 jam hanya disebabkan kecuaian anda. Yang lain pun sama, nanti susah kenderaan lain yang nak cepat.
  6. JANGAN memotong barisan, lebih-lebih lagi jika terlibat dalam kesesakan jalan raya. Ingatlah, orang lain pun terlibat sama. Malah ada yang menunggu lebih lama dari anda. Beraturlah ikut giliran. Ini dah le sesak, anda pula potong line, lagi bertambah sesak la keadaan. Dah le potong line, bawa kereta laju pulak tu. Kesian kat pemandu motosikal, dah le dapat jalan kecik je, anda pulak ‘rampas’ laluan tu dari mereka. Dorang pun bayar roadtax walau pun tak semahal roadtax kereta anda. Lainlah jika tidak sengaja atau ada kecemasan.
  7. JANGANLAH jadikan jalan raya sebagai litar F1 atau litar Batu Tiga yang dah lama tutup tu. Nyusahkan orang tau tak. Apatah lagi kalau tempat tu de rumah orang. Macamlah eksos motor tu bunyi macam lagu Faizal Tahir. Kalau tak, ok jugak kan. Dapat dengar lagu free. Nak berlumba pun, pergi le ke tampat yang menarik sikit. Kang bergesel dengan kereta orang tak ke gaduh pula…

boleh ke parking sini?

terima kasih gambar

Yang lain tu, korang tambah la sendiri. Huhuu.. Hari Sabtu lepas, ternampak satu kejadian ni. Di persimpangan yang de lampu isyarat. Kereta H**** hitam tu nak belok ke kiri (wpun berada di bahagian kanan). Dah la laju, signal pun tak de. Penunggang motosikal yang hampir melanggar pun bunyikan hon ‘menegur’ (guna tangan la). Agaknya tak puas hati dengan motosikal tu, terus kereta tu pecut ke hadapan, dan menghimpit motosikal tu. Pelik, siapa yang salah, siapa yang benar sebenarnya?

@fiezaradzi.com – perjalanan ke tempat kerja de dalam 5-10 minit je, tapi macam-macam ragam pemandu boleh dilihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *