Membuat Domain Sendiri – Bahagian 2

Posted by

bloganda

Salam buat semua. tup-tup dah hari Jumaat ye.. Nampaknya entry saya sebelum ni ada peminat.. Heheee.. terima kasih kawan-kawan. Saya tau, kat luar sana masih ramai tak tahu nak buat blog ber’domain’ sendiri ni macam mana. Macam saya dulu jugak.. Memang nak, tapi tak tahu macam mana..

Jadi, dah fahamkan apa yang perlu difahami? Kalau macam tu, kali ni kita tengok plak ek macam mana nak buat. Oh ye, ini langkah ringkas ye, buat yang baru nak tahu. Kalau dah otai, mungkin lebih hebat kan…

LANGKAH MEMBINA BLOG

  1. Kenal pasti tujuan membina blog. Ini penting untuk pemilihan nama. Jika untuk personal, nama sendiri boleh digunakan, atau ikut suka anda. Contohnya, blogakublogakula.com. Tapi kalau untuk perniagaan, buat domain yang mampu menghubungkan nama dengan perniagaan, contohnya, pampersanak.com
  2. Buat survey untuk domain dan hosting provider. Provider ni memang banyak, yang dalam Malaysia pun ada. Setakat yang saya tahu & disarankan, seperti Exabytes, Serverfreak, JomHosting, Sepaku Hosting, BaitulBytes dan banyak lagi. (boleh tanya pak cik google ye..) — Sila survey lebih, sebab kadang-kadang de yang sedikit problem, nanti susah pula nak update blog & susah pelawat nak datang.
  3. Beli domain dan hosting provider. Bila dah tahu kat mana nak beli, beli la sebelum domain pilihan anda dikebas orang. Boleh check di website provider untuk harga, sebab de pro dan kontra bagi setiap provider. Oh ye, selain blog dot com, dot net atau dot org juga boleh digunakan.
  4. Kena setup wordpress. Yang ni, kalau rasa malas dan tak tahu, boleh ajer mintak ‘servis setup’ orang yang lebih arif dalam bidang ni. Ada juge ebook dari Sifu Zul iaitu Pakej Kit Blogger (begitu berbaloi-baloi jika memilikinya).
  5. Upload widget/plugins/apa saja aplikasi yang anda rasa ingin nak disiarkan pada blog. Dalam hal ini, perlu install FileZilla, atau guna fungsi Add-ons pada Firefox atau boleh buat dari CPanel anda. — CPanel memang ada bila anda membeli domain dan hosting.
  6. Mula menulis. Tulislah apa sahaja yang anda mahu di blog. Itukan blog anda sendiri.
  7. Boleh di war-war(bukan war- perang ye..)kan kepada rakan taulan. Promote la blog kepada sesiapa sahaja.

Secara ringkasnya, itu lah cara membuat blog ber’domain’ sendiri. Jadi, tunggu apa lagi, mulakan langkah pertama anda. Anda tidak akan bermula selagi anda hanya tercegat di situ.

@fiezaradzi – kalau setakat blog personal yang simple, langkah 4 & 5 tu saya boleh tolong buatkan… hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *