Membuat Domain Sendiri

Posted by
domain

Maaf kali ni, entri mungkin sedikit serius. Bukan apa, sebelum ini saya telah ditanya oleh beberapa orang kawan blogger tentang bagaimana membuat domain sendiri, maksudnya domain.com, atau juga domain.net dan sebagainya, bukan lagi dari ‘free provider’ seperti blogspot atau wordpress dan lain-lain.

Sebelum tu, maaf, saya bukanlah expert dalam bidang ni, tapi ini semua atas pertolongan suami dan semangat mencari ilmu yang takkan habis. Masa mula-mula dapat domain sendiri nih, satu perasaan lain dapat dirasai. Tak tahu nak cakap camne, tapi itu lah die..

Bagi yang sudah biasa dengan wordpress, bukan satu masalah bila ingin bertukar ke blog berdomain sendiri. tapi bagi pengguna tegar blogspot, mungkin sedikit masalah. Sedikit jer, tapi lama-lama, jadi cam kacang jer.. (saya pun dah suker pakai wordpress ni skrang..)

Mula-mula mesti kenal dulu beberapa perkara penting yang berkaitan dengan blog. Masih ramai yang tidak tahu, untuk blog ber’domain’ sendiri, hosting dan domain adalah perlu. Tidak seperti blogspot, semua itu sudah tersedia.

Domain itu secara lahirnya seperti fiezaradzi.com, atau hafizmohd.com. Maksudnya nama yang kita ingin letakkan sebagai perkenalan blog kita.

Nama domain boleh dipilih, tetapi, kadang-kadang, mungkin domain yang anda mahukan, sudah dimiliki orang lain. — Hal ni boleh berlaku jika nama anda sudahpun didaftarkan oleh orang lain kerana nama anda sama (kirenye siapa cepat, dia dapat)

Jadi, sila semak dahulu sama ada domain itu ‘still available’ atau tak. Selalunya di mana-mana hosting provider ada kemudahan ini.

** Mesti rasa glamer bila nama sendiri de kat situ.. konon la glamer.. hahaa..

Hosting adalah tempat di mana domain itu disambungkan. Kalau domain itu seperti alamat anda bekerja, maka hosting pula adalah bangunan tempat anda bekerja.

Di sinilah nanti semua data-data, gambar dan semua informasi akan diletakkan. Seperti sebuah bangunan yang diisi dengan meja, kerusi, komputer dan sebagainya.

WordPress pula adalah satu sistem, supaya anda boleh menghantar artikel, memuat naik(upload)/ turun (download) sesuatu perisian/ widget/ plugin dan yang seisi dengannya.

Kesimpulannya, hanyalah tiga perkara asas yang diperlukan untuk buat blog sendiri iaitu hosting, domain, dan sistem wordpress.

p/s – mungkin ada yang tertinggal, kalau ada sebarang kemusykilan, jangan malu-malu kambing untuk bertanya..

@fiezaradzi: InsyaAllah, entry berikutnya akan ada langkah-langkah membuat blog ber’domain’ sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *