Anda suka menonton tv? Atau suka melayan citer drama? Bagi kaum hawa khususnya, saya percaya ramai di luar sana suka menonton drama, terutamanya drama korea atau jepun (termasukler saya..). Aktiviti ni biasanya saya buat sewaktu masa lapang. de masa lapang ek.. Kalau dulu ingat lagi, time belajar, sampai ke subuh sebab buat marathon drama-drama jepun nih. Nasib baik gi kelas tak tidur.. Tapi sekarang kalau malam, cukup untuk satu episod jer.
Berbalik kepada topik sebenar, semalam baru je tamat tengok cerita Mr. Brain. Drama jepun, pelakon utamanya Kimura Takuya, disiarkan di Jepun 2009. Cerita ni berkisar tentang Tsukumo (Takuya) seorang neurologist yang berkhidmat di IPS (Institute of Police Science) – satu institut lebih kurang macam forensik. Teknologi kat sini sangatla canggih. Tsukumo seorang yang bijak, lebih suka menganalisa otak manusia.
Macam-macam kejadian berlaku yang melibatkan pembunuhan. Dalam pelbagai siri pembunuhan inilah, Tsukumo membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes. Ada juga kes yang melibatkan skandal orang atasan yang berjaya dibongkar semula. Persepsinya juga telah mengubah suasana berkerja di institut tu.
YANG MENARIK
- Personaliti Tsukumo yang berjaya menjadikan cerita ini serius/misteri, pada masa yang sama unsur kelakar tidak dilupakan. Juga tindak-tanduknya yang tidak diduga.
- Fakta-fakta kebenaran terselit dalam cerita ni; contohnya memang benar sarapan pagi boleh menjana minda, pisang adalah sesuatu yang bagus untuk minda – macam cerita NCIS, CIS Miami
- Kejadian/jalan cerita yang membuatkan kita tertunggu-tunggu/ jalan cerita yang kadang-kadang di luar jangkaan kita – sama gak cam CIS atau NCIS, tapi bukan seperti cerita Forensik kita tu…
— yang ni sampai membuatkan kita pulak yang teka-teka sendiri – jadik pengamal cerita jap.. - Teknologi yang hebat. Komputer tu macam meja yang boleh ditekan-tekan jer.. Saya harap saya de satu kat rumah.. 😀
- Hubungan baik yang ditonjolkan dalam setiap karektor membuatkan semua rasa rapat jer..
- Of course pelakon la kan..
YANG KURENG
- De 8 episod je, membuatkan rasa tak puas nak tengok lagi.
- Rasanya patut dibuat sambungan, sebab macam de je leh sambung.
Overall, cerita ni best. Sampaikan suami saya pun layan cerita nih..
PELAKON
Kimura Takuya – Tsukumo Ryusuke
Ayase Haruka – Yuri Kazune
Mizushima Hiro – Detektif Hayashida
Kagawa Teruyuki – Tanbara Tomomi
Di samping watak sampingan lain
Kredit gambar kepada pak cik google
@fiezaradzi – kalau nak tahu orang menipu camner, leh la tengok citer nih..