Kalau dulu bayi dibenarkan makan makanan bermula usia empat bulan, namun polisi telah ditukar kepada usia 6 bulan. Jadi selama 6 bulan pertama, hanya susu menjadi santapan bayi kecil yang comel. Dan sebaiknya, susu ibu adalah yang terbaik. Jadi, ibu-ibu, sediakanlah hak anak anda sebaiknya, dan bapa-bapa, berilah sokongan kepada isteri anda nanti ye..
Ada baik buruk mengenai perkara ini. Namun, bukan nak bincangkan hal ni. Pagi tadi terbaca kisah bayi tercekik bebola ikan.. Kesiannya.. Bayi yang berusia 9 bulan, diberi makan bersama-sama kanak-kanak lain, sehinggakan tercekik bebola ikan yang disediakan bersama makanan. Terbayang saya, baru 9 bulan dah diberi makan makanan pepejal sebesar bebola ikan tu. Kalau bayi tu dah tumbuh gigi dan sudah pandai mengunyah, itu bukan satu masalah. Tapi, setahu saya, bayi 9 bulan, belum tentu mampu mengunyah makanan dengan sebaiknya. Anak kecil saya, sewaktu usia 9 bulan dulu, gigi baru berapa batang tumbuh, dan masih makan bubur nasi yang lembik.
Kejadian ni berlaku sewaktu di TASKA. Bayangkan, ketika hantar anak ke Taska, ceria dan gembira, tapi bila bawak pulang, bayi comel itu sudah menutup mata buat selamanya. Hati mak ayah manalah tak sedih.
Sebenarnya ini bukan isu pertama yang berlaku di Taska, malah sudah banyak. Yang menjadi persoalan,
- Layakkan pusat asuhan sebegini dibiarkan berfungsi?
- Tiadakah tindakan yang mampu mengubah perkara ini?
- Berapa banyakkah pusat asuhan yang berdaftar dengan kementerian?
- Selamatkah pusat asuhan sekarang ni?
Namun bagi ibu bapa yang tiada pilihan, terpaksa mengambil risiko berkenaan perkara ini. Selain menghantar anak ke pusat asuhan, ibu bapa juga boleh menghantar anak mereka kepada pihak lain, seperti pengasuh. Mari kita lihat baik buruk kedua-dua pilihan.
gambar: terima kasih
TASKA – YANG POSITIF:
- Anak-anak dapat belajar perkara-perkara yang bersifat berdikari jika pengasuh di taska bijak mengajar perkara ini. — Anak saya yang tidak pandai minum susu botol seawal usia 3 bulan, tapi ketika itu diajar sehingga mampu minum dari botol, tapi masih lagi susu ibu ye..
- Dapat mendisiplinkan anak-anak, masa makan dan tidur yang telah dijadualkan.
- Dapat belajar dan penuh dengan aktiviti menarik minat anak-anak. — Banyak bahan bantu pengajaran yang disediakan
- Dapat bergaul dengan rakan-rakan, menjadikan anak lebih cepat belajar dan bergaul. — tapi anak saya tetap pemalu.. macam mama die.. hehee..
- Kawasan persekitaran yang menarik dan bersih. Ada ruang untuk anak-anak bermain tanpa ada risiko yang besar.
TASKA – YANG NEGATIF
- Banyak yang tidak berdaftar berbanding yang berdaftar dengan kementerian — Taska anak saya dan anak anda berdaftarkah?
- Mudah merebak penyakit kerana kadang-kadang terlalu ramai anak-anak kecil. Bergantung kepada taska, ada yang tidak membenarkan penjagaan jika anakkecil sakit — De kes sakit berjangkit di taska yang berdekatan dengan rumah. Plan nak hantar anak ke sini, terus cancel.
- Anak mudah ikut perangai atau perkataan yang tidak baik, hasil pergaulan pelbagai ragam anak kecil lain
- Kes-kes kecuaian seperti banyak yang telah dilaporkan — Sedihnya kalau berlaku sebegini
- Pengasuh yang sering kali bertukar dan masih di usia muda remaja. Mungkin kurang pengalaman menjaga anak-anak. — Anak saya memang pilih orang yang ambil di pintu. Kalau dah biasa, tak nangis, kalau tak, erat pegang tudung, tak nak pergi.
PENGASUH – YANG POSITIF
- Senang jaga. Selalunya pengasuh di rumah tidak mengambil ramai anak-anak jagaan kerana bimbang tidak dapat dikawal.
- Penyakit jarang berjangkit — Anak sedara saya jarang demam
- Tumpuan yang diberikan lebih kepada anak, kerana tidak ramai.
- Mudah ibu bapa jika terpaksa outstation kerana kebanyakannya menghantar berhampiran rumah, dan ada pengasuh yang tidak kisah jika anak jagaan tidur malam di rumahnya.
- Selalunya pengasuh sudah sedikit berumur, ada banyak pengalaman menjaga anak-anak
PENGASUH – YANG NEGATIF
- Anak-anak kurang bergaul, kecuali jika pengasuh ada anak/mengambil ramai anak jagaan.
- Kes penderaan fizikal dan seksual selalu dilaporkan berlaku di rumah pengasuh.
- Disiplin mungkin sedikit kurang kerana selalunya pengasuh tiada jadual makan dan tidur.
- Kurang aktiviti yang mampu menjana minda bayi.
- Sukar mendapatkan pengasuh yang boleh dipercayai di sekitar kawasan rumah/ kerja.
Jadi, yang mana pilihan anda? Bagi yang ada pembantu rumah, mungkin tiada masalah memilih, namun harus dipantau bagaimana tingkah laku pembantu rumah itu. Atau pilihan terbaik, anak anda dijaga oleh ibu/ ibu mertua anda? Hehhee.. pilihan di tangan anda..
@fiezaradzi.com – Banyak dilema bagi ibu bapa yang berkerja. Ingin berkerja sendiri, jadi boleh jaga anak sendiri. Betul ke??



April 15th, 2010
fiezaradzi 
Posted in
Tags:
Itulah, 9 bulan diberi mkn fishballs? Pelik lah. Baby tu sama usia dgn Khayra yg masih mkn bubur lembik.
.-= wahida´s last blog ..Life, Career and Love of My Life =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 15th, 2010 at 11:45 am
@wahida, tu la pasal wahida.. pelik tul.. annur masa waktu tu pun still makan bubur lembik.. ni pepejal tu.. cuai la ni.. tak pun nak try2..
[Balas]
diden Reply:
April 15th, 2010 at 1:27 pm
@wahida, tringin nak makan bubur hehe
.-= diden´s last blog ..awas blog anda mungkin dijangkiti virus trojan =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 15th, 2010 at 2:47 pm
@diden, ala ciannye die.. hehe.. sape leh tlg buatkan bubur utk diden nih…
[Balas]
for me,dah pernah hantar Mawar ke 2 taska dan 2 pengasuh..
my choice i will go for pengasuh..
yang saya dapat ni pengasuhnya bagus..
saya nampak Mawar lebih better daripada di taska..
taska tak terurus,tak terjaga anak saya..
.-= Krsty´s last blog ..Bila Mawar ‘Dapat’ Kaki! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 15th, 2010 at 12:18 pm
@Krsty, mmg krsty, kalau ramai sgt baby kt taska, mmg tak terurus.. so, anak kita pun terbiar..
cuma problem.. saper2 tau pengasuh yg ok kat sri gombak nih??
[Balas]
salam..
huhu.tapi klu di beri pilihan suri nak jaga ank sndri.
mmg tak pcya 100% pd pgsuh sb dh byk tukar pgasuh..ada talam dua muka..
tapi tulah kne kje tpksa bntu suami..dh tak der pilihan..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 15th, 2010 at 4:40 pm
@suri, mmg suri, samalh kita. kalau dapat jaga anak sendiri mmg best.. setiap perilaku anak kita leh tau..
tuntutan kerjaya bagi wanita, yg niat mbantu keluarga… moga semuanya dipermudah..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Pusat Jagaan Atau Pengasuh, Mana Satu Pilihan Anda =-.
[Balas]
harmey Reply:
August 6th, 2010 at 12:31 am
btol jgk 2 sy stuju…
[Balas]
stuju dengan seeloknya anak tu diasuh sendiri kalau ada masa terluang…
baru anak tu rasa terikat dengan keluarga dari kecil, so rasa kasih sayang tu lebih kuat..
tapi sekrang ni dunia dah makin sibuk, kerjaya mungkin jadi batasan.. nak atau tidak, pengasuh juga jadi pilihan…
hmm
.-= NK´s last blog ..Kerana bebola ikan, bayi jadi arwah =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2010 at 11:26 am
@NK, tul tu.. dgn keadaan ekonomi skg, isteri ‘terpaksa’ kuar kerja utk bantu suami..
tu yg de angan2 nak bukak bisnes sendiri, biarpun kecil-kecilan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Pusat Jagaan Atau Pengasuh, Mana Satu Pilihan Anda =-.
[Balas]
NK Reply:
April 16th, 2010 at 5:49 pm
@fiezaradzi,
elok juga kalau ada niat nak buat bisnes sndiri, lagi bgus, dapat pupuk minat usahawan dalam diri anak pulak
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:20 am
@NK, mmg itu cita2 saya.. insyaallah kan dikejar suatu hari nnt..
[Balas]
salam..bg sy, better upah pengasuh, tp pastikan la dulu pngasuh tu mmg kita sendiri pun dh kenal, dan mmg baik orgnya, tp kalau dh takda pilihan sgt, baru la hantar ke nursery..* bdasarkan pngalamn ibu ayah sy..hehe*
.-= fateen´s last blog ..sombong atau pemalu.. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2010 at 11:28 am
@fateen, setuju gak fateen, tapi akak baru pindah kat tmpat baru ni, jadi tak kenal sgt.. de la jiran sebelah, dah pencen, tapi tgk gaya cam die just nak rehat2 kat rumah jer.. huhuu
.-= fiezaradzi´s last blog ..Pusat Jagaan Atau Pengasuh, Mana Satu Pilihan Anda =-.
[Balas]
sebab tu kalau boleh nak jaga sendiri saje anak-anak kita ni.. menakutkan bila dengar kes-kes yang berlaku di pusat asuhan sekarang.. nak bagi pengasuh pun kene tengok2 juga.. terkadang orang yang jaga ok.. anak dia pulak tak ok..
.-= nuaeman´s last blog ..Negara Kita Negara Orang =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 21st, 2010 at 10:49 am
@nuaeman, itu lah dilema mak ayah skg.. mmg ikutkan jaga anak sendiri tu bagus.. tapi kena kuar cari rezeki juge kan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
Baby I baru 6 bulan, suami memang x bagi kerja..dia nak I jaga anak full time..
Susah la nak percaya kat orang lain..baik jaga sendiri..
.-= Oh!Perfumes´s last blog ..Pengetahuan tentang permulaan perfume =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 3rd, 2010 at 11:34 am
@Oh!Perfumes, lau income suami dapat support family, ok jer.. saya pun harap dapat cmtu.. so leh la bersama2 anak di rumah.. tapi lau dapat buat bisness dr rumah pun lagi ok..
[Balas]
saya sendiri mempunyai pusat jagaan kanak-kanak. Kerana nila setitik..habis sebelanga lomak cili api….kadang-kadang…parents pun memainkan peranan yang penting…kami sebagai pengasuh mempunyai tanggungjawab yang berat dan satu amanah yang terlalu berat untuk dipikul seoarang….saya selalu dengar rintihan parents tentang taska tak terurus, anak tak makan betul, kena buli, kena pukul ngan pengasuh…tapi saya belum dengar lagi rintihan pengasuh…tentang parents hantar anak penuh ngan tuuuttttt….ambil anak lewat….cerewet….tdak hormat pada pengasuhh….dn banyak lagi…kesimpulannya….tak semua pusat jagaan atau taska bermasalah….kita sama-sama give and take….
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 13th, 2010 at 11:11 am
@azura, mmg saya setuju.. sebab tu kena give and take.. de juga parents yg anak demam, tapi still hantar ke taska.. susah la camtu..dan saya mmg setuju pengasuh mmg de t/jawab yg besar.. sbb tu tak semua org leh jadi pengasuh kat taska.. ye la, de anak sorang pun mcmw kerja, pe tah lagi ramai anak kecik..huhu..
cuma kdg2, kt tmpat anak saya, serba salah gak, bila kita tnya psl anak kita, dorang ingat kita tak puas hati.. bukan cmtu, kita just tanya je kan…huhu
tapi kan azura, lau ambil anak lewat bukan kena charge extra ke?kt tmpat anak saya camtu.. tak tau la kan..
[Balas]
azura Reply:
May 13th, 2010 at 5:34 pm
salam, tq for replying…memang ada ot charge…cth mcam area say kat beranang ni, ot charge tak banyak…rm3 sahaja 1 jam. itupun dapat kat staff yang tunggu ot tu. cthlah…ot start kul 7 keatas…bila kita call mintak ambil awal…parents buat dek je…dan dulu pada sabtu minggu pertama taska saya tutup…tapi ramai parents minta buka…so kami pun buka la…stafff terpaksa kerja ari tu…tapi syarat kena halfday….tapi ada parents take advantage ambil sampai kul 7 malam…kadang-kadang…mohon pada parents yang hantar anak kat nursery ke..pusat jagaan ke…atau nanny it self…bertolak ansur laa….mereka pun ada life…ada hal…. ini yang menjadikan gejala pengasuh naik angin dan menjaga anak sambil lewa….sorry…membebel lak…nak luahkan perasaan sebenarnya…buka pusat jagaan ni…seronok…tapi kadang-kadang perangai parents boleh buat hati tu berkecai….bila kita bagi muka…ni ladinya…ni sekarang lak isu bangsa lak..dalam pusat jagaan saya…pekerja memang variety races…tapi ada parents tak suka…macam mana kita nak sahut seruan 1 malaysia?????….poning…
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 14th, 2010 at 11:39 am
@azura, mmg susah kita nak puaskan hati org.. huhu.. mmg tul pun, perlu give and take la.. cam saya kat sini, 6.30 ke atas kira ot.. lupa dah berapa.. sbb lau leh mmg nak amik anak cepat2.. sbb lagi suka de byk masa dgn anak.. mgkin yg amik anak lambat tu de hal yg tak leh elakkan.. lau di pihak saya la..bab parents lak, kdg2 kita kena tegas sikit dgn dorang ni..mmg saya akui de parent yg suka amik kesempatan.. bukan parents je, tapi rmai dah yg macam tu.. pe pun, terima kasih.. sekurang2nya de pihak taska yg dtg bagi pendapat.. tak le dgr sebelah pihak jer.. tq azura..
[Balas]
hafizmd Reply:
May 14th, 2010 at 12:09 pm
@azura, maaf yer azura dan pn.fiezaku..menyampuk sikit..saye cukup setuju..kerja jadi pengasuh ni bukan senang..lebih susah sbb pengasuh jage anak orang lain..kalau salah sikit..parents cepat sgt salahkan pengasuh..kami sbgai parents perlu lebih tolak ansur..
macam kes azura ni..parents mmg tak patut..mane boleh take advantage camni..kesian sikit pada pengasuh yg juge ade life masing2..susah juge bile jadik camni..
pade parents kat luar sane..kite kene juge fikir pasal pengasuh ni..mereka just jage anak2 kite bile kite pegi kerje, tapi jgnlah mase anak2 lebih kat pengasuh..nanti anak2 tak mesra ngn kite..mulalah kite nak tuding jari kat orang lain..
thanks azura sbb sudi kongsi kat sini yer..:D
.-= hafizmd´s last blog ..Malam yang sungguh bahagia!! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 14th, 2010 at 1:45 pm
@hafizmd, terima kasih en hafiz atas balasan yg cukup tul.. pendek kata 2-2 pihak kena bagi kerjasama yg sebaiknya.. kan??
[Balas]
semua penjaga tempat penjagaan bayi wajib menganggap bayi yang di hantar ke pusat penjagaan seperti anak sendiri dan di jaga dengan penuh kasaih sayang bukan semata duit dari mak ayah penjaga… penjaga perlu di beri training yg menjaga bayi terlebih dahulu….supaya bayi tercekik x berulang lagi…
[Balas]
fiezaradzi Reply:
February 1st, 2012 at 2:34 pm
@mawar, tul tu.. cuma masalahnya kebanyakan dorang tak berdaftar dan juga yg kerja tu semata2 makan gaji.. itu yg boleh jadi macam2 tu.. bukan anak sendiri kan, mereka buat ala kadar je..
mak ayah bedoa je sepanjang htr anak.. harap2 anak ok.. susah hati jgn kira lah..
[Balas]
Komuniti Fiezaradzi
Berita Terkini
Komen Anda