Keluar entri pasal makan la pulak kali ni. Style kami, kalau nak try kedai makan baru, mesti nak cari dalam internet dulu. Kot-kot ada review pasal kedai tu. Makanan ok ke tak, harga berpatutan ke tak. Lainlah kalau dah biasa pergi macam McDonald yang harga kat mana-mana pun sama.
Kat area tempat tinggal kami, ada satu pusat perniagaan yang baru la jugak kiranya dibuka. Prima Sri Gombak namanya. Kat situ kalau pergi, memang banyak betul kedai makan. Dari kopitiam ke kedai nasi ayam, kedai macam -macam la ada. Dah jadi happening dah kat situ especially kalau waktu malam. Bercahaya kalah fun fair.
Bercakap tentang makan, ada satu kedai yang menarik untuk dikongsi bersama. Bukan Old Town White Coffee yang semua dah tau macam mana, juga bukan Coffeebox yang juga sebuah kopitiam. Juga bukan Ani Sup Utara yang memang terkenal dengan supnya. Itu belum cerita tentang kedai Nasi Ayam Penyet yang menjadi kegemaran ramai terutamanya orang di Johor. Tapi juga cerita pasal kedai makan, yang mana makanan glamer, juga berasal dari Johor, iaitu Nasi Beriani.
Dulu kalau ke Batu Pahat suka makan Nasi Beriani Mohd Shah yang murah (6 ringgit, ok la kan), dengan nasi yang banyak dan daging yang besar serta sedap. Tapi kat area KL mana dapat nasi beriani harga macam tu. Ada la, mamak tapi biasa je nasinya.. So, bila kedai Afiqah Nasi Beriani ni buka kat sini, kami pun try. Rasanya memang sedap, sehinggakan dah banyak kali kami pergi. Nasi, banyak (bagi kami la kan), ayam atau kambing pula besar dan sedap. Pendek kata dengan harga RM8 bagi ayam dan RM9 bagi kambing, memang berbaloi la. Yang saya suka nasi beriani ayam merah. Kuah ayam merah die sedap. Air, lebih kurang kedai biasa la kan. Suasana kedai pun kira ok la, tak la extravaganza sangat dan tak de le nampak suram je. Sederhana la kiranya.
Jadi, sesiapa yang rasa nak try nasi beriani area KL ni, jangan lupa singgah dan cuba di sini. Mungkin juga korang tak suka, sebab bukan taste korang. Ape pun, entry ni bukan entry berbayar. Sebab saja je nak tulis. Lagi, sebab selalunya susah gak nak jumpa review orang pasal kedai makan ni. So, jom singgah..
Gambar makanan, lupa nak ambil, sebab kira nak makan jer.. hehhe
@fiezaradzi.com – Nasib baik kedai tu bukan ana yang punya..