Assalamualaikum,
Air alam dan manusia memang tak boleh dipisahkan kan? Kalau sehari tak mandi pun rasa macam tak kena je, apatah lagi kalau tak dapat minum seharian.. Jadi, bersyukurlah kita sebab dapat nikmati air yang merupakan keperluan asas kan.. Kesian sekali sekala tengok kawasan pedalaman yang tak de bekalan air, susah kan?
Dulu masa time sekolah asrama, selalu je kami kehabisan air, walau pun ada tangki besar. Tak tahu di mana silapnya, tapi kalau ramai-ramai pakai air, memang kejap je, air tak de. Pernah sekali kami ke taman depan sekolah sebab nak cari air.. Nostalgia betul..
Bercakap pasal air, agak-agak la kan, bersih ke kotor air kat tempat masing-masing? Bagi saya walau pun pihak berwajib sudah melakukan proses pembersihan, namun air yang masuk ke sistem perpaipan rumah masih perlu diselenggara. Kenapa ek…? Kalau tak percaya cuba tengok gambar..
Gambar ni pun setelah filter tu dibasuh sedikit. Mungkin kat kawasan rumah kami ni, kawasan lama, jadi paip yang diguna untuk ke rumah pun dah lama, jadi besi-besi dan seangkatan dengannya pun dah lama dan tua. Sebab tu jadi macam tu kot.. Agaknya la.. Nak tukar, perlu kos lebih sikit, nak tukar sendiri.. itulah, ada ayah pakar paip tak nak belajar.. hehe.. Jadi rutin kami, dalam sebulan sekali perlu tukar dan bersihkan penapis air, paling kurang tak de la berkeladak sangat air kan… Rupa sebenar penapis air maa mula-mula tukar sebenarnya macam ni..
Dalam tengah sibuk-sibuk bersihkan luar rumah, si kecil ni pun sibuk nak main air.. Ni le aktiviti dia. Seronok la, apatah lagi dapat lampu hijau dari abah, boleh main sabun dan air.. Tak pe la, paling kurang dapat ajar dia tentang kebersihan sikit kan.. Sekali sekala, okla.. Nasib baik adik dia kecik lagi, kalau tak, mesti si kecil tu pun sama jer.. Kita dulu pun suka main air, tul tak?
Berbalik kepada isu air, rasanya sekarang ni mungkin kawasan perumahan baru dah pun tukar dari paip besi kepada PVC kot.. Ke apa namanya.. paip yang warna hitam tu la.. tak de la air berkeladak sangat kan.. Kat rumah, walau ada sedikit laluan air yang ditukar kepada paip PVC tu, masih ada lagi keladak. Apa yang kami buat, untuk masak air dan aktiviti memasak lain, tapis sekali lagi guna bekas air yang ada penapis tu. Ok sikit jika dibandingkan dengan air yang tak ditapis. Rasa pun ada sedikit lain la… Air tak tapis ada sedikit rasa besi daa.. Tapi gambar penapis dalam rumah tak ambil la pulak. Ni gambar penapis kat luar, ini pun tuan rumah dulu yang punya..
Apa korang buat kat sistem paip korang kat rumah? Ke air kat rumah kategori bersih suci, jadi tak perlu susah-susah kan..? Ke ada yang pakai penapis yang mahal-mahal tu..?
@fiezaradzi.com – Air sumber penting kehidupan, kalau tak de air, siapa lah kita..