anugerah juara lagu 24

Posted by

Salam,

Berakhir sudah acara tahunan buat industri hiburan di Malaysia. Anugerah Juara Lagu (AJL) dianggap satu majlis pengiktirafan buat pencipta-pencipta lagu dan penyanyi sendiri. AJL juga antara majlis anugerah yang berprestij di Malaysia.

pemenang ajl 24

Acara pembukaan semalam dimulakan oleh Datuk Siti Nurhaliza, antara penyanyi wanita yang tersohor & mempunyai ramai peminat. Seingat saya, sejak kemunculan Siti, tiada lagi penyanyi wanita yang mampu menyinar seperti beliau. Memang ramai yang hadir, tapi pencapaian mereka tidak sehebat Siti. Persembahan awal memang menarik. Membawa lagu dengan cara tersendiri, mampu mengundang rasa yang menarik.

Ternyata tahun ini peserta AJL menunjukkan persembahan yang baik. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan persembahan tahun ini adalah yang terbaik. Masing-masing hadir di pentas dengan pertunjukan yang tersendiri.

Bagi saya, persembahan akhir memang ditunggu. Bencinta dari Faizal Tahir mempunyai kekuatan tersendiri. Lagu Bencita sebelumnya ini di peringkat separuh akhir dinyanyikan oleh Shila, dek kerana kecederaan yang dialami FT. Sedikit kecewa tanpa kehadiran FT, namun Shila membawa lagu dengan sebaiknya. Oh ye, di akhir gimik persembahan lagu Bencinta, FT hilang, manakala keluar Shila selepas itu. FT dibawa keluar dari bawah platform. Tapi, ada desas-desus mengatakan FT benar-benar jatuh malam itu. Entah yang mana kebenarannya.. Nantikan je lah cerita yang keluar nanti.

Black muncul pemenang dengan vokal terbaik. Memang diakui, suara Black malam itu wajar diangkat menjadi pemenang. Aizat pula memenangi persembahan terbaik. Memang menarik dengan kanak-kanak berpakaian seragam sekolah mengiringi lagu Kau Aku itu. FT merangkul tempat ketiga walaupun keadaan yang tidak sihat itu, dan naib juara pula milik Yuna dengan lagu Dan Sebenarnya. Malam tadi ternyata milik Aizat sekali lagi, di mana lagu Pergi diangkat menjadi juara kali ini. Tribute kepada mereka yang banyak berjasa kepada negara ternyata menyentuh hati & perasaan juri khas malam itu. Apa pun, tahniah buat semua pemenang. Moga kemenangan ini membawa lebih banyak karya yang berkualiti (bukan kuantiti ye).

Tahniah juga buat pengacara yang begitu banyak iklannya di tv sebelum acara kemuncak ini, dengan pelbagai aksi. Malam tadi mereka membuktikan mereka begitu selesa dan selamba.

SENARAI PEMENANG

Vokal terbaik: Black (Aku Rindu Sayang Kamu)

Persembahan Terbaik: Aizat (Kau Aku)

Tempat Ketiga: Bencinta (Faizal Tahir)

Tempat Kedua: Dan Sebenarnya (Yuna)

Juara: Pergi (Aizat)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *