Apa Itu Mycoplasma Infection

Posted by

Mycoplasma Infection atau jangkitan mycoplasma. Assalamualaikum,

Hari Ahad yang lalu, terima sms dari abang sulung dari kampung. Kata, anak ketiganya kena tahan di wad hospital di Seberang Jaya. Mula-mula doktor ingat mungkin kena demam denggi. Ujian darah perlu dibuat terlebih dahulu. Saya yang duduk jauh di sini, cuma telefon dan bertanya keadaan anak buah itu.

Semalam, setelah menelefon semula, kata abang, anaknya itu dikhabarkan doktor kena ‘mycoplasma infection’. Jenuh juga memahami istilah medikal ini. Jadi buatlah sedikit carian, sebab tak pernah dengar pulak istilah itu. ‘Mycoplasma’ memang pernah dengar, tapi dalam industri ayamlah. Jadi bila kena dekat kita bernama manusia ini, kenalah tengok, sama ke tidak gejalanya.

Apa Itu ‘Mycoplasma Infection’ (Jangkitan Mycoplasma)?

‘Mycoplasama infection’ atau jangkitan mycoplasma adalah penyakit pernafasan yang disebabkan oleh pneumonia Mycoplasma, sejenis organisma mikroskopik, yang berkait rapat dengan bakteria tetapi bakteria tersebut tiada dinding sel. Organisma adalah lebih besar daripada virus tetapi lebih kecil daripada bakteria, maka ia dipanggil “atipikal” bakteria.

 photo mycoplasma_zps1d9a998d.jpg

Bad bacteria also include mycoplasma (a.k.a L-form bacteria), a group of simple, single cell bacteria which have no outer membrane or cell wall, and thus resistant to antibiotics. They are therefore also known as Cwell Wall Deficient (CWD) bacteria. Because of this, it is hard for the body to fight them, and certain strains may penetrate and infect individual cells, contributing to various diseases.

– sumber gambar dan info ini dari mycoplasma infection ini.

Golongan Yang Boleh Dijangkiti Mycoplasma

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit ini, tetapi ia sering menyerang kanak-kanak yang lebih tua dan juga orang dewasa muda. Biasanya golongan kurang daripada 40 tahun, mudah dijangkiti.

Jangkitan Mycoplasma boleh berlaku sekali-sekala sepanjang tahun. Penyakit ini kemungkinan besar boleh menjadi wabak setempat secara meluas pada selang 4 hingga 8 tahun.

Bagaimana Penyebaran Jangkitan Mycoplasma Boleh Terjadi?

Jangkitan Mycoplasma merebak melalui sentuhan melalui titisan dari hidung dan tekak oleh orang yang dijangkiti apabila mereka batuk dan bersin. Ia boleh merebak apabila sentuhan yang berpanjangan dan rapat dengan orang yang dijangkiti. Ia boleh tersebar melalui dalam keluarga, sekolah dan institusi, secara perlahan-lahan. Tempoh berjangkit adalah mungkin kurang daripada 10 hari dan kadang-kadang boleh menagmbil masa yang lebih lama.

Gejala dan Simptom Jangkitan Mycoplasma

  • Simptom biasa termasuk demam, batuk, bronkitis, sakit tekak, sakit kepala dan dedar atau keletihan (malaise).
  • Mycoplasma juga mungkin menyebabkan satu hasil biasa iaitu jangkitan mycoplasma pneumonia (walking pneumonia) kerana ia biasanya ringan dan jarang memerlukan rawatan di hospital.
  • Jangkitan telinga tengah (otitis media) juga boleh berlaku.
  • Selain itu, hasil yang jarang dilaporkan akibat dari jangkitan Mycoplasma ini adalah keabnormalan fungsi hati, loya, cirit-birit, dan ruam (maksudnya jarang berlaku).

Gejala mungkin berterusan selama beberapa hari atau mungkin lebih daripada sebulan. Data baru dari kajian ada melaporkan mycoplasma mungkin mempunyai kaitan dengan ‘Artritis Reumatoid’ dan asma yang kronik.

Masa untuk gejala muncul

Gejala biasanya bermula 15 hingga 25 hari selepas pendedahan. Gejala-gejala umumnya muncul secara perlahan-lahan, dalam tempoh 2 hingga 4 hari, bermula dengan gejala pernafasan, demam pada suhu yang agak rendah, dedar, dan batuk.

Sakit telinga dan gejala hidung tersumbat boleh berlaku. Jika jangkitan tidak dirawat dalam masa 7 hingga 10 hari permulaan, batuk yang berpanjangan boleh berlaku dan boleh berlanjutan selama beberapa minggu walaupun selepas rawatan.

Bagaimana Jangkitan Mycoplasma boleh dikesan (didiagnosis)?

Jangkitan Mycoplasma biasanya boleh dikesan berdasarkan gejala biasa. Satu ujian darah ‘nonspecific’ (agglutinin sejuk) adalah membantu dalam ujian diagnosis, tetapi tidak sentiasa positif.

Ujian serologi darah biasanya positif selepas hari kelima sakit. Penggunaan ujian makmal yang lebih khusus sering terhad dengan penyiasatan wabak khas. Ujian ‘smear’ terhadap kahak boleh menunjukkan penguasaan sel jenis monosit (pada mulanya neutrophiles) selepas beberapa hari gejala hadir.

Keimunan Terhadap Jangkitan Mycoplasma Terdahulu

Sesorang mungkin boleh menjadi imun terhadap jangkitan Mycoplsma jika pernah dijangkiti sebelum ini, tetapi tidak sepanjang hayatnya. Jangkitan kedua boleh berlaku, walaupun mungkin kesannya menjadi lebih ringan. Tempoh imuniti seseorang individu adalah tidak diketahui.

Rawatan untuk jangkitan mycoplasma?

Biasanya pemberian antibiotik seperti erythromycin atau tetracycline adalah rawatan yang berkesan. Walau bagaimanapun, kerana jangkitan mycoplasma biasanya boleh reda dengan sendiri, kadang kala pemberian antibiotik tidak perlu jika gejala adalah ringan. Terdapat juga sumber mengatakan, oleh kerana penyakit ini disebabkan oleh mikroorganisma yang tidak mempunyai dinding sel, maka pemberian antibiotik seperti penincilin tidak mendatangkan sebarang hasil penyembuhan.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penyebaran mycoplasma?

Pada masa ini, tidak terdapat vaksin untuk mencegah jangkitan mycoplasma dan terdapat tidak ada langkah-langkah yang pasti berkesan untuk proses pengawalan. Seperti apa-apa penyakit pernafasan, pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) adalah perlu apabila batuk atau bersin dan perlu membasuh tangan dengan kerap.

Sekarang ni anak buah masih lagi berada di hospital. Harap-harap cepatlah sembuhnya. Tolong doakan ye kawan-kawan. Dengan cuaca yang tidak menentu ni, anak-anak kecil yang paling kesian. Kalau kita yang besar ni pun rasa tidak selesa, anak-anak kecil lagilah. Itu yang tidur malam tadi tidak berbaju dua-dua budak kecik itu. Alhamdulillah, anak-anak masih sihat, cuma si adik sedikit batuk. Harap semuanya pulih dan sihat selalu.

Anak-anak pun suka makan ayam, harap-harap boleh cari ayam sihat dengan harga yang munasabah. Mungkin juga punca asalnya, jangkitan mycoplasma itu dari makanan yang kita ambil.

@fiezaradzi.com – Kalau kat negara luar, antibiotik erythromycin dan tetracycline ni diharamkan dalam industri penternakan, kerana bimbang berlaku rintangan terhadap antibiotik boleh jadi superbug pula, tetapi rasanya masih ada ladang di Malaysia yang guna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *