Apa Kes Haram-haram Ni?

Posted by

Baca tak akhbar pasal makanan yang diharamkan dijual di kantin? kalau tak boleh tengok di sini. Sekarang ni sibuk pasal budak-budak yang obesiti di usia muda. Kalau nak ikutkan memang de benarnya. kat Malaysia ni bukan sekadar kanak-kanak, malah yang lebih dewasa terlebih berat pun ada. Ingat lagi, beberapa tahun lepas masa ke Korea, susah jugalah nak jumpa orang Korea yang berbadan besar. Yang dah berusia pun sekali sekala je jumpa badan besar. Kenapa ye? Apa rahsia dorang ni? Bila ditanya, katanya sebab amalan memakan kimchi, sayuran yang diperap dengan cili. Pedas boleh membuatkan badan kurus. Mungkin de benarnya.

Jadi, tentang pemakanan ni, kementerian sudah menyenaraikan makanan yang diharamkan dijual di kantin-kantin sekolah. Apa pendapat kawan-kawan tentang hal ini? Ada benarnya atau cuma perkara yang sia-sia? Pada saya mungkin ada benarnya, tetapi jika mahukan perubahan drastik, mungkin tidak tercapai melalui cara ini. Kenapa?

  1. Di luar sekolah ada gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan tidak atau kurang berkhasiat, malah lebih kandungan gula, pewarna dan perasa. — siapa yang perlu pantau akan hal ini?
  2. Jika tidak dimakan di kantin sekolah, murid-murid masih boleh mendapatkannya di kedai-kedai runcit berdekatan, malah di pasaraya tertentu yang mana ada sekolah dibina berdekatan dengan pasaraya besar.
  3. Amalan pemakanan yang sudah biasa sejak kecil. Jika tidak di sekolah, masih boleh dapatkannya di rumah, kerana kadang-kadang ibu bapa sendiri tidak sedar akan hal ini.

Yang paling penting pada saya adalah:

  1. Sikap ibu bapa yang perlu mendidik sejak awal perkembangan kanak-kanak. Jika tidak diajar makan makanan ringan (jajan), gula-gula dan makanan tidak berkhasiat lain, tidak mustahil apabila meningkat dewasa nanti, kanak-kanak sendiri tidak gemar makanan seperti itu.
  2. Tanamkan kesedaran terhadap anak-anak akan keburukan mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Jika sekali sekala, kira ok la pada saya, tetapi tidak boleh diamalkan. Masih lagi saya lihat ibu bapa yang setiap kali keluar, pasti membelikan gula-gula yang banyak kandungan gula (nama pun gula-gula..) kepada anak-anak.
  3. Bekalkan makanan atau duit yang tidak berlebihan supaya anak-anak hanya membeli makanan sihat semasa rehat. Jika ada duit lebih, tidak mustahil makanan ringan ini dipilih sebagai santapan mereka. — Tapi ada juga yang sanggup berlapar semata-mata nak beli jajan kan.. susah jugak tu…
  4. Perlu kerjasama semua pihak dalam memastikan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan atau sekurang-kurangnya dikurangkan. Perkara pokok ialah ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam hal mendidik pemakanan anak-anak.
  5. Kurangkan iklan-iklan di media massa (elektronik/percetakan) mengenai makanan yang kurang berkhasiat ini. Kadang-kadang sebab utama mereka membeli disebabkan terpengaruh dengan iklan-iklan di depan mata. (bukan setakat anak-anak, mak dan bapak anak pun kadang-kadang terpengaruh)

Banyak lagi boleh dilakukan. Pendapat saya, kesedaran itu perlu bermula sejak kecil. Bila dah besar, ajar perkara yang bertentangan tentu ada persoalan, kenapa dulu boleh jer… susah nak jawab nanti..  Jadi, jangan lupa pantau bukan sahaja cara pergaulan anak anda, tetapi juga cara pemakanan anak-anak dan rakan sebaya mereka. Lagi satu, jangan lupa piramid makanan.

@fiezaradzi.com – Senang cerita amalkan cara hidup yang sihat.. supaya sihat selalu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *