ASB Untuk Anak

Posted by

Assalamualaikum,

Rata-rata kawan yang saya kenali mempunyai akaun amanah saham bumiputera atau ASB. Sebelum ni yang kita ketahui ASB hanya boleh untuk remaja yang berusia 12 tahun ke atas sahaja, yang dinamakan akaun remaja. Manakala bagi yang dewasa, ASB dikenali dengan akaun dewasa. Akaun remaja dengan buku duit syiling, siap ada Ting! lagi.. Akaun dewasa pula biasalah warna biru kan.. Tapi, tahu tak kawan-kawan, sekarang ni ASB sudah boleh dibuat untuk anak-anak yang berusia 6 bulan ke atas?

Saya ketahui pun melalui email saudara. Tapi itu bulan lepas lah. Katakan mulai bulan depan (baca bulan ini), proses itu akan dapat bermula. Dan ternyata betul, ASB untuk anak-anak berusia 6 bulan ke atas sudah boleh dibuka, yang juga dikenali dengan nama akaun bijak.

borang akaun bijak, ASB untuk kanak-kanak

Tengah fikir ni, nak buat ke tidak. Yang bagusnya, duit anak-anak lebih selamat untuk dikeluarkan, walaupun sebelum ini kalau keluarkan juga, akan dibayar semula. So, tengah fikir lagi.. Tapi kalau letak kat tabung haji pun bagus jugak kan.. Pilihan, pilihan, sila pilih..

Kalau korang, nak buat tak? Bagi yang ada anak 6 bulan ke atas la kan.. Apa kata kawan-kawan???

@fiezaradzi.com – Cuma leceh sikit sebab kena ke bank setiap kali nak berurusan kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *