Badminton Akhir Sukan Sea 26

Posted by

Assalamualaikum,

Update terkini: Malaysia kalah kepada Indonesia 1-3 acara berpasukan badminton akhir

Lama blog ni tak cerita pasal sukan kan? Dalam pertandingan badminton akhir Sukan Sea ke 27 yang berlangsung tadi menyaksikan Malaysia terpaksa tunduk kepada Indonesia untuk merangkul pingat perak bagi acara berpasukan ini. Sempat tengok saat-saat akhir bergu pertama menundukkan pasangan bergu pertama Indonesia dalam pertandingan 3 set. Nampak best, tapi sayang tengok sekejap je. Lambat balik kerja.

Masa tu kedudukan masih lagi 1:1. Rasa teruja sebab kebanyakan pemain Malaysia adalah pemain muda, berbanding pemain Indonesia yang lebih berpengalaman.

Perseorangan kedua, Arif Latif juga mampu bermain dengan baik sebenarnya. Jika diberikan lebih latihan dan tunjuk ajar serta bermain di peringkat antarabangsa, tidak mustahil Malaysia mampu lebih maju. Nyata pengalaman menentukan segalanya bila pasukan Indonesia ternyata lebih baik ranking dan pengalaman, yang akhirnya menyaksikan Malaysia tewas 1-3 kepada Indonesia.

Malaysia hanya mampu meraih perak bagi kategori berpasukan ini. Apa pun, tahniah dan teruskan usaha.

@fiezaradzi.com – zulfadhli tak main ek untuk sukan sea ni.. kenapa ek??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *