Assalamualaikum,
Cara Masukkan Google Analytics Dalam Blog
Kali ni kita belajar satu tutorial. Untuk blogspot ye. Hari tu blogger ada tanya macam mana nak masukkan tracking code untuk Google Analytics bagi blogspot. Maaf, saya tak pandai sangat, cuma main-main letak je. Harap dapat membantu.
Penting ke Google Analytics ni? Kalau rasa nak senang tengok kehadiran kawan-kawan kat blog, nak tengok trafik ke blog, sangat la sesuai kalau letak GA (Google Analytics, bukan Give Away ye) ni..
Mari ikut langkah masukkan Google Analytics
Daftarkan dahulu blog di Google Analytics. [di sini]
Masukkan data yang perlu dan jangan lupa klik persetujuan Terms & conditions tu
Lepas tu akan keluar tracking code untuk blog anda. Tekan Save.
Ingat, satu blog hanya satu code. maksudnya ia unik la..
Sekarang buka akaun blogspot anda.
Tekan Design –> Edit HTML. Jangan lupa backup dulu blog anda.
Cari script </body> pada html blogspot.
Kemudian paste tracking code GA anda sebelum </body> tadi. Save Template anda. Boleh buat semakan pada GA sama ada tracking code telah dimasukkan dengan baik atau tidak.
Kalau ikutkan, dalam GA, dia suruh letakkan sebelum </head> (sila lihat gambar no. 2 terakhir), tapi ada orang kata lebih baik letak sebelum </body> supaya blog lebih cepat loading.
Untuk pengguna wordpress boleh juga. Buat perkara yang sama, cuma paste sebelum </body> pada footer dalam editor anda. Cuba buat dulu ye. Apa pun, jangan lupa back up sebelum buat kerja.
@fiezaradzi.com – Best juga sekali sekala buat kerja ni, kalau menjadi la. Kalau tak, mau ku makan pc depan mata ni
One comment