Cara Menggunakan Nursing Cover

Posted by

Assalamualaikum..

Sekali lagi blog ini bersiaran mengenai hal keibuan (Jangan contohi ayat ini – salah). Kawan-kawan pernah tak alami situasi begini (khas untuk ibu ye, kaum ayah leh juga, tapi untuk isteri anda la ye..). Masa tengah-tengah ‘syok’ shopping atau keluar jalan-jalan, tiba-tiba si kecil mengeluarkan bunyi merdu meminta susu, dek kerana kelaparan. Dan sememangnya kawan-kawan adalah ibu yang masih menyusukan anak dengan susu badan. Kadang-kadang tu mesti panik dan kelam kabut juga untuk mencari bilik bayi kan..

Kalau tempat beli belah yang de sediakan bilik bayi ni tak de masalah. kalau yang tak de, susah juga kan.. Kena pulak mengangkut botol-botol susu yang sudah diperah bersama air panas untuk tujuan pemanasan global susu. Satu kerja pulak. Tapi demi anak, saya percaya ada ibu yang sanggup lakukannya.

Ada beberapa cara lagi sebenarnya. Contohnya boleh beli dan pakai baju yang khas untuk menyusu. Tapi kalau silap percaturan, boleh nampak pe yang tak sepatutnya nampak la kan.. Satu lagi, dengan menggunakan nursing cover atau nursing shawl, kawan-kawan boleh menyusukan bayi di mana- mana saja. Ape kebenda nursing shawl tu? Jom tengok gambar ni..

Okey, tau dah kan.. Dulu tercari-cari cara nak guna. Ingat main letak je.. Hehe.. Kalau nak tau, jom kita belajar sama-sama. Jom, jom..

Mula-mula satukan tali/strap yang dijahit pada kain

Kemudian, letakkan tali/strap tadi melangkaui kepala. Laraskan tali tadi mengikut keselesaan dengan memanjang atau memendekkan tali.

Ada satu bahagian keras pada nursing cover. Pastikan bahagian tersebut berada di antara leher dan bahu. Biarkan kain itu terletak cantik pada bahu. Ini penting untuk melihat bayi semasa proses menyusu dan untuk keselesaan bayi yang menyusu.

Susukanlah bayi dengan selesa.

Biasanya pada hujung nursing cover, terdapat bahagian kecil dengan kain berkapas. Gunakan bahagian itu untuk menyapu lebihan susu pada bayi selepas bayi disendawakan. Kalau tak de, boleh saja gunakan tisu atau sapu tangan yang lembut

Macam mana? Faham tak? Dulu, ada hati nak beli nursing cover ni, tapi sebab tertangguh je nak cari cara guna, niat membeli pun tertangguh. Tapi semenjak dapat nursing cover ni percuma, mulalah cari. Nasib baik disertakan sekali cara penggunaannya. Ini yang saya cuba kongsikan ni..

Saya pernah cuba dah, beberapa kali. Kali pertama di sebuah kedai makan yang agak terbuka. Disebabkan kat tempat tu tak de tempat menyusu, jadi gunalah kain ni. Mula-mula tu agak kelam kabut campur panik, tapi alhamdulillah, berjaya juga bayi disusukan di situ. Kata encik suami, tak nampak apa-apa pun.. hehee.. So, berjaya, dan ternyata senang. So, selamat mencuba ye buat ibu-ibu di luar sana.

@fiezaradzi.com – bayi lelaki memng kuat menyusu. Dan dah pandai menggigit walaupun tak de gigi lagi, gigit dengan gusi pun jadilah.. huhu

** oh ye, gambar di atas diambil semula dan di’edit’ dari buku ‘My Little Lilac Book’ Anmum.. Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *