Chelsea Juara, MU Menang Jua

Posted by

Salam. Teka-teki tekuk mengenai siapa juara EPL telah terjawab malam tadi. Kali ni, Chelsea memegang takhta dengan bergaya. Mengalahkan Wigan Athletic 8-0 di tempat sendiri menyaksikan pasukan biru itu menjulang trofi itu. 8-0 nih.. main bola ke pe tu.. haha.. Tak kisah la, yang nyata peminat-peminat Chelsea memang bangga tu.. 8-0..

Chelsea menang
Chelsea menang

Peminat-peminat pasukan lain seronok gak, sebab tahun ni MU tidak dapat menjulang piala tersebut. Biarpun menang 4-0 dengan Stoke City, namun kekurangan satu mata menyebabkan MU terlepas piala kali ini. Perlawanan kedua-dua pasukan berlangsung serentak, menambahkan lagi adrenalin bagi peminat kedua-dua pasukan.

MU menang jua, tapi..
MU menang jua, tapi..

Arsenal pula menamatkan perlawanan kali ini di tempat ketiga apabila menang ke atas Fulham 4-0. Begitulah corat-coret liga perdana inggeris tu.. Tapi masa tengok MU lawan Stoke, yang berada di tangga ke-11 liga, seronok. Berharap agar pasukan Malaysia paling kurang macam Stoke pun ok.. hahaa.. bilakah itu.. Tapi memang best la…  Korang camne, pasukan korang di tangga berapa..??

@fiezaradzi.com – Malaysia menang percuma 5-0 ke atas Nigeria dalam Piala Thomas, kerana pasukan Nigeria belum lagi tiba di Malaysia atas sebab penerbangan..

kredit gambar: official website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *