Salam buat semua. Setiap orang mahukan pasangan yang terbaik untuk diri masing-masing. Tapi apa yang dikatakan terbaik tu? Kaya kah, hensem kah, atau bagaimana? Kat bawah ni de tips-tips mencari lelaki idaman (bagi yang masih single ye..), yang saya pinjam dari seorang kawan dalam alam siber. Jika anda seorang wanita (sekali lagi yang masih single) carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Dan kalau anda seorang lelaki (yang dah kahwin pun boleh) jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut (tapi bila dah berjaya dapat ciri-ciri ni, jangan pulak disalahgunakan ye). Jom tengok dan muhasabah:
- Kuat pegangan dan amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. — Jadi, seboleh-bolehnya elakkan pakai seluar pendek ye..
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
- Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
- Menjaga pandangannya dengan tidak melihat perempuan lain (apatah lagi kalau yang lalu tu seksi yang amat..) yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. — sekali terpandang dan sekejap tu kira ok la kan..
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama atau mempunyai persamaan dari segi personaliti. — tidak mudah bercampur atau rapat dengan mereka yang ada masalah sosial.
- Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Diambil dari: Maizatul Akmal
Mungkin boleh tambah lagi kan..
- Tidak mudah marah. Selalunya yang dah jadi suami ni lebih pandai menjaga amarahnya. Tapi jangan pula jadi kes begini
- Bijak menguruskan keluarga. Maksudnya menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
- Penyayang terhadap isteri, anak-anak dan keluarga.
- Sila tambah di bahagian komen ye..
Apa pun, tiada manusia yang sempurna. Kadang-kadang ada di antara kita siap ada list ciri-ciri lelaki idaman kita, tetapi tidak semua yang kita dapat — kerana diri sendiri belum tentu sehebat pasangan kita dan kita juga tidak sempurna.. Yang penting, utamakanlah pegangan agama dan amalannya. Jadi, siapa lelaki idaman anda?
@fiezaradzi.com – bersyukurlah dengan apa yang ada, kerana lebih ramai yang lebih susah dan merana di luar sana. Saya dah jumpa lelaki idaman.. hehee