Cuti Sekolah Bermula

Posted by

Assalamualaikum,

Episod cuti sekolah khas untuk budak-budak sekolah, sudah bermula Hari Jumaat lepas. Kalau dulu, masa cuti sekolah memang sangat-sangat ditunggu. Yelah, apa yang tak boleh atau jarang dibuat masa waktu sekolah, boleh dibuat masa cuti sekolah.

Perkara yang sinonim dengan cuti sekolah:

Majlis Kenduri. Memang biasanya masa cuti sekolah lah banyak majlis kenduri ni. Tak kisahlah kenduri kahwin ke, kenduri kesyukuran ke, doa selamat ke, atau apa saja bentuk kenduri. Ada juga yang buat masa musim sekolah, tapi lebih ramai yang buat masa cuti sekolah. Betul tak? korang yang tak kahwin lagi tu, plan bila nak buat kenduri?

Cuti-cuti Malaysia. Ini memang ramai yang buat, termasuklah diri sendiri. Tapi belum bermula je percutian tu. Kalau tak, hari Jumaat tu, jalan MMR2 depan perumahan kami tak sesak lah. Ini penuh kereta, pukul 10-12 tengahari, jalan memang penuh dengan kereta. Nasib baik juga tak de plan ke mana-mana. Mak ayah kat luar sana, kali ni pergi mana?

Kem Solat, Kem Bina Semangat dan macam-macam jenis kem lagi. Biasanya banner kem-kem ni dipasang bila cuti sekolah bermula. Ada kem membaca, kem solat, kem bina jati diri dan tak lupa juga kelas-kelas tambahan. Eh, kata cuti sekolah. Kesian jugak budak-budak sekarang, asal cuti je, penuh program setiap hari. Kita dulu-dulu, bangun tidur, buka tv, tengok cerita kartun. Tapi kalau bagus untuk budak-budak tu, tutup mata ajelah.

Program Televisyen. Memang agak ketara perbezaan antara cuti sekolah dan masa bukan cuti sekolah. Rancangan mestinya lebih tertumpu kepada rancangan kanak-kanak. Tapi ada juga yang pelik, banyak lagi cerita-cerita Indonesia, istimewa cuti sekolah. Budak-budak tengok ke? Apa kata kali ni buat program yang lebih Islamik untuk siaran televisyen tu?

Aktiviti Sukan atau Bermain. Yang ni pun ada beza. Masa cuti sekolah ni lah padang lebih ramai kanak-kanak sekolah. memang hari biasa pun ada, tapi lebih meriah padang masa cuti sekolah ni. Mungkin hari sekolah, mak ayah tak benarkan main, atau mungkin juga ada aktiviti di sekolah, hingga tak sempat nak ke padang buat badan berpeluh. Masa cuti sekolah ni lah nak tunjuk skil kat orang kampung kan.

Dulu masa masih bersekolah, memang kami adik-beradik tunggu waktu cuti sekolah ni. Bila balik saja dari hari terakhir sekolah tu, terus ambil papan karom dan dam, untuk aktiviti bermain masa cuti sekolah. Ye, mak memang tak bagi kami main permainan ni kalau masa sesi bersekolah. Masa cuti saja boleh. Kenapa, kami pun tak tahu. Mungkin mak risau kami asyik sangat kot. Siapa pandai main karom?

Korang pulak macam mana? Apa pengalaman atau aktiviti korang yang tak terkalah masa cuti sekolah? Pergi mandi ban (tali air), atau kejar ayam jiran sebelah atau duduk dalam rumah saja? Silalah kongsikan bersama, ye tak?

@fiezaradzi.com – Cuti Sekolah. Si adik pun cuti jugak hari ni sebab tak berapa sihat. Moga cepat sembuh anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *