Assalamualaikum,
Walaupun Palestin dan Isreal telah pun melakukan gencatan senjata, namun usaha membantu umat Islam di Palestin masih dan patut diteruskan. Macam-macam cara boleh dibuat untuk membantu sahabat-sahabat kita di sana.
Diberitakan, Israel mengambil peluang untuk menguji rantau Arab dengan menyerang Palestin. Yelah, mereka sekarang penuh dengan masalah dalaman negara. Yang memberontak, buat rusuhan dan sebagainya. Sebab itu Israel menyerang Palestin. Selain itu mereka juga kononnya menguji senjata baru, malah ada yang katakan senjata yang digunakan adalah dilarang semasa peperangan di peringkat antarabangsa.
Apa pun sebabnya, umat Islam perlu bersatu, lebih-lebih lagi, yang dalam negara sesama kita, bersatu padulah. Jangan disebabkan ada perbezaaan pendapat, habis berpecah belah. Bila berpecah belah, mudah orang luar masuk jarum, cucuk sana cucuk sini, akhirnya siapa yang rugi? Jawab sendirilah.
Dekat negara kita, macam-macam cara kita buat untuk tanda protes terhadap serangan Israel ke atas Palestin baru-baru ini. Ada yang boikot itu, boikot ini, tak kurang juga yang menderma, malah ada yang menjadi sukarela menghulurkan bantuan kepada saudara kita di sana. Apa pun caranya, moga kita ikhlas membantu umat Islam di sana.
Korang kenal siapa Faizal Tahir? Tahu apa Faizal Tahir buat? Faizal Tahir cuba membantu dengan melelong trofi yang pernah dimenanginya, walaupun mendapat kecaman hebat. Dalam satu berita yang dilaporkan, Faizal Tahir melalui tweeternya mengatakan satu daripada trofinya berjaya dijual dengan harga RM50,000. Itu baru satu, yang lainnya, agak-agak berapa FT ni boleh kumpul kan. Apa pun, semoga usahanya membantu warga Palestin berjaya. Itu cara FT, cara kita, macam mana pulak?
@fiezaradzi.com – Mari kita sama-sama bantu umat Islam di serata dunia, termasuk di negara kita.