Assalamualaikum,
Entry lama yang tak keluar-keluar. Untuk 2023, Hoki MSSD Bawah 12 tahun telah berlangsung pada 4 dan 5 Julai 2023. Nampak tak jauh dah tarikh tu. (By the time post ni keluar, MSSS pun dah tamat). Anak bujang no 2 dan anak dara no 3 tu of course join. Sekolah hantar 2 pasukan lelaki, dan 2 pasukan perempuan.
So, 4 Julai 2023 pasukan lelaki berentap dulu dan 5 Julai bagi pasukan perempuan. Alhamdulillah, Sek Keb Taman Seri Gombak 2 muncul juara bagi kedua-dua kategori. Tahniah Champs…
Keputusan Hoki MSSD Gombak bagi Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2:
- Johan Lelaki Bawah 12 Tahun
- Johan Perempuan Bawah 12 Tahun
- Ketiga Perempuan Bawah 12 Tahun



Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, cikgu-cikgu dan of course mak ayah yang very supportive semua.. Kenangan terindah semua ni..
tahniah kem hoki sekolah kebangsaan taman seri gombak 2 seteguh…moga lebih sukses di masa depan…
kipidap coaches and parent…terbaik!