Assalamualaikum, selamat pagi..
15 November 2022 – Hari yang gloomy sejak pagi. Dapat perkhabaran cikgu math dan add math masa sekolah meninggal. Pagi dapat perkhabaran cikgu kritikal dan masuk ke hospital. Tengahari pula, dapat berita pemergian beliau.
ADD MATH
Bila masuk tingkatan 4, subjek ni dah jadi gerun. Mana tak nya, masa menengah rendah dulu tengok senior2 semua macam stress je. Di sekolah kami dulu, untuk subjek Math / Add Math dan BI, pelajar-pelajar akan dibahagikan mengikut set. Akan ada test di awal tahun untuk tengok tahap masing-masing, then hingga form 5 akan stay dalam set yang sama. Maksudnya cikgu yang sama akan jaga untuk 2 tahun tersebut. SO, yang duduk Set 1 boleh la pergi laju sikit masa kelas kan.
Masih terbayang-bayang lagi, walaupun Add Math dapat Set 1, tapi sering menjadi target cikgu. Ye la, masa belajar nampak senang, tapi masa test bulanan, Ya Allah, rasa macam apasal pandai sangat ni. Kadang-kadang kengkawan budak Set 2, 3, 4 markah lagi tinggi. So bermula la jadi target cikgu kesayangan ni, Pak Yem kami panggil.
Kalau dalam kelas, Pak Yem bagi soklan je, mula la tundukkan kepala. Terus jadi blank kalau kena buat kat whiteboard. So, selalu kena marah. Tapi kadang-kadang rasa salah sendiri jugak. Masa kelas prep, bukan nak siapkan homework, tapi tido je kerjanya. Pastu mulalah cari buku kengkawan, nak meniru homework. Masa tu tak kira dah faham ke tidak. Pak Yem pun tau sebenarnya, tapi kami-kami ni je lalai, konon-konon cikgu tak tau. Kadang-kadang masa perhimpunan hari Isnin tu, sibuk dok meniru, Pengetua tengah sembang kat depan sana.
Pernah jugak, kami satu Set 1 ni merajuk dengan Pak Yem, akibat miss communication, ingat ada talk pasal ujian lisan BI. Tambah pula, memnag masing-masing malas nak pi prep, yang mana masa tu Pakyem akan buat kelas latih tubi Add Math. Dah Form 5 la katakan. Bila yang ditunggu tak tiba, kami bergerak semula ke kelas prep. Dari jauh dah nampak kelibat Pakyem tunggu kat koridor. Memang kena marah satu kelas. Tak de sapa pun berani nak jelaskan masa tu. Nampak tak cikgu-cikgu kami memang lebih bersemangat dari anak-anak murid.
Sepanjang Form 4, memang rasa malu dengan kengkawan, sebab kadang-kadang tu teruk sangat resultnya. Last sekali Pakyem cakap, awak ni boleh sebenarnya, cuma rajin la sikit buat homework tu, jangan dok meniru je. Agaknya rasa serba salah, masa naik Form 5, dah nampak cerah sikit jalan Add Math tu. Dah selalu buat latih tubi dengan Pakyem, alhamdulillah, satu kelas dapat A1 masa percubaan SPM. Dan seperti yang Pakyem janjikan, satu kelas dapat ais krim connetto. Biarlah orang nak cakap apa, tapi ada cebisan sarung ais krim tu dibasuh, dikeringkan dan ditampal dalam satu buku ni. Tanda kenangan bagi cikgu gembira dan habis duit.
Alhamdulillah jugak, berkat usaha (Pakyem la terutamanya), dan rezeki yang Allah bagi, dapat A1 untuk subjek Add Math. Satu sekolah tak de yang fail. Alhamdulillah. Tapi tu la, orang cakap biasa kalau Add math power, fizik pun power. Tapi lain kes saya ni, Add Math A1, Fizik…. (erm, malu nak cakap, nasib baik tak fail). Kat situ sekali lagi nampak dedikasinya cikgu Add Math kami ni..
Pakyem, berkat tunjuk ajar cikgu, masa di Matrik dan U, math/ add math / statistik tu jadi macam mudah sangat-sangat. Terus teringat Pakyem masa tu. Tapi disebabkan tak de jalan nak melawat, hanya doa saya kirimkan. Sekarang ni, dapat la jugak ngajar anak sikit-sikit bab math ni. Walaupun bukan seorang guru, tapi boleh la bantu dia, walaupun tak terer mana.
Damailah Pakyem di sana. Moga pakyem ditempatkan bersama orang-orang soleh. Moga Allah jua membalas jasa-jasa cikgu. 30 tahun cikgu mengajar kami anak-anak sekalian. Tak terbalas jasa cikgu selama ini. Baru tahu juga cikgu turut tumpahkan ilmu pada anak-anak yatim di Johor sana.
Baguih betullah. Patut pun power add math.
Moga anak2 pelajar dpt contohi sikap tak mudah mengalah dlm apa jua perkara yg diusahakan. InsyaAllah ada manisnya dihujung hari.
psss..terbaiklah dah start update blog…kipidap!