Assalamualaikum,
Ni semua cerita anak no 2. Maklumlah ni tahun last darjah 6. Baru-baru ni anak no2 tu masuk pertandingan Idea Challenge anjuran Tech Up di bawah Kelab Robotik di sekolahnya. Pertandingan di IPG Nilai selama 2 hari.
IDEA CHALLENGE TECH UP
Asalnya dia masuk juga Universal Robotic Challenge, URC yang buat-buat coding. Memang tiap-tiap bulan dia rajin buat cabaran yang Tech Up buat. Agaknya itu antara yang abang ni suka. Masa hari kejadian, hariz antara yang awal berjaya siapkan cabaran tu. Semua settle dan hantar. Di masa berbaki dan terluang tu, ada la beberapa orang kawan yang si abang ni tolong siapkan dan hantar. Dah mananya bukan rezeki, dan tak tahu di mana silapnya, si abang je sorang-sorang yang tak dapat masuk finalist URC, berbanding kawan-kawan yang lain. Dalam 2 hari juga memujuk: Tak pe la abang, abang dah dapat pahala tolong kawan-kawan. Mungkin Allah de perancangan dan rezeki yang lebih baik nanti. Si abang redha.
Rupanya rezeki abang lebih kepada Idea Challenge, yang mana asalnya sekadar melengkapkan penyertaan sahaja. Abang dengan teammates, Wafeeq dan Farhan (of course juga cikgu-cikgunya), reka robot untuk menguti sisa makanan dan bawa ke rumah kompos. Time ni pengalaman baharu untuk anak-anak ni, belajar untuk present idea di reruai dorang. Time time la untuk abang Hariz kiranya ni. Mak ayah ni pasrah je la.
Tanpa disangka team dorang berjaya menjadi juara, Serius la, mak ayah jerit dalam kereta, sebab masa tu pi hantar yang no3 pergi main hoki. Terus-terang cakap, siap ngalir air mata weh.. Air mata gembira plus terkejut. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. See, Allah lebih tahu yang mana terbaik. Hilang yang satu tu, redha, Allah ganti yang lebih baik. Terima kasih Ya Allah..
Tengok video je la ye..
Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?
Terima kasih Ya Allah.. Lepas tu bermulalah kerja berpasukan lagi untuk ke peringkat antarabangsa. Cumanya, video rakaman je la ke Jepun, tak de rezeki mak ayah fly ke Jepun 😉
Psstt: Walau tak dapat ke Jepun, mak memang muka putih macam Jepun dah. Tak gitu…
rezki mmg tak pernah salah alamat..alhamdulillah..
moga berjaya jugak video yg dh ke jepun tu…
mak dia mmg muke korea putih..bapa dia takyah ckplah…mmg macm takuya …hahaha