Install Audio Driver

Posted by

Assalamualaikum semua,

Sejak dua tiga hari lepas, sibuk sikit, sebab selain dok sibuk baca buku, ‘terlupa’ kejap blog tak update. Dok kira nak habiskan baca buku je kerja, dengan tengok drama online, maklumlah ada internet laju.

Lepas entry servis laptop ini, laptop lama telah kembali mantap. Walaupun spesifikasi laptop yang berbeza hanya RAM, kira puas hati lah. Laptop yang sekian lama pakai, sejak 2006, masih mampu berfungsi baik, bateri je dah kong. Bila dah hantar format, sekali semua sekali dah hilang. Termasuklah dengan audio sekali. Jadi bisu kejap waktu nak tengok drama online itu.

Apa nak buat bila audio hilang selepas format

Bila cari-cari, rupanya driver audio, bluetooth dan macam-macam lagi, memang hilang lah. Lupa pulak nak backup driver dulu. Nasib baik boleh download driver online. Bagi yang biasa dengan komputer dan laptop ini memang masalah biasa kot. Tapi bagi yang macam saya ni, memang terkial-kial jugaklah. Nasib baik guna laptop ini. Ada support online. Jadi, bagi yang guna hp, walaupun dah lama laptopnya, jangan risau.

Boleh pergi website hp Malaysia. Boleh pilih nak servis apa. Macam saya ni, memang cari bahagian support & driver la. Lepas itu pilih Driver & Software. Nanti dia suruh masukkan produk laptop kita. Atau boleh scan apa masalah laptop kita. Lepas tu boleh ikut cara-cara dia. Lepas restart laptop, tak bisu dah laptop tu.

 photo installdriver_zpsd45a98a9.jpg

Laptop lain saya tak tahu. Ada yang dibekalkan dengan CD untuk audio tu masa beli produk. Kalau tak ada, tanyalah pakcik Google tu, mesti dia tahu. Dia kan bijaksana..

Ada beberapa perkara lagi nak buat kat laptop ini, jadi kalau tak update blog tu harap maaf lah ye. Moga semua terus ceria macam alexa yang makin cun ini. Terima kasih semua.

@fiezaradzi.com – Patut nak buat entry lain, sebab ada bahan yang tertinggal dekat laptop baru, terpaksa keluar entry ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *