Kelebihan Pembawa Bayi

Posted by

Pembawa bayi? Apa benda la pulak? Tul la kan, sebab ‘baby carrier’ kalau translate ke bahasa, pembawa bayi la.. hikhik.. Bahaya ni, sila jangan ikut translator ini ye.. Sebenarnya baby carrier ni macam kat dalam gambar ni ha..

Apasal citer pasal carrier ni? Bukan apa, just nak tengok kelebihan dan kekurangan carrier ni untuk mak ayah kat luar sana. Sebenarnya baby carrier (saya panggil BC la ek..) ni, saya beli sejak anak pertama lagi. Tapi boleh dikira la berapa kali je pakai (walau pun sebenarnya dah tak ingat). Rasa lebih selesa dukung anak macam orang dulu-dulu. Lebih feel orang kata. Tapi semenjak ada anak dua ni, makin kerap pakai untuk si kecil nombor 2 ni. Kenapa ek?

SENANG NAK DUKUNG

Ye betul, senang nak dukung. Sebab si kecil boleh duduk dalam tu tanpa gerakan bebas terlampau. Senang sikit la nak kawal pergerakan dia kan..

SENANG NAK BERJALAN A.K.A SHOPPING

Selalunya pakai BC ni bila pergi beli barang-barang dapur, beli roti (mention sebab selalu beli roti kat kedai), atau berjalan-jalan sambil hilangkan tekanan. Suka pakai BC sebab mudah nak pegang barang, pada masa yang sama boleh dukung si kecil.

KURANG AMBIL RUANG

Ni kalau nak dibandingkan dengan stroller atau kereta sorong dalam bahasa jawanya. Kalau bawak stroller, mana nak tolak stroller, mana nak tolak troli, mana pulak nak tengok si kakak yang aktif berjalan dan berlari. Lagi satu, lekat kat badan je, tak susah nak tolak-tolak yang sememangnya ambil ruang. Lagi satu bila masuk kereta, tak susah nak lipat-lipat stroller, masuk sekali je dengan BC ni kat dalam kereta

SESUAI UNTUK BAYI SEMANGAT WAJA

Saya memang lebih selesa dukung bayi dengan cara biasa. Tapi tu masa time si kakak kecil la.. Dibandingkan dengan adiknya kali ni, si adik lebih semangat waja dari si kakak. Jadi, dukung sekejap je nak rasa lenguh-lenguh tangan. Tu belum masuk waktu dia bersifat aktif. Ke sana sini menoleh muka.. Jadi, sedikit terganggu la. Paling kurang, dengan BC ni berat badan bayi yang semangat dapat ditampung oleh BC dan juga kedua belah bahu, berbanding dukung, yang hanya menggunakan sebelah bahu sahaja. Penat ohh..

CANTIK, MENARIK, KAU MEMANG THE BOOM

Kalau tengok kat pasaran, banyak jenis dan pelbagai warna boleh didapati. Bukan setakat yang macam beg, malah ala-ala kain batik pun ada. Kena yang pandai, guna kain batik sendiri jer. Lagi yang pandai siap guna BC ni masa nak nyusu. Itu pergi cari kat internet macam mana, saya kurang arif. Dah nama perempuan dan ibu, macam-macam benda berkaitan bayi ni, ada je yang tertarik kan..

Itu sedikit sebanyak pasal kelebihan BC ni la. Tapi, ada juga yang membeli, gunanya, hanya jadi barang simpanan kat rumah. Kenapa ek?

SUSAH DIBAWA

Ye lah, nak ke sana ke sini susah. Asal nak naik kereta kena bawa BC sekali. Mana nak pegang, sebelah kiri pegang anak, sebelah kanan pegang beg tangan. Tak cukup tangan dah nak bawa BC. Last-last end up, terlupa walau pun dah letak kat pintu nak keluar.

SUSAH DIPAKAI

Walau pun tak lah sesusah mana, tapi setiap kali nak letak anak, kena pakai. Lepas tu nak kena buang bila dah guna. Kalau leh guna kudrat seorang ok la jugak. Kalau dapat anak yang semangat waja betul, kena jugak minta bantuan suami untuk pegang anak atau pegang BC semasa nak keluarkan anak dari BC tu. Kalau tak, lenguh tangan atau tak lepas-lepas kaki anak dari BC. Kena pulak kalau guna jenis yang berbelit-belit..

KURANG PRAKTIKAL UNTUK PENYUSUAN

Tak semua bersifat sebegini. Ada tu boleh jadikan tempat bayi berbaring untuk menyusu. Tak susah pegang. Tapi kalau beli yang jenis murah-murah gitu, setiap kali nak menyusukan anak dengan susu badan, kena lah bukak, sebab BC ni ada yang menutup bahagian pengeluaran susu badan. Jadi, sukar sikit, dan bertambah dramatik kalau bayi dah meraung-raung nak susu.

MAHAL

Sesetengah tu agak mahal. Ada yang takut tak terpakai dan terbiar sepi di dalam stor rumah. Walau pun ada yang berpatutan, kadang-kadang ada ibu bapa yang memikirkan seratus juta kali untuk membeli. Tapi, sekarang ni dah banyak yang harganya berpatutan..

TAK PANDAI GUNA

Jangan terkejut bila ada yang tidak tahu cara penggunaannya. Dulu, masa masih single, tertanya-tanya juga macam mana letak anak sebegitu. Malah, ada seikit perasaan belas apabila tengok ada bayi yang terlentok tidur dengan keadaan kepala yang teleng. Kesian menengok. Tapi ilmu itu luas. Cari dan terokai selagi mampu. Bila dah tahu, ternyata ianya mudah sahaja.

Mestilah ada kelebihan dan kekurangannya kan? Saper yang pernah guna, mesti tau. Jom la kongsi ramai-ramai. Mana tahu kat luar sana ada yang tercari-cari apa gunanya BC ni.. Apa salahnya membantu kan…

Cer tengok video macam mana nak pakai BC.. menarik..

@fiezaradzi.com – Nasib baik si kakak tak kisah barang-barang masa dia kecil diguna semula untuk si adik. Kalau tak, jenuh memujuk. Mama sayang kakak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *