Lima Perkara Pelik Berlaku

Posted by

Assalamualaikum,

Macam mana dengan hari minggu korang semua? Ceria, atau ada yang kusam dek kerana kekalahan pasukan kegemaran? Adoilah.. Nak buat macam mana kan? Boleh pulak kalah di tempat sendiri.. Apa nak dikata??

Hari ni nak kongsi 5 perkara pelik yang berlaku. Tapi, tak nak lah sentuh perkara yang agak sensitif kan.. Kalau korang nak tambah, boleh gak, tapi sendiri tanggung ye..

  1. Pelik dan ajaib dengan pemandu-pemandu Malaysia yang dah berpuluh tahun dapat lesen kereta tapi bawak kereta macam tak pernah belajar undang-undang jalan raya. Dapat lesen terbang kot???
  2. Pelik dengan orang yang mempertikaikan perkara tersirat berbanding yang tersurat lagi bersuluh terang perkara yang sememangnya salah. Contohnya, saya pernah terbaca dalam akhbar dulu, ada orang mempertikaikan iklan kit kat M. Nasir tu kerana dikatakan tidak mendaulatkan adat Melayu, sedangkan iklan-iklan bersepah yang mempergunakan perempuan seksi seksa, perempuan dengan aksi ghairah lagi mengundang persepsi jahat anak remaja (iklan perfume) tidak pula dipertikaikan.
  3. Pelik dengan kaum sendiri sekarang ni.. Sanggup korang bergaduh dengan secantik bahasa demi seorang lelaki? Itu belum masuk siap bertumbuk bertampar muka lagi.. Lelaki tu senyum je tengok korang gaduh kerana dia.. Mesti bangga tu.. Bukan nak kata, tapi kadang-kadang tu tengok, kalau muka lelaki handsome macam jejaka pilihan Malaya, okay jugak, ni muka macam tak cukup umur jer.. Senang cerita, baik tak hensem ke, hensem ke, tak payah lah nak memalukan diri bila video dah diupload sebagainya. Anda kan wanita, tunjukkanlah adat sopan. Belum tentu lelaki yang korang gaduhkan tu jadi suami korang kan..
  4. Pelik dan ajaib dengan individu yang tidak peka dengan keadaan. Ada ke patut di tempat awam yang penuh dengan kanak-kanak kecil riang gembira bermain (sila baca: taman permainan kanak-kanak), boleh ada yang hisap rokok walau pun beratus mata memandang ke arahnya. Lagi pelik, si isteri pun buat tak tahu.. Kalau saya, abang, buat-buat simpan la rokok tu dalam mulut.. Kalau ye pun nak merokok, silalah bahayakan diri sendiri di tempat yang tak ramai orang ye. Ini, anak orang lain pun jadi mangsa..

    Dan akhir sekali…

  5. Pelik LAGI ajaib bila peminat bola yang tak sokong Manchester United, cukup gembira hati kalau pasukan tu kalah, biarpun bukan pasukan mereka yang lawan dengan Man U ni.. Memang siap la kena kutukan dari mereka kalau Man U kalah, nak-nak kalau kalah kaw-kaw macam malam tadi. Penuh timeline twitter dengan kutukan demi kutukan.. Adatlah.. Soklan, kenapa peminat ni cukup anti dengan Man U? Sila jawab…

Saje je, jangan ada yang terasa hati ye.. Kalau ada, sama-samalah kita baiki diri kita. Ni yang saya sendiri rasa pelik, mungkin tak bagi korang. Korang pulak rasa macam mana? Pelik sebab Man U kalah? Hehhee.. Ke tak pelik pun.. Hihi..

@fiezaradzi.com – Banyak perkara yang buat diri rasa pelik, tapi biarlah diri sendiri simpan kemas dalam diri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *