Makluman Terkini

Posted by

Salam buat semua. Entry ini sekadar untuk makluman kawan-kawan yang mengunjungi blog ini. Sebenarnya, pada 23 Januari 2011, pukul 10.25 pagi, saya telah selamat melahirka bayi lelaki dengan berat 3.30 kg secara normal. Alhamdulillah, semuanya telah berlalu dengan lancar. Terima kasih buat rakan-rakan yang mendoakan dan yang sentiasa memberi sokongan.

Sakit semasa menunggu bersalin tak lama berbanding yang no.1, sakit yang betul-betul sakit bermula pagi Ahad, lebih kurang pukul 2-3 pagi. Masa tu setengah jam baru terasa. Lama-lama dah makin kerap, akhirnya pukul 4.30 pagi saya mengajak suami ke hospital. Dan akhirnya pukul 10.25 pagi, selamat bayi dilahirkan.

Tetapi kalau sakit semasa bersalin, yang ini lebih terasa, satu mungkin sebab bayi lelaki ni lebih besar dari kakaknya. Kedua, tiada sebarang ubat pelali, atau ubat tahan sakit diberikan, memang kata orang totally normal. Walau bagaimana pun, semua dah selamat. Dan esok pagi, saya akan ke kampung untuk berpantang hingga habis. Insyaallah, kalau ada masa dpatlah saya update. Kalau tidak, hehe.. faham-faham je la..

@fiezaradzi.com – anak anugerah Allah, yang mana hilang segala kesakitan bila tatkala mata bertemu tuan empunya badan yang kecil.. Terima kasih Ya Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *