Pentingkah Susu Ibu

Posted by

Salam ceria buat semua. Cerialah harap-harapnya hari ni. Minggu lepas, awal2 lagi kami sekeluarga keluar ke klinik. Baby kecil tu dh seusia,silap,berusia 2 bulan. Jadi,urusan cucuk imunisasi ni kena ambil kira. Kena keluar awal, kalau tidak,jawabnya tungggu (saje letak g byk,nk tunjukkn betapa lama menunggu) la sampai ke makan tengah hari.

Dan sebenarnya, cerita di klinik. Ada sorang akak ni geram agaknya tengok anak ke2 saya tu,tambah2 tengah menyusu. Jadi si kakak yang berhasrat nak menyusukan bakal anak kedua dia pun de soal sikit2 pasal menyusu badan. Sebab katanya anak pertama dia hanya sempat sehari je menyusu badan,alasannya,susu tiada. Benda yang ditanya, macam mana nak banyakkan susu, tentang pam susu dan cara penyimpanan susu stok. Kalau nak ikutkan banyak web yang ceritakan hal ni, tapi saya anggap kakak ni kurang kot aktiviti berinternet agaknya. So, saya yang penuh kekurangan ilmu ni ceritakan apa yang saya tahu.

Penting sangat ke susu ibu ni? Kalau ditanya pada saya, jawapannya, ya, jika tidak masakan saya berusaha bangun pagi dan bersusah menahan rasa sakit ketika proses pengepam susu. Sakit? Ye,memang sedikit sakit, tetapi bak kata pepatah tok nenek dulu, alah bisa tegal biasa. Rasa trauma untuk pam memang ada,sebab tu aktiviti tu saya mulakan agak lewat (sekarang baru rasa menyesal). Tapi bila dah 4,5 kali mulakan, baru rasa okay. Yelah, memaksa cecair keluar dari badan, mestilah rasa sakit kan. Tapi demi anak, ku gagahkan jua.

Susu ibu seperti mana yang semua ketahui, punya banyak khasiat yang baik untuk pertumbuhan bayi. Saya tak kata susu formula tak bagus, tapi juga tidak menidakkan susu ibu adalah yang paling baik. Dan sememangnya semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Cuma mungkin rezeki masing-masing, sama ada berjaya atau kurang berjaya.

Selain kebaikan nutrien dalam susu ibu, penyusuan dengan susu ibu juga mampu mengeratkan hubungan anak dengan si ibu, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kaum bapa. Dan sememangnya itulah hak anak-anak yang tidak dapat kita nafikan. Seboleh-bolehnya 2 tahun usia penyusuan, tapi kadang-kadang tak ramai yang dapat lakukan. Saya pun begitu, anak pertama hanya setahun 4 bulan, semuanya gara-gara tuntutan kerjaya. Nasib baik juga anak saya tiada masalah berpisah susu.

Apa yang ada dalam susu ibu, tetapi tiada dalam susu formula? Jawapannya ialah kolestrum, susu awal yang mana mengandungi antibodi yang baik untuk sistem imunisasi anak2. Jika dulu mungkin percaya atau tidak, sebab anak pertama, selalu sahaja panas badan ketika kecil. Tetapi alhamdulillah, sekarang puteri kecil tu susah demam. Tetapi, itu pun atas rezeki yang Allah kurniakan, maka kuatlah antibodi anak saya.

Lagi satu, kalau keluar jalan-jalan terutamanya buat ibu-ibu yang suka shopping, memang senang. Tak susah, tak perlu nak bawa peralatan susu seperti botol, susu formula, air panas dan segalanya. Bawa diri sendiri dan anak je, atau sekarang ni dah ada nursing cover yang membolehkan ibu-ibu menyusu di mana sahaja. Bahkan sekarang ni, banyak juga shopping complex yang menyediakan bilik bayi. Tak susah kan? **Juga boleh jadikan satu alasan jika ada yang meminta anak anda ditinggalkan di kampung. “Tak boleh, baby nyusu badan. Nanti saper nak bagi susu?” — Bak kata anak pertama saya..**

Kalau nak cerita banyak khasiat susu ibu ni, yang mana berlambak info mengenainya di laman sesawang, cuma rajin atau tidak mencari dan membaca. Jadi, bagi yang bercadang menyusu anak, jangan lupa lengkapkan ilmu dalam diri tentang hal ni.

@fiezaradzi.com – semenjak dua menjak ni, blog ni citer pasal ibu anak je kan.. hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *