Perantauan dan Balik Kampung

Posted by

Assalamualaikum,

Minggu ni minggu terakhir kita berpuasa. Dah semakin menghampiri penghujungnya. Korang cukup tak solat terawih? Juzuk berapa dah baca Al-Quran. Jawab sendiri lah ye. Kalau baca cerita Imam Syafie, 8 hari perjalanan dari Mekah ke Madinah, 16 kali Imam Syafie khatam Al-Quran. Hebatkan?

Di hujung-hujung puasa ni jugak balik kampung amat sinonim dengan anak-anak yang duduk di perantauan. Yang jauh dari kampung lah kiranya. Sebab tu bukan perkara pelik tiket bas dan keretapi habis dijual, biarpun di awal Ramadhan. Nak sambut raya bersama keluarga lah katakan. Siapa yang tak nak kan, sementara ada peluang ni. Jadi balik kampung dan anak perantauan adalah seperti isi dan kuku bila waktu-waktu perayaan macam ni.

Kami yang dua-dua kampung jauh, tak terkecuali. Kali ni beraya di Permatang Pasir dulu, sebelum balik ke Chendering. Memang jauh perjalanan nanti. Siapkan minda, fizikal dan tentunya duit. Mana taknya, biasa balik kampung tak lepas istilah kesesakan lalu lintas, kena set minda tu. Bila dah terangkut dalam kesesakan, fizikal kena kuat juga, nak-nak yang ada anak. Kalau dibuatnya demam, lagi haru. Duit, mestilah kena ada, sebab guna kereta, kena guna minyak jugak kan. Lainlah kalau naik awan terbang.

Biasanya hari raya ni lah kami bercuti lama sikit (padahal kadang-kadang tu cuti lama jugak). Ambil kesempatan berhari raya bersama keluarga. Insyaallah, mulai esok kami bercuti, masuk kerja balik mungkin Isnin atau Selasa minggu berikutnya selepas minggu hari raya. Lama tu, nasib baik bos dah setuju. Haha..

Insyaallah, kalau ada masa, blog akan berupdate. Kalau tak ada masa atau istilah tepat, malas, sorry la ye. Tunggu lepas hari raya pulak. Ok, doakan kami selamat tiba ke kampung masing-masing. Begitu juga dengan semua yang bakal memulakan perjalanan, tak kira dekat atau jauh. Pastikan kenderaan korang berada dalam keadaan baik untuk perjalanan nanti. Memang kaya la pakcik-pakcik pomen dan kedai servis kereta masa nak raya kan. Bukan orang je nak raya, kereta pun. Tak percaya, banyak dah tengok kedai tayar penuh dengan kereta, tukar sport rim.

Lagu ni mesti tak asing bagi masa-masa macam ni kan.. Balik Kampung, Sudirman

Lagi, kalau ada yang beraya kat Penang tu, jemputlah datang rumah, tapi hari raya pertama dengan kedua je. Hari raya ketiga nak bertolak balik ke Terengganu dah.

Selamat meningkatkan ibadah di penghujung Ramadhan.

@fiezaradzi.com – Nak ucap selamat hari raya, awal lagi kot.. Insyaallah, akan menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *