Kahwin Bukan Untuk Suka-suka

Posted by

Assalamualaikum,

Perkahwinan Ideal

Siapa yang tidak impikan perkahwinan yang ideal kan? Berkahwin itu sebenarnya suatu tanggungjawab, dan bukannya hanya untuk suka-suka atau suatu percubaan. Ia kerana apabila sudah berkahwin, secara automatiknya tanggungjawab berumah tangga harus dipikul bersama. Suami, dengan tanggungjawabnya sebagai ketua rumah serta segala tanggungjawab suami dan juga ayah, si isteri pula dengan tanggungjawab membantu suami serta tanggungjawab isteri dan ibu. Gabungan kedua-duanya menghasilkan satu tanggungjawab bersama yang ternyata tidak ringan.

Maka, ia bukanlah untuk suka-suka mahu pun sekadar mencuba. Jika merasakan ianya susah atau tidak terjangkau untuk merealisasikan tanggujngjawab, maka jangan bermimpikan untuk berumah tangga. Kahwin muda atau lebih dewasa bukanlah satu masalah jika kedua-duanya sudah bersedia.

"perkahwinan orang melayu ideal"

Berkahwin juga bukan sekadar bermaksud berkahwin dengan pasangan semata-mata. Jika sudah bersedia menerima pasangan masing-masing, ia juga bermaksud menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan itu. Selain itu, ia juga bermaksud menerima keluarga pasangan jika mereka masih ada. Segala baik buruk sikap ahli keluarga pasangan perlu diterima. Lainlah jika pasangan hanya sebatang kara di dunia.

Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, izin kedua ibu bapa perlu dititk beratkan. Bukan sedikit kes sekarang yang berkahwin di sempadan, malah ada juga yang sanggup mengikut pasangan kekasih semata-mata hubungan ditentang keluarga. Sanguup ke luar negara kerana ingin berkahwin. Ingat akan satu perkara, jika tiada ibu bapa, tiadalah insan bergelar diri sendiri (sila sebut nama sendiri).

Restu ibu bapa dalam perkahwinan adalah jauh lebih tinggi dan jauh lebih penting berbanding wang ringgit serta kecintaan pada pasangan yang belum berkahwin. Jika ibu bapa berkeras tidak mahu ada hubungan antara pasangan, maka kaji dan bincang dengan sebaiknya. Jika kena waktu dan perbincangannya, ibu bapa manalah yang tidak mahu anaknya bahagia. Tapi, restu itu penting, apatah lagi setelah berada 9 bulan di dalam kandungan ibu manakala tenaga si ayah pula dikerah bagi mencari rezeki untuk pastikan anaknya keluar sihat dan membesar dengan baik.

Jika hanya perkahwinan adalah jalan terakhir yang ada, berbincanglah. Mustahil seorang ayah, lebih-lebih lagi seorang ibu tidak mahu melihat anaknya mengecapi bahagia. Ingatlah, jika tanpa redha ibu bapa, bagaimana pula mahu meraih redha Allah?

Jika inginkan perkahwinan yang ideal, restu ibu bapa terhadap pasangan adalah penting. Apa pun yang berlaku selepas itu, ia hanyalah ujian dan tanda kasih Allah kepada kita.

@fiezaradzi.com РSekarang  ni ramai suka ikut kata hati berbanding akal fikiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *