Semut Mengamuk

Posted by

Assalamualaikum,

Petua halau semut. Alhamdulillah, ‘perkara’ hari Sabtu berlangsung dengan baik. Terima kasih yang doakan. Baru hari ni berkesempatan nak update. Bila dilanda jerebu, tuan punya blog pun rasa jerebu, naik hingga ke mata dan kepala.

Dalam seminggu dua ni, banyak betul semut kat rumah. Jalan-jalan jumpa semut, pergi sinki pun ada semut. Kadang-kadang masa tidur kena gigit semut. Nasib baik semut tak ambil alih rumah tu. Kalau tak..

 photo semut_zps8b93c7e7.jpg

Kadang-kadang geram juga, berjalan macam tak de masalah. Ramai-ramai pulak tu. Bila cuba musnahkan jalan dia, sekejap je dia pandai cari balik. Kadang-kadang dalam air masak pun dia berenang. Nasib baiklah tempat gula tu tertutup rapat, kalau tak, mau hilang sekilo gula, RM2.50 jugak tu.

Petua halau semut.

Antara cara yang boleh dibuat untuk halau semut-semut ni ialah:

  1. Tutup semua bekas air dan gula serta sebarang makanan dengan baik. Semut kan nak cari makanan, cari sila tutup.
  2. Kalau letak makanan atas meja, letakkan atas dulang berisi air. Mudah-mudahan semut tu tak mampu nak berenang dan bunuh diri.
  3. Ada orang kata letak bunga cengkih. Nanti nak try letaklah kat laluan biasa dorang tu.
  4. Koyak-koyakkan daun sirih, letak di laluan mereka. Mana nak cari daun sirih kat tengah kota ni?
  5. Ada orang cakap juga, semut tak suka bau asam keping, mungkin boleh letak.
  6. Orang suruh guna racun semut, tapi tak sampai hati pulak nak buat macam tu.
  7. Cari sarang semut dan musnahkan punca masalah ni.
  8. Suami den ambil bidalan lama, di mana semut mati kalau tidak di gula. Maksudnya manusia sering tertipu kerana pujuk rayu. Banyak sangat pujuk rayu, semut pun tertipu. Lepas tu pandai-pandai la korang asingkan semut dengan gula. Dah macam cerita Musang Berjanggut ni.
  9. Pastikan sampah dibuang sebaiknya. Kadang-kadang dari sisa makanan tu la yang menarik hati semut sekalian.
  10. Ni cara terakhir, kalau tak berjaya juga. Korang kena pinjam si Maikel, suruh dia panggil balik kawan-kawan dia balik ke penjaga asal.

Tak sangka pulak, ramai yang datang. Hari tu mintak pinjam sekor je dari penjaga semut tu. Sekali geng dia, Maikel hantar ramai-ramai pulak. Ni mesti sebab kes tak belanja makan cendol la ni, sedih sebab panggil penjaga dorang je makan cendol. Aish.. Ha, ada baca-baca, kena cakap baik-baik kat semut tu, baru dia tak datang.

@fiezaradzi.com – Petua halau semut penting juga nak tahu. Kalau dah banyak sangat, boleh pening kepala jugak. Kalau dapat semut macam Maikel, ok juga, boleh update blog. Kan Titan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *