Piala Thomas 2012

Posted by

Assalamualaikum,

Kecoh semalam ada gegaran lebih kuran pukul 4.38 petang. Tapi kami di Gombak, tak terasa pun, cuma bila tengok tv, ada yang kata rasa kat area Batu Caves. Apa pun, setakat ni, tidak ada amaran tsunami akan berlaku, cuma ambil langkah berjaga-jaga saja.

Okay, bercakap tentang sukan, yang paling dekat, sukan Badminton akan menjelmakan piala yang berprestij dan pernah disandang oleh pasukan Badminton negara. Apa lagi kalau bukan Piala Thomas. Untuk makluman, Malaysia menang piala ini pada tahun 1992, masa tu zaman anak-anak sidek lagi. Memang jadi lelaki kacak lah masa tu, baik pemain, atau penonton masa final tu. Sekarang anak-anak sidek dah jadi jurulatih pun.

PIALA THOMAS

Untuk tahun 2012 ni, Piala Thomas bakal berlangsung pada 20-27 Mei nanti, bertempat di Wuhan, China. Dan untuk makluman juga, Malaysia ynag pernah menang piala ini diletakkan pilihan keenam, yang diketuai oleh China (pilihan pertama), Korea Selatan (2), Denmark (3), Jepun (4) dan Indonesia (5). Senarai ni dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Kedudukan di sini

"piala untuk thomas dan uber"Piala Thomas dan Piala Uber

Sedih juga nombor 6, tapi tak mengapa. Usaha hingga jadi juara, walaupun agak mustahil, tapi semangat juang itu perlu. Bercakap pasal semangat juang, suka tengok Iskandar Zurkarnain main masa last game Piala Axiata menentang Indonesia baru-baru ni. Walau pun kalah, tapi semangat juang dia hingga ke hujung perlawanan. Syabas, baru lelaki kacak namanya.

Apa pun, buat peminat badminton, jangan lepaskan peluang bulan Mei nanti ye. Mesti ada live kat tv. Lelaki kacak suka main badminton, kan.. Oh ye, nanti ada undian akan dilakukan hari Ahad ni.

** Piala Uber, Malaysia tak masuk ye kali ni.. Sebab? Jawab sendiri ler..

@fiezaradzi.com – Pstt.. bila nak main badminton ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *