Pastinya peminat sukan formula 1 tertunggu-tunggu perlumbaan di Sepang kan? Anda semua pergi? Saya setakat tengok sambil tidur-tidur ayam di rumah saje. Perlumbaan di Sepang sememangnya terkenal dengan kejutan dari segi keputusan. Kali ini podium 1-2 menjadi milik Redbull, dengan menyaksikan Sebastian Vettel menjadi penakluk di Sepang, diikuti dengan rakan sepasukannya, Mark Webber.
Sungguhpun begitu, Petronas dengan jayanya menaja satu pasukan yang berjaya menaiki podium kali ini, Mercedes GP Petronas, dengan menyaksikan Nico Rosberg di tempat ketiga. Satu kejayaan yang tidak sia-sia apabila menang di ‘rumah’ sendiri yang mana ditaja oleh syarikat tempatan, Petronas.
Kejutan yang dimaksudkan tentulah tertumpu kepada Lewis Hamilton, yang memulakan perlumbaan di petak ke-20, namun berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-6. Hebat tul mamat sorang nih.. Pasukan tempatan, Lotus-Cosworth hanya berjaya menamatkan perlumbaan melalui Jarno Trulli di petak ke-17, sementara Heikki Kovalainen pula terpaksa melupakan hasrat menamatkan perlumbaan setelah ber’sentuhan’ kereta dengan Lucas di Grassi dari pasukan Virgin-Cosworth. Lain-lain keputusan boleh lihat di sini. Cerita yang lebih lanjut juga boleh anda baca di website F1 di sini.
Ape pun, perlumbaan yang berlangsung dalam suasana cuaca yang tidak menentu, memang sangat-sangat bergantung kepada ketepatan menilai jenis tayar dan teknik pemanduan. Sedikit percaturan yang salah bakal membawa kepada keputusan yang besar impaknya.
@fiezaradzi.com – de hati nak duduk dalam kereta F1 tu.. Saper yang kena pakai baju pramugari nanti kan..??
kredit gambar: daylife