Sakitnya Perutku

Posted by

"chi-kit teck aun pil"

Semalam, seharian tak boleh buat kerja. Bukan apa, bila sakit perut melanda, hilang semua konsentrasi untuk buat kerja. Sudahlah satu malam tidak dapat lelapkan mata, kerana berulang-alik dari bilik ke tandas. Dalam tahun ni, dua kali terjadi. Yang baiknya, kali pertama, hampir satu keluarga sakit perut, kali ini cuma diri sendiri je. Kalau tidak…
Ada beberapa sebab kenapa perut kita yang comel (terutamanya wanita lepas bersalin), boleh sakit. Antara yang pasti, ia ada kaitan dengan apa yang kita beri kepada mulut comel kita. Cendol tepi jalan kalau tak bersih, boleh jadi penyebab jugak tau..

PENYEBAB SAKIT PERUT

  • Keracunan makanan
  • Makan dan minum terlampau banyak
  • Mengambil makanan yang terlalu berminyak, pedas atau berlemak. Ada orang perutnya boleh tahan dengan semua makanan jenis ni.
  • Makanan tidak hadam dengan baik
  • Refluks gastroesophagus (pedih ulu hati) – ambillah gasvicon
  • Ketidak toleran kepada laktosa
  • Ulser perut/ usus, iritasi usus
  • Jangkitan usus, disebabkan oleh virus, bakteria dan lain-lain (E.coli, campylobacter contohnya)
  • Penyakit refluks gastroesophagus (GERD)
  • batu dalam hempedu
  • keradangan pankreas
  • Kanser perut/usus
  • Tekanan yang melampau. Kadang-kadang bila rasa berdebar-debar, perut pun tak selesa kan? Contohnya, sebelum buat presentation ke, ada yang terpaksa berulang-alik ke tandas kan? Ada satu satu cerita menarik tentang sakit perut dan tekanan ni. Boleh baca di sini.

Mungkin jika terkena pada kita yang sudah akil baligh, tidaklah terlalu serius, tapi jika ada bayi kecil, jangan pandang ringan, sebab mereka tidak dapat memberitahu di mana sakitnya. Hanya tahu menangis saja.

SIMPTOM

  • Ciri-birit
  • Demam
  • Muntah
  • Sakit perut berlanjutan
  • Letih, pening, sakit kepala
  • Kejang otot, mata tenggelam
  • Pengeluaran air kencing sedikit
  • Mulut dan lidah terasa kering
  • Badan lemah, sebab dah banyak yang keluar
  • Jika dehidrasi serius, jantung boleh berdegup cepat
  • Koma
  • Kehilangan berat badan

CARA ATASI

  • Minum air yang banyak kerana mungkin kita boleh terhidrat
  • Boleh mengambil minum berelektrolit bagi menggantikan garam yang hilang dalam badan. Ada tak orang ambil air garam kat dpaur tu?
  • Jumpa doktor untuk rawatan selanjutnya
  • Ambil makanan kuantiti sedikit tetapi kerap – sama macam amalan untuk ibu mengandung
  • Kunyah dengan baik – sebab tu Rasulullah sarankan kunyah 40 kali sebelum menelan.
  • Elakkan tabiat merokok, minuman bergas dan minuman beralkohol.
  • Ada yang alah dengan minuman berkafein
  • Rehat secukupnya

Nasib baik hari dah ok sikit, cuma masih berbaki sisa-sisa sakitnya. Syukur, atas ingatan dari Yang Maha Esa..

@fiezaradzi.com – Sedar akan nikmat kesihatan bila sakit bertandang

** Sila dapatkan nasihat dari yang pakar mengenai hal ini..

** SUMBER:

  1. Berita Kosmo
  2. Simptom kanser perut
  3. Cerita tekanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *