Ku Sangka Panas di Pagi Hari, Rupanya Ada Sebab Menanti

Posted by

Ingat entry pasal sepi tu? Kali ni memang nak cerita kenapa blog ni sepi tau.. Sebelum tu, diingatkan, entry ini adalah panjang dan ala-ala luahan hati seorang mama. Nak baca, silakan, kalau tal nak pun tak paksa..

Begini ceritanya, pada zaman dulu… (baca seperti tok dalang cerita upin ipin), alkisahnya, hari Jumaat 6hb yang lepas si hero kecil kami suapkan telur, sebagaimana yang dinasihatkan misi-misi klinik sebelum cucuk setahun (MMR). Pada mulanya dan memang kami yakin tiada sebarang masalah, sebab selepas satu hari, masih ok.

Tiba-tiba Sabtu awal pagi, badannya si hero kecil tu terasa agak panas. Takut ada kesan lain, kami si abah dan mama berikan ubat demam padanya. Ok kejap lepas tu. Tiba-tiba lagi, Ahad awal pagi (3-4 pagi), keadaan sama berlaku. Masih juga kami berikan ubat demam, dan kejadian berulang lagi. Sekali hari Isnin pagi, badannya panas sangat, jadi asalnya nak ke pejabat, terpaksa duduk di rumah saja, si kakak pula, mungkin rasa berat hati nak ke taska, akhirnya duduk di rumah bersama mama. Hari selasa, selepas ke klinik, kakak ke taska seperti biasa, adik masih duduk rumah lagi sambil makan ubat yang doktor beri. Demamnya masih sama, bila ubat diberi, panas rasa kurang, tapi bila kesan ubat habis, panasnya kembali menyerang. Keadaan sama berulang setiap malam. Lebih kurang pukul 3-4 pagi, panas makin menjadi-jadi..

Hari Khamis, sekali lagi ke pakar kanak-kanak, sebab risau dengan keadaan si anak. Rela keluarkan wang ringgit utk benar-benar pastikan anak selamat. Kata orang wang ringgit boleh dicari, anak tiada pangganti. Menurut doktor, jika Sabtu malam anak masih demam, sila bawa ke hospital segera pada pagi Ahad. Jika anak lemah kerana ridak makan dan minum, malah asyik tidur, sila segera ke hospital..bila dengar hospital, lemah lutut dibuatnya. Belum campur dgn aksi membayangkan keadaan di hospital..Aduh, silap-silap si mama yg admitted dulu..

Tidur si mama, jangan ceritalah.. Abah pun sama. Masalah tidur bukan satu masalah besar, kerana demi anak, pernah tidak tidur walau pun semalam. Paling tidak, boleh cover balik esok pagi bila si hero kecil tidur. Yang merisaukan hati mama dan abah bila si kecil demam, hobi biasa makan si kecil terus dilupakannya. Minum seteguk 2, kemudian sambung aktiviti tidur. Berhari-hari jugak si kecil tu tukar hobi..haruslah runsing kan.. Sudah hampir sama dengan ayat doktor.

Lalu, kami mama dan abah paksa juga si kecil makan. Jika tak boleh makan nasi pejal, sebab batuk, kami buatkan nestum atau nasi blend. Tak boleh suap dengan sudu, sebab bila nampak je sudu terus reject atau paling muka, kami paksa makan dengan syringe. Paling kurang ada juga isi dalam perut comel tu..

Rupa-rupanya hari Jumaat baru nampak kenapa dia demam.. Rupanya cik camp datang melawat.. cik camp tu cik campak.. mulalah timbul ruam-ruam kecik pada badan dan tangan, tu pun kami belum pasti sbb pengalaman anak kena cik camp ni dah lebih 2 tahun.. Last nampak keluar kat tapak tangan dan kaki, pencarian tak berpenghujung di internet, serta gerak hati si ibu dan ayah, kami pasti ianya adalah cik camp. Cuma kami tak pasti kenapa macam agak lambat untuk bintik-bintik kecik tu keluar. Jadi pe yg kami buat selepas itu adalah:
– teruskan bagi ubat demam, jika rasakan demamnya terlalu tinggi, takut juga kalau ada kesan sampingan pulak…
– urut tangan dan kaki sebab ada masanya tapak tangan dan tapak kakinya sejuk sangat, sedangkan kepala dan badan panas sangat..
– de jugak letak telur putih di atas kertas, letak pada tapak kaki bersama stoking, ini adalah petua di internet jika panas tidak sekata di seluruh badan.
– jelum (basahkan) kepala, badan, ketiak dan mana-mana yang rasa panas dengan air ramasan daun bunga raya supaya sejuk sikit.

Akhirnya hari Ahad panasnya sudah reda,cuma gatal-gatal dan panas sekali sekala yang tidak terlalu tinggi. Akhirnya hari Selasa (17hb), si hero kecik tu dan si kakak comel berjayan ke taska seperti biasa…

Cik camp.. Cik camp.. kerana cik camp, hingga ke hari ni, tidur si mama masih terhutang…

Kakak yang comel, terima kasih sebab faham adik tak berapa sihat. Kakak main je sorang-sorang walau pun biasanya akan meragam sebab tak de yang melayan main-main. Tapi sepanjang kejadian di atas, kakak sangatlah baik dan comel.. Sayang kakak… Nanti kita main ek…

Jadi, kawan-kawan, sebab tu lah blog ni sepi, lagi nak ambil mood balik kan.. huhu.. Terima kasih sebab membaca hingga habis.. Korang memang terbaek lah..

@fiezaradzi.com – kalau Allah nak uji kita, macam-macam bentuk dan cara kan.. Kita kena redha dan terima seadanya.. Maafkan kesalahan kami, Ya Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *