Semuanya Orang Buat

Posted by

Assalamualaikum,

Salam hari Jumaat buat semua. Pergi solat jumaat ke tak? Jangan tak pergi tau, untuk yang lelaki. Untuk yang perempuan, boleh solat zohor. Pejam celik, pejam celik, kejap je berlalu minggu ni. Esok cuti, bagus bagus. Kejap juga rasa hari ulangtahun mr. vios tu. Hari Isnin ni tamat.

Ini yang kata semua orang buat ni. Mula-mula ingat encik suami sendiri kena pergi bank untuk buat insurans dan roadtax bagai. Tapi nasib baik telefon bank dulu. Dia kata boleh buatkan, tapi oleh sebab geran mr. vios tu ada di tangan kami, pihak bank boleh buat insurans sahaja.

Bila dah siap, encik suami lah kena pergi JPJ bawa geran dan dapatkan roadtax. Sebenarnya semua ni boleh buat online je kan. Tapi sebab memang tak sempat hari Isnin ni, dan rasa lebih konfiden bila buat sendiri, itu yang bersusah payah tu. Tapi itulah, dulu memang buat bersama-sama dengan suami. Ini dah jauh, encik suami la yang rela nak buat. Terima kasih abang.

 photo lukisanannur-1_zpscb752886.jpg

Ini bukan kereta vios

Disebabkan ada diskaun NCB dari kereta lama, tak banyak sangat lah kena bayar insurans mr. vios ni. Itulah kelebihan ada kereta pertama yang murah. Cayalah.  Bila bercakap pasal kereta toyota vios ni, minggu ni memang bawa kereta pergi kerja. Setakat ni ada kot dalam 200km (plus minus), minyak baru 4 bar habis, lebih kurang dalam rm40.00 la. Kira jimat kot minyaknya bila bawa jalan yang jammed sebab hujan, accident dan dan jammed sebab tak tahu kenapa. Memang jimat minyak mr. vios ni.

Dah, nak cerita sikit je. Merepek je lebih ni. Oklah, nanti ada masa kita jalan-jalan blog dengan kereta toyota vios ek.. 😉

@fiezaradzi.com – Tak sabar nak hujung minggu. Masa bersama-sama suami nak anak-anak. Minggu depan cuti sehari je. Ada program hari Sabtu.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *