Sinamax Sport Center

Posted by

Assalamualaikum,

Idea untuk menulis, macam biskut, sekejap ada, sekejap hilang. Kadang-kadang kalau ada, angin malas pila menjelma. Tapi, tak boleh jadi, kena gak la kan..

Korang suka bersukan tak? Ke dulu-dulu je? Masa muda remaja, sekarang tidak lagi.. Saya macam tu jugak, dulu kat sekolah boleh katakan banyak permainan saya serta. Tapi bab lari-lari, tak berapa suka, so saya suka permainan macam badminton, bola jaring, bola tampar dan sebagainya lah.

Hingga zaman universiti, still de main, tapi bila nak dekat game la. Klau tak, mengular je kejenya. Lau macam tu, macam mana nak menang kan? Hehe… Dah pemalas.. Cuma, semenjak dua tiga ni, kami berdua (saya & suami) rajin pulak nak bersenam. Setelah survey di dewan badminton dekat dengan area rumah kami ni, peralatan pun mula dibeli. So, sekarang ni seminggu sekali kami beriadah bermain badminton bersama. Kira keluar peluh gak la kan.. Nak main tiap-tiap hari macam tak patut sangat, sebab kena keluar duit lebih la kan.. Nak tau berapa rate untuk gelanggang badminton ni? Cer tengok kat bawah ni..

Kira okla kan.. ni kalau adik kat kampung duduk sini, mau die dengan kekawan die suka sangat. Ye lah, adik tu suka sangat main badminton dengan bola. Oh ye, rate untuk gelanggang futsal, saya tak pasti,mungkin seratus macam tu kot.. Saya pernah main futsal sekali je, masa hari sukan kat kolej kediaman dulu. Sekarang tidak lagi..

Korang,macam mana korang keluarkan peluh? Apa aktiviti sukan yang korang suka? Ke suka layan sukan kat tv jer? hehe.. Apa pun, amalkan gaya hidup sihat..

@fiezaradzi.com – aci tak lepas berpeluh, minum air teh ais? hahhaa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *