Olimpik Julai dan Pemenangnya

Posted by

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah nak masuk dua minggu kita berpuasa kan? Tinggal hampir separuh jalan lagi. Macam mana dengan puasa tahun ni? Masih ok? Moga sama-sama kita manfaatkan bulan yang baik ini. Pagi tadi, tak terbangun sahur. Tengok-tengok dah masuk subuh. Penat sangat kot. Kononlah kan..

Bulan Julai dah pun berlalu. Maksudnya si puteri tu dah 4 tahun 1 bulan sudah. Yang adik pun dah 1 tahun setengah. Bulan Julai, memang menarik, dengan awal Ramadhan juga jatuh bulan Julai. Juga Sukan Olimpik yang membuka tirai akhir Julai dan masih lagi menyaksikan pemain negara masih bertarung dalam gelanggang masing-masing. Adakah kali ini titan dapat mengekalkan kedudukannya di fiezaradzi dot com, atau sebab puasa, cendol pun kurang, titan tidak dapat mempertahankan pingat emas? Sama-sama kita lihat…

Pemenang Sukan Olimpik Julai ini ialah…

"top july"

Nampaknya Suri kembali ke takhta yang biasa dipegang dengan memenangi pingat emas. Oh! Budu juga berjaya menempatkan diri untuk menerima perak manakala titan hanya berjaya mendapatkan pingat gangsa. Sebagai menghargai jasa penerima pingat, sebelah kanan tu ada gambar masing-masing. Buat peserta lain, terima kasih kerana turut memeriahkan Sukan Olimpik di fiezaradzi ni.. Haha.. Terima kasih buat semua.

@fiezaradzi.com – Tengok LCW lawan malam tadi, best-best..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *