Assalamualaikum,
Hari Jumaat ni, apa kata kita tengok terjemahan ayat lazim yang kita baca. Tahu, ramai yang dah tahu, tapi untuk perkongsian bersama..
AL-FATIHAH
TERJEMAHANNYA:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Sama-samalah kita hayati maksudnya. Moga-moga beroleh manfaat.
@fiezaradzi.com – Selamat hari Jumaat, esok cuti..