Blogger Yang Terdesak

Posted by

Baru-baru ni en rohaizad de menganjurkan satu ‘acara’ mengenai penulisan blog yang bertajuk Blogger Yang Tersepit. Kali ni beliau tampil pula bersama single terbaru yang bertajuk Blogger Yang Terdesak. Jadi, saya nak ambil kesempatan juga la, nak join ‘acara’ ni..

Apa yang terdesaknya? Ye la, hari ni sebenarnya hari ulang tahun ketiga kami bersama-sama menjadi suami isteri. Memang terdesak ni, terdesak nak cari hadiah apa.. Padahal hari ni la kes kejadian.. huhuu.. Bukan kes tak ingat, ingat masa awal bulan lagi. Tapi, bayangkanlah, hari-hari pergi kerja sama-sama, buat kerja sama-sama, balik rumah sama-sama, makan (tapi skg tengahari tak leh makan ye) sama-sama. Jadi, bila la saya ada masa nak keluar ‘mencilok’. Bila nak keluar waktu si dia solat Jumaat, tak bagi pula.. sebabnya si dia nak ikut juga.. Ah.. terdesak ni..

Ada juga survey ‘barang’ di online, dah tahu dah nak beli pe, tapi bila difikirkan semula, lebih baik beli sendiri. Ye la, kedainya sekangkang kera je dengan tempat kerja, jadi kenapa perlu bersusah-susah nak beli online.. (Saya maksudkan hadiah yang de dalam minda ye..– bukan tidak menyokong pembelian online..hehhee).

Jadi, kawan-kawan, macam mana ni? Terdesak sungguh ni.. dulu leh juga ‘mencilok’ masa waktu ke kedai cenderahati, tapi kali ni saya nak beli benda lain.. huhuu.. encik abang, tolonglah jangan ikut saya pergi tengok hadiah ek.. Tak best la camni, tak surprise kata orang. Orang yang kata, bukan saya.. Hhheee.. Sebab kalau saya bagitau encik abang nak beli buat apa, mesti encik abang kata tak payahla beli hadiah.. kan? kan? Dah tau dah. Jadi dengan itu, izinkanlah saya keluar. sekejap je.. Saya tak pergi tempat lain punya.. Janji.. hehhee..

Agak-agaknya semasa entry ini ditulis encik abang terdesak ke? eh, tersedak…. hehehe.. Jadi encik rohaizad, inilah entry saya. Sesungguhnya saya tak de idea nak tulis apa, jadi memang kira merepek meraban dah ni.. Maaf ye.. Janji, saya blogger yang terdesak…

@fiezaradzi.com – saje je memeriahkan ‘acara’ blog bro ijad ni. Apa pun, happy anniversary yang ke3 ye wahai encik suamiku…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *