Kejohanan Badminton Dunia 2010

Posted by

Salam buat semua. Selepas entry bertajuk Blogger Yang Terdesak ke udara, blog ni mendapat komen yang banyak dari biasa. Memang ada kelebihannya menyertai acara ini walau pun tiada hadiah yang ditawarkan. Yang tersirat itu lebih manis rasanya. Hehee..

Oklah, berbalik kepada tajuk asal. Hari ini (Isnin), bermula lah Kejohanan Badminton Dunia 2010 yang turut disertai pemain-pemain Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, bahkan lain-lain pemain dari serata dunia turut menyertai kejohanan ini. Bertempat di Paris, kota yang dikatakan romantik itu, Persatuan Badminton Dunia (BWF) berkata salah satunya bertujuan mempopularkan sukan badminton ini di negara itu.

Lee Chong Wei, pemain yang diletakkan harapan untuk menjuarai kejohanan ini setelah di dalam rekod negara, belum pernah mana-mana pemain bergelar juara di kejohanan dunia ini. Apatah lagi bergelar pemain no 1 dunia, lebih lagi harapan diletakkan padanya. Ujian getir menemui Chong Wei, dan yang terhebat kononnya, bakal bertemu Lin Dan di peringkatseparuh akhir jika berjaya mengalahkan Taufik Hidayat di suku akhir.

Apa pun, pastinya peminat sukan tanah air mengharapkan yang terbaik dari seluruh pemain. Moga-moga kali ini gelaran juaran kejohanan dunia satunya menjadi milik Malaysia. Kejohanan Dunia ini akan belangsung dari 23 – 29 Ogos 2010.

Selamat berjaya buat pemain Malaysia. Buat yang terbaik ye..

Senarai pemain yang menyertai kejohanan ini boleh dilihat di sini.

@fiezaradzi.com – Dah lama tak main badminton.. Teringin sangat nak main kat dewan besar kat Gombak ni.. hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *