Creative Youth Blog Program

Salam. Kawan-kawan pernah dengar pasal ITYM? ITYM ni Information Technology Youth Movement. Lebih kurang macam persatuan belia la, cuma ia mengumpulkan blogger-blogger, sama ada tegar atau tidak.. Jadi, pendapat atau harapan blogger dapat didengar dan bergerak secara berkumpulan. Ia juga ditubuhkan untuk menunjukkan yang suara-suara blogger ni dipandang serius. Lagi satu, biasa la, berblog dengan penuh etika. Tak la jadi macam kes aduka teruna nanti kan.. Persatuan la katakan..

Untuk menunjukkan keseriusan persatuan ini, baru-baru ini ITYM dilantik menjadi rakan kongsi kementerian belia dan sukan untuk mengendalikan program yang bersifat kreatif dan inovatif. Klik untuk berita lebih sensasi.

itym-banner

Pada saya ITYM dapat memainkan peranan yang penting, apatah lagi sekarang ni ramai belia yang bergiat aktif dalam dunia blogging ni. Malah, penulisan menerusi blog lebih dipandang belia sekarang ni. Jadi secara tidak langsung, suara, pendapat dan harapan para belia dapat ke udara, dibaca dan didengari oleh ramai pihak.  Satu langkah yang baik jika benar-benar di pandang serius.

Sebagai seorang blogger muda (muda eh..?), saya berharap agar kerajaan dapat menaik taraf kemudahan internet secepat mungkin, mungkin setakat di bandar, malah di luar bandar, supaya celik teknologi ini dapat seiring negara-negara maju, dan agar tidak wujud jurang yang ketara di antara mereka di bandar dan di luar bandar. Mungkin kemudahan internet yang lebih murah dan mudah perlu disediakan di kawasan-kawasan luar bandar.

Oh ye, semperna hari belia nanti, ITYM akan mengadakan booth dan sebanyak 50 buah blog akan dikenalpasti dan dianugerahkan sijil serta dipamerkan di booth nanti. Jadi, ini satu peluang yang bagus untuk promosi blog.. Jom sertai.. Untuk maklumat lanjut klik sini ye..

@fiezaradzi.com – saja suka-suka tambah kenalan dan pengalaman..

Related Post

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

19 Responses to “Creative Youth Blog Program”

  1. btol2.. medan blogging kat tanah air dah makin maju.. dah banyak community kat web yang ditubuhkan, sampai banyak sangat.. pening aku nak join mana satu.. haha!
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Spring – Musim Picnic Kteorang.. =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @samanosuke_04, begitu kisahnye ek.. tak pe la.. pandai2 kita memilih ye..

    [Balas]

  2. Salam Singgah.

    Pertamanya, Oh!Tidak, saya bukan belia lagi.

    Keduanya, Oh!Bagus sebab satu tindakan yang proaktif tu untuk semua-semua blogger yang ada di Malaysia. Paling tidak nanti akan banyak juga terhasil penulis-penulis muda. InsyaALLAH

    Selamat hari Rabu dan Terima Kasih singgah ke RestNrilekS : )
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Blog Bahasa BM Yang Indah Itu "Syiok!!" =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Incik RestNrilekS, terima kasih juga sbb singgah di sini.. dan mberi komen.. hehee
    tak pe, bukan belia pun ok pe.. hihi
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Creative Youth Blog Program =-.

    [Balas]

  3. Mr.Z says:

    betul tu, area2 kampung susah nak dapat talian internet, kalau yang bawak broadband dari bandar ke kampung tu masalahnya, lagipun ia akan buatkan org kampung akan lebih celik it.. :)
    .-= Mr.Z´s last blog ..Gambar Kenangan Manis Yang Tak Menjadi! =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Mr.Z, tu la pasal.. skg ni wujud ketidakseimbangan antara di kg dan bandar.. so, harap2 nye kemudahan tu dpt disediakan…
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Creative Youth Blog Program =-.

    [Balas]

  4. hafizmd says:

    satu platform yg cukup bagus untuk belia malaysia..moge belia kite lebih terkawal dan matang dalam arena blogging..
    .-= hafizmd´s last blog ..Masih belum terlewat.. =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, tul tu.. paling menarik, kita boleh manambah jaringan yg sedia ada..

    [Balas]

  5. suri says:

    hai..
    satu perkembangan yang bagus tu..
    ada blog ibarat kawanku,dairiku..perpustaakanku..kiki

    tanpa blog rasa cam kekuragan sesuatu..huhu

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, bila dah lama mmg rasa camtu, esp cam saya, yg kat tmpat kerja tak ramai org..rakan online adalah rakan saya.. hehee..jom la join..

    [Balas]

  6. Wan Perlis says:

    baru tau pasal itym ni
    wah blog akan dianugerahkan sijil
    best la
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis part 2 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Wan Perlis, tu la.. tapi 50 blog terpilih jer.. mana la tau terpilih kan.. pe lagi wan, join la..

    [Balas]

  7. zik says:

    bestnya…nak ikut2.. :-)
    .-= zik´s last blog ..Malaysia mara ke separuh akhir piala thomas 2010! =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, leh jer zik.. jom.. hihi

    [Balas]

  8. Muhd Suhaily says:

    Dalam hidup bermasyarakat sebagai blogger ia amat penting utk tujuan mengkaji keberkesanan penyampaian maklumat dikalangan anak-anak muda.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Muhd Suhaily, saya setuju.. mmg pun, sbbnya anak2 muda ni byk yg habiskan masa depan komputer, so langkah yg baik jika maklumat baik dapat disampaikan.. tapi perlu sungguh2 la..lau tak, tak jadi juga

    [Balas]

  9. botak says:

    rasa mcm terlambat je baca postni..aduh
    .-= botak´s last blog ..movie of the year =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @botak, hehee.. tak pe2.. mgkin next year de lagi.. hehee

    [Balas]

  10. [...] asyik tertangguh je. Ingat tak entry pasal Hari Belia hari tu? Lau tak ingat leh la check balik di sini. Sebenarnya blog fiezaradzi.com ni berjaya menempah tempat dalam pertandingan tu. Menurut [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia