Anamiey’s Closet

Posted by

Suasana suram menjelma lagi. Sudah berhari-hari hujan turun mencurah-curah seperti kurang sikit dari air terjun sekayu, Terengganu. Di saat-saat  ini dapat merehatkan badan dan minda memang best. Apatah lagi bermanja-manjaan dengan katil yang tidak boleh dipisahkan. Namun baru teringat, hadiah harijadi buat si jantung hati belum dibeli. Arghh.. kusut.. beginilah setiap kali tibanya hari yang satu ni. Penat memikir, hadiah apakah yang patut dibeli.

Semalam tengah online tercari-cari hadiah untuk si gadis, ternampak pula perniagaan online pasal tudung ni. Ha.. cantik juga kalau berikan hadiah tudung atau yang seangkatan dengannya. Nampak anggun dan lebih manis girlfriend aku nanti. Bila dah kahwin nanti tak de la nak tanggung dosa tu. Memang banyak pilihan la tudung-tudung dalam anamiey’s closet ni. Ushar, jangan tak ushar.. Tapi ok ke beli online ni, beli kan kedai la..

new-4

Begitulah pemikiran si Ajit (bukan nama sebenar) bila menjelangnya hari istimewa kekasih hati. Niatnya baik, ingin melihat kekasih hatinya memakai tudung dan menutup aurat. Pagi tu, walaupun hujan turun dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, digagahkan juga ke kedai tudung di tengah bandar, walaupun cara lebih senang ada. Biasalah, bila dah hujan, di bandar memang sesak teruk. Dek kerana sekejap lagi ada kelas yang perlu dihadiri, motor kapcai pemberian ayahnya terus dipecut, mengalahkan mat-mat rempit sekalian, walaupin tidak pernah dia terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah itu.

Dalam fikirannya masih terbayang-bayang gambar tudung dalam almari Anamiey tu. Kalau tak percaya, anda (yang baca post ni) boleh klik banner kat atas muka depan tu. Lihatlah dunia sendiri ye.. Ini pesanan Ajit ye, bukan saya.

Di hadapan Ajit, traffic light sudah mula menunjukkan tanda-tanda bertukar rupa warna. Dek terpengaruh dengan cerita ‘Before I Say I Do’, yang melanggar lampu isyarat, si Ajit pun melakukan perkara yang sama. Tah dari mana datangnya sebuah kereta terus melanggar Ajit seperti seekor raksasa menolak Ultraman. Berdebuk-debuk jatuh Ajit di pangkuan jalan raya. Seketika kemudian, Ajit terus dihujani bukan dengan air hujan saja, tapi juga dengan muka-muka manusia yang tidak pernah dilihatnya. Di saat itu juga wajah kekasih hati menjelma, serentak dengan gambar-gambar tudung yang dilihatnya dalam internet tempoh hari.. Ahh, kalaulah aku beli online di Anamiey’s Closet, takde aku kena langgar hari ni, dan dah tentu awek aku dapat tudung yang cantik-cantik dari Anamiey’s Closet tu.

dsc_0899dsc_0915dsc_0899a

contoh-contoh tudung yang de.. banyak lagi

@fiezaradzi.com – Ini sekadar cerita ye. Buat pembaca, bolehlah klik banner kat atas tu untuk penjelasan lebih mengenai Anamiey’s Closet ni. Boleh beli untuk pakai sendiri atau hadiahkan untuk isteri dan si jantung hati. Kalau tak de lagi, boleh beli untuk mak atau adik-beradik. Boleh simpan supaya bakal isteri dapat pakai tudung yang belum tentu ada tahun-tahun mendatang. Sekian dari saya.. heheee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *