Prihatin Atau Diam?

Posted by

Salam. Selamat Hari Jumaat. Hari ni just nak share dengan kawan-kawan. Sebelum tu, maaf jika entry ni akan menyebabkan hati seseorang atau dua tiga orang yang tidak puas hati atau sakit hati. Tujuan saya bukan untuk menambahkan sakit hati, tetapi hanya untuk berkongsi dan membincangkan pendapat anda semua. So, no heart feeling kay.. Lagipun ni blog saya kan, selagi tak menyentuh hal-hal yang boleh mengancam kesejahteraan semua, boleh la kan…

Cuba lihat pernyataan ini:

ORG YG TAKDE JWTN DLM PERGURUAN TOLONG DUDUK DIAM2 BUAT KERJA MASING2… JGN SEKALI-KALI “INTERFERE” KERJA DAN TUGAS CIKGU

Pernyataan ini adalah balasan seseorang dalam entry saya sebelum ini. Balasan encik/cik/puan, saya pun tak tau. Tak kisah la kan.. Cuma nak tanya pendapat anda semua. Entry ni pun sebab rasa terpanggil  untuk membincangkan bersama.

Jika saya seorang ahli masyarakat di tempat saya, semestinya saya akan ambil tahu perkara yang terjadi dalam masyarakat tersebut. Sihatkah komuniti kita, apa program yang sedang berlangsung, paling tidak menghadirkan diri jika terlibat. Jadi, jika saya bukan seorang guru, tetapi anak-anak saya ada yang menjadi anak didik cikgu-cikgu, semestinya jika tidak banyak, sedikit pun mesti diambil tahu perkembangan sekolah anak dan cikgu. Sekurang-kurangye jadi macam kak jie, yang baik dengan cikgu anak-anaknya.

Sama juga, sebagai rakyat, saya perlu mengambil tahu keadaan politik negara, meski pun saya tidak berminat dengan politik, sebabnya saya ada hak dan tanggungjawab. (wah..) Ye lah, takkan nak biarkan ahli politik je ambil tahu pasal politik ni kan..

Adakah pernyataan di atas pada anda benar, atau sebaliknya? Apa alasan anda? Jika tidak keberatan, jom kongsi bersama.. Bincang bersama ok.. bukan gaduh ye.. Jadi, ape lagi, prihatin (ambil tahu) atau diam (buat derk..) yang jadi pilihan anda?

prihatin

@fiezaradzi.com – jika benar pernyataan di atas, tidak mustahil masyarakat sudah hilang konsep prihatin dan mesra.. Hal aku, hal aku, hal kau, hal kau.. jangan busy body.. susahnye…

pstt: oh ye, maaf, saya akan pulang ke kampung hari ni, ayanhanda suami kurang sihat, mungkin tidak dapat bersiaran ye.. tak pe, tinggalkan je komen, nnt saya balas ye.. satu lagi tolong doakan semuanya baik dan selamat kay.. ameen..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *