Salam buat semua. Lama ek tak update blog.. Baru je pas baca berita pasal seksa jadi guru kat paper. Seksa ke? Kononnya disebabkan bebanan kerja yang bukan setakat mengajar murid-murid tetapi juga disebabkan tugas pentadbiran dan pengkeranian. Betul ke? Saya bukan guru, jadi saya tak tau. Anda seorang guru? Apa pendapat anda?
terima kasih gambar: sini
Benarkah guru dibebani tugas sebegitu, atau pada anda tugas itu tidak seberat mana pun? Dulu saya pernah tinggal serumah dengan guru. Memang tidak dinafikan rakan serumah saya ni lebih sibuk berbanding saya yang bekerja di syarikat swasta, yang waktu kerja sedikit tidak tetap. Hujung minggu kebanyakan masanya dihabiskan di sekolah, atau di rumah dengan kerja-kerja dari sekolah. Itu belum masuk bila hari sukan atau majlis lain di sekolah. Kadang-kadang sukar untuk berjumpa dengannya.
Rata-rata memikirkan jadi guru mudah – waktu kerja yang separuh hari, cuti yang panjang bila musim cuti persekolahan dan sebagainya. Mungkin sedikit tercabar jika anda guru yang mengajar subjek penting dan mengajar murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan besar.
Ada yang mengatakan gaji yang diterima tidak sepadan dengan beban tugas yang diberi. Betulkan jika saya salah.. Bukankah gaji seorang guru sudah mencecah ribuan ringgit? (Tidak termasuk cikgu KAFA). Adakah benar bebanan cikgu lebih dari gaji sebegini? Sekali lagi saya tidak tahu.
Adakah kerana bebanan tugas lain-lain ini yang menyebabkan guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran murid-murid? Atau sekiranya bebanan tugas yang tidak berkaitan itu tidak dipertanggung jawabkan kepada guru, terjaminkah guru dapat mendidik murid-murid dengan lebih baik dan efisen?
Saya tidak tahu dunia seorang guru, sebab dah bertahun saya tinggalkan dunia persekolahan, anak saya pula belum lagi menjejakkan kaki ke sekolah. Jika dulu, guru-guru saya memang cukup komited dalam mengajar kami, bahkan kadang-kadang terlebih rajin dari pelajar-pelajarnya. Adakah guru sekarang sudah ‘bermutasi’ atau memang benar cabaran guru sekarang lebih hebat? Apa pendapat anda? Jom kongsi bersama..
@fiezaradzi.com – Pening kepala dengan pelajar praktikal (latihan amali) sekarang, tidak bijak mengambil peluang yang terbentang luas di depan mata. Ibarat paku di kayu yang perlu diketuk baru bergerak..



April 1st, 2010
fiezaradzi
Posted in
Tags:
mak and abang saya guru. beban juga lah saya tengok diorang. kalau sukan, bz sukan pg ptg. nak sedia itu ini. perangai anak murid yg mcm2, mengajar perah otak, menjerit terlolong. kena dapat kelas belakang2 sikit masalah perangai masing2 nak kena layan, yang tak faham2 pun kena tunjuk ajar. tu tanggungjawab lah kan. yang lain pula..bab recording, semua cikgu yang kena selesaikan..register, fee, semua..
lagi satu, rasanya rm2000 pun zaman sekarang ni sekejap je melayang. itu mahal ini mahal..
rasanya semua kerja ada beban sendiri
.-= sarahunny´s last blog ..Sorry murahan =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 12:10 pm
@sarahunny, mmg semua kerja de bebanan sendiri sara..saya pun kerja kat tmpat yg kena buat semua kerja tmasuk bersih membersih.. yg ptg, diri semdiri tau tanggungjawab.. kan?
[Balas]
todin Reply:
April 1st, 2010 at 12:16 pm
@fiezaradzi,
haha mmg la diri sendiri mau tanggungjawab.. tuh tanggungjawab la tuh nak mendidik.. tapi klu da kene wat keje len camne… camne nak menjalan kan tanggungjawab sbgi mendidik? nnti bile murid tak membesar sbgi yg dikehendaki salahkan cikgu tak pandai mengajar la.. mengajar tak btol laa..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 2:46 pm
@todin, sbb tu kena jadik guru yang baik todin.. jgn culas..
yg ptg, tanamkan ikhlas dalam diri.. insyaallah.. tapi lau dah ikhlas, org yg terima tak ikhlas, jadik lain jugak akhirnya..
[Balas]
todin Reply:
April 1st, 2010 at 2:53 pm
@fiezaradzi,
huhhu ikhlas tuh mmg ikhlas.. tapi anak bini tetap nak kene bg makan…. klu sumer nak ikhlas.. tak yah lee mintak gaji… keje ikhlas la katerkan……
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 2:58 pm
@todin, saper nak kerje tak de gaji? mmg la kena, utk bagi up semangat, tapi jgn bersandarkan kepada wang ringgit semata-mata..tak gitu?
todin Reply:
April 1st, 2010 at 3:04 pm
@todin,
alamak da tak ley nak balas kat kotak kak piza…
huhu… k laa ade pendapat memasing…..
harap nnti in da future tkade yg “bising” modal insan kurang…
keke…
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 3:27 pm
@todin, mmg set 5 je balasan todin.. tul. pendapat masing2.. tapi modal insan tu mmg ptg jugak..mmg ptg sgt2..mgkin kena cari cara cmner nak kuatkan.. ye tak..
hafizmd Reply:
April 1st, 2010 at 3:49 pm
@todin, bagus2..boss lagi suke kalau pekerje die ikhlas keje dan tak nak gaji..yahuu boss kate..hehe
.-= hafizmd´s last blog ..Cerita balik kampung dan makan-makan.. =-.
hafizmd Reply:
April 1st, 2010 at 4:00 pm
@todin, todin..hehe..kalau modal insan lemah dan tak menjadi macam yang dikehendaki..parents yg patut kite cari terlebih dulu..betul tak?
.-= hafizmd´s last blog ..Cerita balik kampung dan makan-makan.. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 4:27 pm
@hafizmd, setuju..
[Balas]
todin Reply:
April 16th, 2010 at 3:10 pm
@fiezaradzi,
lo…ish ade balasan algi rupa nyer kekek.. tak perasan.. sbb xdpt emel…
huhuh…. owh … ye la modal insan mmg la pembelajaran utama di rumah… tapi for certain subjek kene belaja kat sekolah kan… mane laa ayah keje company.. nak ajar anak die add math.. klu anak die lemah add math.. takkan nak cari parent die dulu.. ye tak? kekeke..
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:12 am
@hafizmd, ni utk todin ye..
tak salah ayah kerje company leh tunjuk ajar add math ke anak die, lau ayah die terer add math.. kan…
tapi yg ptg rasenye modal insan tu.. sbb ramai student yg kureng bende ni lah.. (dari pemerhatian saya yg lemah setakat ni..tapi tak semua la..)
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
kalau nak ikut beban,semua keje susah.mane ada keje senang dlm dunia moden skang.skang ni profesion guru,polis asik naik je elaun.berita kelmarin smlm pun dmaklumkan elaun guru bkal naik lg.maybe x sesuai kalau dikatakan gaji xstimpal ngan bebanan keje diorang.lainla klu guru tu mata duitan,x ikhlas dlm ngaja,bg 10ribu pun xcukup.
anyway,guru ni tgs mulia.profesion yg paling mudah djadikan wasilah dakwah sbb stiap ari brcakap dpn student.klula stiap guru ada jiwa seorang da’ie,insyaAllah masa depan smue generasi jd terbaik;)
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 12:12 pm
@pdot, saya setuju dgn pdot..
bukan pe, tgk komen dlm akhbar tu, de yg kate gaji tak setimpal, atau gaji tak sama dgn ijazah, kerja sama byk.. tahla..
mmg tugas guru mulia.. dari sinilah anak2 diajar & dididik.. guru juga spatutnya de jiwa baik sebegini.. baru leh ajar kpd pelajar..kan?? tapi lately profesiion guru dijadikan tmpat terakhir sbb tak dpt kerja lain dah.. cmne tu?
[Balas]
My SIL adalah seorang cikgu di sekolah kluster. Memang busy, hari sabtu pun kena gi sekolah. Tapi adatlah, semua kerja pun mesti ada bebanan sb ada tanggungjawab kan?
.-= wahida´s last blog ..Lil Darling and Fever =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 2:47 pm
@wahida, agree tu wahida.. nama pun kerja, mmg de bebanan nye, cuma sanggup atau tak kite pikul..
[Balas]
fiza..mmg betul citer tu…walaupun sy bkn cikgu…tp sy tau sbb ade kawan yg bercerita tntg kepayahan jd cikgu ni…apa2 pun sume keje ade bebanan..mcm sy..bila org tanya, eh lecturer bukan ngajar je ke?jwpan nya idak..sbb kami sume, selain mengajar..mmg ade tugas pengurusan yg lain2..termasukla sedikit keje2 pentadbiran..dan loading tu mmg membebankan sgt2
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 2:48 pm
@DeLLa, tul tu della, saya setuju. tu belum lecturer yang kena buat research kan.. lau de, lagi tambah..
tapi saya rasa lau boleh atur masa dgn baik, isu ni tak timbul..
[Balas]
1. Tugas guru cukup mulia. Panggilan cikgu tetap akan kekal pada empunya diri sampai bila2..
2. Tugas guru sekarang rasanya memang lagi mencabar sebab budak2 sekarang yg makin degil dan nakal..
3. Tugas guru bukan mudah. Mendidik bukan setakat mengajar saje.
4. Gaji guru kalau tinggi pun ok sebab tanpa guru, kita tak mengenal huruf contohnya kat keyboard ni..
5. Kalau ada masa terluang, ape salahnya buat sedikit kerje tambahan..moge mana2 mase yang ter’tuang’ sebelumnya di’recover’ balik..(ini bukan utk guru saje,semua orang pun ok).
Itu saje pendapatku yg lemah ini..
p/s – nanti kalau ade lagi, akan ditambah kendian..hehe
.-= hafizmd´s last blog ..Cerita balik kampung dan makan-makan.. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 12:02 pm
@hafizmd, itu saya setuju en hafiz.. mmg kdg2 kite amek masa utk buat kerja lain, jadi pe kate balas balik kan..
kalau benar kerja sebaiknya mmg tak salah bagi reward yg lebih, kan?
[Balas]
hehe.. seksa jadi guru? senang aje, jangan jadi guru…
beban memang ada. kalau tak ada beban, bukan kerja namanya.
tentang tanggungjawab hakiki (mengajar) dan kerja2 perkeranian yang dikatakan menjadi beban itu dah sememangnya tanggungjawab. pada saya, tak kiralah kerja apa pun, selagi kita makan gaji, dan diberikan kerja apa dan bagaimana sekalipun, itu adalah amanah yang perlu dibuat.
mungkin benda ni jadi isu bila pihak luar tak memahami erti tugas guru itu yang sebenar. sering beranggapan tugas guru adalah mudah dan senang. dan bila berlaku sesuatu kepada pelajar, guru dipersalahkan. sedangkan, mereka tidak mengetahui tugas guru sekarang lebih daripada mengajar.
memang guru sekarang telah bermutasi mengikut evolusi pelajar masa kini. tak boleh samakan guru dulu dan sekarang. beban tugas juga berbeza. yang penting, semua guru juga adalah manusia, maka turut mempunyai sifat dan niat yang berbeza2.
.-= sya´s last blog ..hari-hari huru hara =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2010 at 4:31 pm
@sya, mmg tul cakap sya– seorang guru.. saya sgt setuju dgn bab amanah tu.. sbb lau xjalankan amanah tu betul2, mmg akan disoal jawab nnt..
sya, sepatutnya bila de sesuatu berlaku pada pelajar, pelajar tu kena ada sama masa cikgu kena soal.. biar die dgr..yg susah, mak bapak sekarang pun lebih sebelahkan anaknya, tanpa tau anak cmner..
tapi soal tjawab tu kena buat selagi ia dlam skop kerja kite.. (tapi tak salah lau nak buat kerja yg bukan kerja kite kan..)– bkn nak bodek org atas, tapi itu leh bagi satu pengalaman pada kite kan..
[Balas]
tugas guru bukan sahaja mengajar… nilai2 moral, murni dan juga nasihat supaya menjadi murid/pelajar yang baik. Erm kalau tak dapat ganjaran yang setimpal pun, ganjaran di ahkirat pun sudah memadai..
.-= zik´s last blog ..Y2k! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 11:37 am
@zik, yeah.. itu mmg sgt2 benar.. yg mana lagi ptg, mestilah ganjaran di akhirat kan..jadi cikgu2 bekerja lah dgn sebaiknya.. eh, bukan cikgu jer.. semua la..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Seksa Jadi Guru =-.
[Balas]
salam,
betul jugak tu, tugas cikgu sekarang memang agak banyak kerana hal-hal lain. mungkin pihak jabatan pelajaran kena tengok keperluan untuk menambahkan bilangan kakitangan bukan pendidik dipejabat2 sekolah untuk hal2 berkaitan pentadbiran dan pengkeranian
.-= etomyam´s last blog ..April’s Sales, Discounts, Dining Promotions and Warehouse Sales =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 11:38 am
@etomyam, ini penyelesaian yg terbaik bro.. tapi lau setakat kerja sikit2, boleh kot handle kan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Seksa Jadi Guru =-.
[Balas]
salam…
agak mlm baru dapt singgh sini.kat pjbt mmg tak menag tangan..huhu
yelah kerjaya guru nu perlu menuntut ksbaran yg tinggi apatah lagi anak2 skrg dah ada yng bijak berbanding dahulu..
walhal dari adab, dari hormat semnya skrg sudah berubah..huhu
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 11:40 am
@suri, mmg tugas guru lebih berat sekarang.. sbb tu sepatutnya bukan sebarangan org leh jadi guru..
guru tugasnya mendidik, bukan setakat mengajar.. de beza tu.. jadi, first thing, akhlak guru perlu lbih baik dan positif..
[Balas]
hehehe..inat kisah pengalaman sndiri seorang guru pd awalnya….mungkin ya…blh kata, ramai guru yg ngidap darah tinggi…pnyakit stress pun bnyk..
lepas skolah, kat rumah masih sambung bercakap pasal skolah…hari2 duk fikir pasal skolah..nak majukan anak bangsa sendri. dengar hari2 pun naik bosan gak duk cerita pasal skolah je..tu xmasuk pasal disiplin lagi…hehehe…komen dari seorang keluarga kebanyakkan kerja sebagai guru.
.-= syin´s last blog ..01 April 2010 =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 11:41 am
@syin, mungkin byk masalah kt sekolah skg ni.. kat mane silap pun tak tahu kan.. tapi paling kurang de semangat nak majukan anak bangsa, itu dah bagus.. cuma tgu cara laksanakannya.. tak gitu?
[Balas]
aku skrg tgh praktikal sbg guru..nk kata seksa tu, xdala seksa cuma letih je..bygkan sekolah abis kul 2, then ptg ada aktiviti plak..tp tu ikut time je..time ada sukan, KO, busy la skit..bila dh abis sume tu, releks la.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 11:43 am
@x-po, ni komen dari cikgu sendiri ni.. tapi ok la kan x-po, sbb lau kerja swasta cam saya, kdg2 malam pun kena kerja..penat tak yah cakap la..tapi masing2 de t/jawab tersendiri kan..
[Balas]
sy bukan cikgu..tp klu tgkkn pada kerjaya cikgu..perkara yg paling utama bg mereka adlah ingin menjadikan anak2 didik mereka menjadi org berguna pada bangsa dan negara..untuk berjaya mereka perlu menitikberatkn dr segi keputusan peperiksaan dan membentuk sahsiah diri para pelajar…
.-= azizan4444´s last blog ..Trend Percakapan Masa Kini Versi Cerdik Pandai =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 11:44 am
@azizan4444, saya lagi suka mendidik sahsiah azizan.. sbb keputusan yg baik tak semestinya mnunjukkan pelajar tu bagus.. (situasi skg ni la..),sbb byk dah jumpa.. biar result sederhana, tapi attitude bagus, tu yg kita cari..
[Balas]
faizal Reply:
April 17th, 2010 at 1:01 am
@azizan4444, betul tu, paling penting perlu ada jiwa cikgu.sy bukan cikgu,dan sy rasa memang xlayak jadi cikgu sebab tiada jiwa cikgu…hehehe
apa pun cikgu,samada cikgu tadika, cikgu sek ren, men etc, mereka perlu dihormati kerana usaha mreka tok didk anak bangsa..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:14 am
@faizal, tul tu faizal.. mmg cikgu ni dari dulu berjasa.. lau tak, camner seseorang tu leh berjaya..
bakal2 cikgu pun perlu terapkan jiwa cikgu tu..
saya pun tak de kot, sbb tu sampai skg tak jadi cikgu.. hahaa.. cikgu utk anak sendiri leh la kot.. lau tak, habis anak org saya marah.. hahaa
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
saya nak komen ckit pasal semua komen di atas..apa yang saya baca adalah komen dari org yang bukan bekerja sbgi guru..main cakap jer tapi tak pk.sy seorang guru dan hanya guru saja yang blh memahami apa tugas dan tgungjawab mereka.bg yang tak pnh jadi gurum jgn main sdap cakap tak guna otakk..atau bahasa paling baik, guna otak kpala lutut. org takkan paham tugas guru. npk macam sng, duduk tanda buku,masuk klas..itu yang org npk.tapi hakikatnya kami kne buat macam2 keja yang bukan keja kami.sng citer kerja perkeranian yang sepatutnya standard krani jer yang buat. tugas kami mngajar tapi dah lari tajuk..ada plak kene buat iti ini..mcm mna tak bnyak?nak tumpu satu kerja iaitu mdidik, jadik lain plak..ada paham??
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 2nd, 2010 at 3:39 pm
@khairul azilah alias, maaf khairul azilah…
1) de komen dari guru, 2-3 org gaak lau tak silap saya..
2) rasenye komen2 di atas tidak mnyoalkan guru yg tidak bt/jawab, malah hampir ramai yg setuju kerja guru mmg byk..
3) tak de komen yg ktakan kerja cikgu ni kerja senang
4) semua kerja de bebanannye.. benar, malah saya kerja juga multi-tasking (cam komputer lak..), dari kerja makmal, kerja pengeluaran, update stock, HR malah kerja mebersih pun saya terlibat – jadi tak de kerja yg tak de bebanan.. cikgu pun byk bebanannye..
apapun, tima kasih atas komen anda..
[Balas]
hafizmd Reply:
April 2nd, 2010 at 3:47 pm
@khairul azilah alias, maaf yer khairul azilah kalau ada komen yang tak kene pada mata hati anda, tapi
1) kalau tak silap saye, ade antara pemberi komen di atas adalah seorang guru mahupun bakal bergelar guru sikit masa lagi..
2) rata2 komen, pada pemahaman saya yang bukan guru ni, takdepun komen yang memperlekehkan guru @ main sedap mulut saje..
3) rasanya entri ini diterbitkan atas dasar mencari kebenaran berdasarkan satu berita akhbar..
4) jadi, alangkah baiknya platform ini kita sama2 kongsi pendapat dan rasa sebenar bagaimana tugas seorang guru hari ni, lebih2 lagi dari seorang yang bernama guru..
[Balas]
salam..
dulu kufikirkan jadi guru adalh kerja yang paling mudah..huhu
silap rupanya..
.-= yoy´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 3rd, 2010 at 12:02 pm
@yoy, sebenarnye tak de keje mudah dlm dunia yg mcabar ni yoy.. jadi cleaner pun susah.. (rasenye la..)
[Balas]
Kalau nak ilmu yang berkat, kena hormat guru. Itulah pesan-pesanan yang tak pernah dilupa.
Kak Jie sentiasa ada hubungan yg baik dgn guru anak-anak…kalau bercuti mesti belikan ‘jajan’ utk cikgu anak-anak..mereka pun macam dah terbiasa…bila nak beli cenderamata mesti siap2 cari untuk cikgu.
Semua kerja ada bebanan – sbb tak mungkin seorang diri lakukan semua dengan sempurna. Tiap orang ada bahagian dan tanggungjawap masing-masing…. dan semuanya manusia yang tak lepas dari kekurangan dan kesilapan.
.-= Kujie´s last blog ..Allahyarham Din Beramboi Dan Di Penghujung Usia =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 3rd, 2010 at 12:06 pm
@Kujie, tul kate kak jie.. dulu mak siap pesan kat cikgu lau de buat salah, buatlah pe yg patut.. kite pun jadik takut nak buat tak tentu hala..
tul, lau tak de bebanan semua org nak keje tu kan..dlm dunia skg, mmg kerje byk bebanannye..
[Balas]
orang dedulu, rasanya jadi cikgu sbb nak tolong anak bangsa. gaji seciput pun alhamdulillah. janji ada generasi yang belajar.
orang sekarang, guru satu kerjaya, niat mendidik tu dah terkesamping, so itulah mula merungut ini tak cukup itu tak cukup. tak smua, tapi sebilangan ja kot..
tapi guru tetap guru, tetap mulia, tetap noble.
Allah tetap suka.
.-= lilacfla´s last blog ..Bayang Kematian =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 3rd, 2010 at 12:12 pm
@lilacfla, itu yg silapnye lau de cikgu2 yg bfikiran sebegitu.. tak salah fikirkan reward, tapi buat kerja dgn baik dulu.. bila tak dapat, mula down semangat.. tu pndapat saya la kan..
tul, tak semua cikgu camtu.. masih de yg niatnye mmbantu anak bangsa..tapi cikgu mmg mulia.. saya setuju sgt2..
[Balas]
saya rasa gaji cikgu cukup. mungkin cikgu2 ni rasa pengorbanan dorang tak padan dengan gaji. dorang yg bantu pelajar2 untuk berjaya dan mungkin dorang rasa dorang berhak dapat lebih. tapi nak jadi cikgu, hati kena ikhlas. niat kena betul untuk didik anak2 bangsa. kalau soal gaji dibangkitkan, macam tak ikhlas pulak kan.
.-= Amir´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 3rd, 2010 at 12:20 pm
@Amir, tah la amir.. kite tak tau pe dorang fikir.. mgkin de benarnye..tapi kerje pape pun.. mesti ikhlas kan.. kerje kerna Allah.. itu lebih baik..
[Balas]
oh.. nk jadi chekgu mmg susah, huhu
.-= diden´s last blog ..Blogger melancarkan "New Template Designer" ! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 5th, 2010 at 10:02 am
@diden, susah lau tak kena caranye..
[Balas]
saya tak marah atau melenting tapi kadang2 masyarakat luar tak paham tugas guru yang sebenar..guru lah yang membakar diri menyinari orang lain.. walaupun one day, ank muridnya menjadi seorang doktor, peguam atau kerjaya profesional yang lain, guru tetap di kerusinya..meneruskan kerjaya menjadi guru dan terus mendidik dari satu generasi ke generasi..sepatutnya masyarakat tak terlalu mempersoalkan isu guru ini. saya rasa kecewa dengan pandangan masyarakat dewasa ini tentang kerjaya guru. harapan saya, bangkitkanlah kembali kemuliaan profesion perguruan.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 5th, 2010 at 10:05 am
@khairul azilah alias, xpelah azilah.. mmg kdg2 masyarakat pandang salah guru ni.. tapi tak semua.. ramai lagi yg anggap guru ni kerjanye mulia.. yg salah kite betulkan.. terima kasih.. yg ptg saya rasa, guru sendiri kena buktikan kerja guru ni mulia, sbb mereka lah yg lebih tahu.. lau guru tunjuk contoh salah, anak2 murid sure ikut la.. jadi guru2 perlu betulkan mana2 yg dirasakan salah.. actually bukan guru je, semua kena cmtu..
[Balas]
salam Fieza,1st time tinggalkan jejak ni.selalunya silent reader.Suka dengan blog Fieza sebenarnya.baru awal pagi sebegini,pada hujung minggu sebegini baru ada masa lapang sedikit.hu hu.
setuju dengan pandangan Sya dan Khairul.saya sudah melihat sendiri situasi kerjaya guru.apapun,saya telah melihat,pendidik zaman sekarang pun ramai yang telah bekorban masa, tenaga dan sesekali wang ringgit demi kejayaan pelajarnya.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 5th, 2010 at 10:07 am
@ummu, terima kasih ummu wpun jadik silent reader.. itu pun cukup bermakna buat saya
tul,mmg tak dapat dinafikan, kerjaya guru mmerlukan pengorbanan yg bukan sikit.. sbb tu guru2 perlu mantapkan jiwa dan minda yg kerja guru bukan mudah, dan jgn ambil mudah.. saper tak nak tgk anak didiknye bjaya kan.. saya setuju pasal nih..
[Balas]
Kerjaya jadi guru tu taklah mudah. Ada tanggungjawab moral yang harus dipegang. Macam mana nak bertanggungjawab kalau anak didiknya gagal menjadi manusia kelak.
.-= kerja kosong´s last blog ..MURPHY OIL VACANCY As GRADUATE TRAINEE =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 5th, 2010 at 10:09 am
@kerja kosong, mmg setuju pasal ni.. sbb tu disebut kat atas, kerjaya guru bukan mudah. bukan setakat mendidik atau mengajar sahaja. sbb pe yg guru buat, anak2 didik ni akan tgk.. dan buat kesimpulan sendiri.. jadi kenalah jadi guru yg baik.. sbb tu guru ni dpndang mulia
[Balas]
Saya tak pernah menjadi guru.. hanya menjadi guru untuk anak-anak kecil saya sahaja.
Apa yang saya faham tugas guru itu bukan sekadar mengajar malah turut mendidik para pelajarnya.. seksa menjadi itu satu cabaran sebagaimana profession lain juga..
p/s: komen puan fieza selalu kena cekup dengan akismet padahal saya dah remark not spam. tapi takpa.. kalau tak keluar lagi habaq mai.. akan saya cari di dalam akismet.
.-= nuaeman´s last blog ..Alfatihah buat Mior Ahmad Fuad ( Din Beramboi ) =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 6th, 2010 at 10:32 pm
@nuaeman, tul tu nuaeman.. mmg guru tugasnye mengajar dan mendidik.. pelajar2 lak semua perkara yg cikgu buat, die perhatikan dan jadikan panduan.. so, cikgu mmg mjadi perhatian & mmg byk tugasnye..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.
[Balas]
Semua kerja ada beban tugas masing-masing. Tapi yang paling seronok apabila berada dalam profesion ini adalah waktu pelajar dan bekas pelajar mendoakan guru dalam doa selepas solat.
p/s : Pernah dengar doa dalam solat doa khusus untuk doktor, akauntan, peguam dan sebagainya?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 6th, 2010 at 10:36 pm
@imran, tul tu imran.. mmg profession guru ni mulia, tak dapat dinafikan.. jadi, tunjukkanlah ia betul2 mulia
.-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.
[Balas]
Yes!! thats true..saya sokong imran..betul kata dia,,kerjaya hebat adalh guru..walaupun kadangkala ada sesetengah pihak memandang sebelah mata sahaja kerjaya ini, tapi kedudukan guru di mata murid adalah tinggi bagi diri mereka. BERDIRINYA SEORANG GURU, DUDUKNYA SEORANG GURU, SEMUANYA DIPERHATIKAN DAN MENJADI IKUTAN MURID.ayat ini merupakan kata2 pensyarah saya semasa di IPTI dahulu. dalam erti erti kata lain, guru adalah idola terdekat bagi diri mereka..saya seorang guru,dan saya ada minat untuk menyambung pngajian ke peringkat lebih tgi iaitu master..ada tak sape2 dalam forum ni ada info tentang ke manakah hala tuju guru sekiranya dia smbung master..maksudnya peringkat lebih tgi yang boleh dia pergi..harap ada kawan2 yang boleh kongsi info..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 6th, 2010 at 10:41 pm
@khairul azilah alias, mmg segala tindak tanduk cikgu diperhatikan pelajar.. sape yg pndang cikgu sebelah mata ni.. tak tau nak ckp pe.. agaknye die de pengalman buruk dgn cikgu kot..
azilah, yg sya tau lau smbung master, leh jadi pensyarah, pastu leh sambung phd lagi.. depend universiti la.. tapi yg nyata mmg leh jadi pensyarah.. lagi satu leh jadi pegawai dlm bidang pendidikan, cam cikgu sekolah lama saya..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Siti Nurhaliza Menang Lagi =-.
[Balas]
nak jadi guru kena byk sabau.klu dok mau hari2 darah tinggi naik slulu..huhu
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 12th, 2010 at 10:18 am
@suri, tul.. bukan guru jer kot.. semua kerja kena byk sabar.. esp lau yg libatkan pelanggan..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Selamat Untukku, Selamat Buat Semua =-.
[Balas]
org yang xjadi cikgu tak pyh nak bising2… blogger2 yang suka menyibuk hal cikgu ni, dia bukan faham kerja cikgu… bila anak cemerlang, bangga dgn cikgu. bila anak buat hal kat sekolah, cari cikgu, nak pukul cikgu, ckp cikgu tak pandai buat kerja la apa la. yang herannya, kalau rasa pandai kenapa tak ajar anak sendiri kat rumah? hantar anak baca Quran pun kat org lain, kalau pandai kenapa anda ajar sendiri. kami cikgu2 ni terima je anak murid seadanya, yg pandai ke, lembab ke, lembam ke… dah tugas kami. walaupun balik awal ke rumah, kerja sekolah ttp dibawak bersama. tanda buku, buat rekod mengajar, headcount, diagnosis, analisis, Folio A, Folio B. Tu belum kira yg duk berulang jauh dgn anak bini lg… Melambak cikgu yang mcm tu, berulang dari utara ke selatan semenanjung setiap minggu semata-mata nak berjumpa dgn isteri atau suami… ada blogger kisah mende tu semua?? ADA KE? jadi kesimpulannya, ORG YG TAKDE JWTN DLM PERGURUAN TOLONG DUDUK DIAM2 BUAT KERJA MASING2… JGN SEKALI-KALI “INTERFERE” KERJA DAN TUGAS CIKGU… salam…
[Balas]
khairul azilah alias Reply:
April 15th, 2010 at 8:34 pm
wow..wow ..wow..well.aku nak jd geng ko.aku stuju!!! sgt2 stuju..tau la mak bapak zaman skg ni.byk songeh.bagi aku la kan,,mgajar di bandar n luar bandar byk beza. cuba pkirkan tntg parent luar bandar, dorg kebiasaannya tak banyak komplain berbanding parent bndar yang educated n nak sgalanya perfect.,.kajian yang aku buat mlalui pmerhatianla..orang yang tak jadi cikgu n bnyak songeh nih kita kne’smash
dia gak skali sekala…wakaka
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2010 at 12:17 pm
@khairul azilah alias, pada saya, mak ayah skg ni de komitmen yg lebih, jadi lepaskan pada guru — yg mana mmg tak patut, sbb t/jawab dorang sptutnye tak hilang.. kdg2 yg nak kena hentam tu sbb depan mata anak dorng good, tapi blakng tak tau — sy tau bnde ni sbb satu rumah dgn cikgu dulu, de disebut pasal perkara ni..
satu lagi, mgkin juga mak ayah skg terlalu manjakan anak, mungkin.. jadi, nak perfect utk anaknye.. saper tak nak anak die be the best kan? normal la tu..
kat sini bukan nak kutuk cikgu, cuma bincangkan nape jadi camni.. sbb de segelintir cikgu yg de sifat ‘kureng’ — tai, take note, BUKAN semua, jadi yg sikit tu yg jadi tontonan.. biasalah kan adat.. jadi saya rasa kalau cikgu tu tul2 de niat nak didik, ajar, tunjukkan contoh yg baik, perkara ni bukan seksaan bagi ye, seperti cikgu sya di atas.. mungkin saya betulkan, mmg seksa, tapi disebabkan t/jawab, ‘seksa’ tu diambil jadi positif..
tu pendapat saya..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2010 at 12:11 pm
@anonymus, sabar ye.. harap bersabar.. saya rasa kat sini tak de yg complain cikgu tak bagus, puji lagi ada.. jadi, no heart feeling ok..
semua tau kerja cikgu mmg susah, sorry, bukan cikgu jer, but semua kerja, esp kerja makan gaji.. jadi masing2 de t/jawab..
bukan setakat cikgu je de ‘kerja’ sampingan, tpaksa ulang alik jumpa anak bini, saya pasti ramai lagi kt luar cmni.. so, beban tu mmg de.. cuma cmne nak kurangkan beban tu, trpulang masing2 nak solve..
[Balas]
hafizmd Reply:
April 16th, 2010 at 12:29 pm
@anonymus, terima kasih cikgu anonymus..
tapi, blogger2 ni bukan nak menyibuk tak tentu pasal..kami hanya cube nak memahami tugas sebenar guru, dan ade antara blogger yg mmg seorang guru..
bukan niat kami nak perlekehkan kerjaya guru yg mulia..takdepun dalam entri ni yg perlekehkan guru..malah kami setuju yg guru mmg mulia..(mungkin cikgu tak bace habis entri ni kot?..hehe)
jadi, kalau kami tak “bising” @ hanya duduk “diam”, camne nak tahu?sedangkan kami juge seorang ibu@bapa@ahli keluarga yg mane kami juge hantar anak2 kami ke sekolah..
jadi, blog ini kami adekan utk same2 kongsi pendapat dan pandangan..moge ibu bapa dan anak2 lebih faham tentang hakikat bukan senang menjadi seorang pendidik..
terima kasih dan harap maaf kalau ade salah..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 16th, 2010 at 12:35 pm
@hafizmd, saya rasa en hafiz ni leh jadi cikgu la.. cikgu yg bagus.. hehee..
tapi saya setuju, samala kan, lau hal negara/ politik, ahli politik jer amek tau, rakyat diam jer, susah gak tu.. jadi saya rasa perlu sama2 de peranan, baru satu tugas tu jadi berjaya.. setuju tak??
[Balas]
[...] ini adalah balasan seseorang dalam entry saya sebelum ini. Balasan encik/cik/puan, saya pun tak tau. Tak kisah la kan.. Cuma nak tanya [...]
betol ke zaman skrg murid perempuan tak boleh dirotan?saya konfius dgn arahan nie..btol ker?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:18 am
@khairul azilah alias, saya tak penah dgr lak pasal ni.. bagi saya lelaki pompuan, sama je jika buat salah.. cuma utk pompuan mgkin leh di laksanakan hukuman lebih terselindung..
tapi merotan bukan tak boleh ke? di khalayak ramai la.. tapi susah juge, lau dah buat salah kena la de hukuman kan.. ni kena tanya org atas lagi ni..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
jangalah kita tuding jari kepada sesiapa.sebaliknya kita cari jalan penyelesaian yang baik
.-= Wan Perlis´s last blog ..Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 19th, 2010 at 11:19 am
@Wan Perlis, ni saya setuju.. mmg kite tak leh main tuduh jer.. jadi sama2 berfikir dan selesaikan, baru de penyelesaian terbaik..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Prihatin Atau Diam? =-.
[Balas]
Jika dulu pendidik telah dipilih maka tidak perlu pendidik mengatakan yg tugas ini menyusahkan pada mereka. Apa yg mereka berikan tidak ada tolok bandingnya,guru-guru ini yg bertanggungjawab membina otak dan ibubapa membina watak hingga apa yg pelajar perolehi adalah hasil dari guru dan ibubapa.
.-= Muhd Suhaily´s last blog ..Talk percuma bukan sia-sia =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
May 6th, 2010 at 10:28 am
@Muhd Suhaily, saya setuju dgn kenyataan ni.. jai kesimpulannya, mak ayah dan cikgu2 adalah sgt penting dalam perkembangan anak2, termasuk jugalah kawan2 nya..
[Balas]
guru, kerja utama adalah mengajar & mendidik.
ada gak kerja sampingan. lebh2 kalu mnjdi guru di sekolah2 yg elit. yg mana sekolah tu asyik tip top jer dalam akademik n kokurikulum.
.
dunia skrg ni menuntut guru menjdi mahir dlm pelbagai bidang. kadg2 cgu ni jadi kerani, jadi pengukur balapan, pengadil pelbagai pertandingan. len hari jadi pelukis. sat2 jadi technician. pas2 jadi askar(unit beruniform). kendian jadi atlit(jrulatih). kdg2 jdi tukng kayu. tp x suma guru perlu jd mcm ni. pasl skrg ni dh ada pembahagian masing2. misalnya, ada guru data, guru perabot, guru pusat sumber n guru kelas. bleh kate setiap guru ada peranan dan tugas masing2.
pas2 tiap2 hari menghdpi karenah murid2, karenah pentdbr yg ok, x ok. karenah mak bapak yg pelbagai. Bila berhadapan dgn karenah manusia2 ni, mcm2 bleh jadi.
berhdapn dgn karenah murid2 lak, kalu yg baik, akan berdisiplin. dgr ckp guru. kalu yg nkl, phm2 jer la.
pasl pentadbir xnak sentuh sagt.
pasal mak bapak xleh sgt nk mengharap guru. yg bleh harap dri segi subjek. xsuma mak bapak pandai dalm sains, lain la parents dia saintis.
antara yg perlu ditekankan ialah dari segi mendisiplinkan anak2 dan menanam nilai2 murni. dari segi keperluan rohani dn emosi, guru xleh fokus sgt pasl byk murid dia nk kena jaga.
Pastu kena wat lesson plan utk harian, mingguan, n tahunan. bab ni mmg sakit kpala . mcm2 nk kna diambil kira. terutama pad guru baru.
soal beban ni, bagi saya semakin kompleks pekerjaan itu semakin la byk beban dia.
terutama kerja yg melibatkan urusan dengan klien. kalu guru kliennya adalah murid dan parents..
p/s: sori kalu apa yg dikata lari dari topik…..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 5th, 2010 at 11:33 am
@mat, terima kasih atas ulasan yg pjg, tapi bernas ni… mmg pun.. semua setuju tugas guru sekarang mmg mcabar… lagi2 deal dgn manusia.. mmg hati perasaan kena jaga, lebih2 lagi budak2 remaja skg.. emosi kena pandai…
saya rasa yg satu masalah dgn parents ialah parents mgharapkan 100% pada cikgu.. dari segi pmbelajaran mgkin tak pe, masalahnye dari segi mendidik moral pun cikgu juga yg kena.. sepatutnya itu tugas bersama. kalau mak ayah pandai jalankan tugas tu, kerja cikgu jadii mudah sikit… dalam hal ni..
mmg pun, lagi kompleks pekerjaan tu lagi tinggi bebanannya.. tapi cikgu2 yg baru nak jadi cikgu ni perlu tahu perkara ni.. supaya tak la mereka pilih nak jadi cikgu sebab senang, sebab tak de kerja lain dah.. itu yg akan menyebabkan mereka kecewa nanti…
trima kasih ye mat…
[Balas]
Bagi saya kalu kita suka dengan apa yang kita buat. maka kita akan sanggup hadapinya.
tp besala dalm setiap pekerjaan mesti akan ada yg dh ‘burn-out’…tmasuk
la pekerjaan guru ni. i
[Balas]
fiezaradzi Reply:
August 6th, 2010 at 1:29 pm
@mat, saya setuju dgn ayat 1st tu.. mmg tul pun.. yg 2nd tul gak, cuma camner kita nak selesaikan jer… itu yg buat kita lebih puas hati bila berjaya..
[Balas]
x dinafikan krja sbgai guru yang hanya setengah hari berkerja amat2 memenatkan..tambahan lg berdepan dgn karenah2 pelajar2 yg memeningkan hehehe
[Balas]
fiezaradzi Reply:
September 26th, 2010 at 2:56 pm
@deen, tul tu.. menghadapi karenah pelajar tu yg membuatkan cikgu2 kepenatan rasanya.. lau tugasan cikgu tu, ok lagi kot..
[Balas]
xkena batang idong mmg xtau keaadaan dia mcm mn…….sape yg rase tau la derita dia mcm mn……klau tugas2 guru mmg byk tp guru2 boleh buat…..tp masalah terbesar perangai budak2……dgn cikgu pun diorng boleh ckp babi, mangkok,fuck you, p_ki mak, but_h….anjing dan mcm2 lg…..tahan ke nk dgr??? org yg sebaya kita ckp mcm tu pon kita mrh…inikan pulak bdak2 hingusan……mak bapak lak bila cikgu2 cubit @ rotan ank2 dia…..dia dtg skolah maki cikgu….ape ingat cikgu ni tempat maki ke……dlm bilik guru cikgu2 xpenah bising pun pasal keje yg belambak2 tu….yg bising pasal anak2 bangsa kita yg kurang ajar……klu nk rase cuba la jd cikgu…xyah lama…..sehari pun cukup lepas tu br kita ckp pasal tanggungjawab…..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
October 21st, 2010 at 11:52 am
@nort, diharap bersabar ye.. mmg dinyatakan dengan nyata dan terang, kerja guru bukan senang.. apa2 kerja pun tak senang sebenarnya. lebih2 lagi yg deal dgn manusia, cthnya guru, doktor, dan jururawat sekali pun.. cuma diharapkan golongan pekerja ini lebih bersabar, sbb mmg pilihan masing2 utk menjadikan profession itu suatu kerjaya. maka, belajarlah berminat dan bersabar dgn karenah yg dihadapi. rasanya tak perlu jadi cikgu utk cakap pasal t/jawab.. mjadi diri sendiri sudah boleh berbicara ttg isu t/jawab ini.
mmg tak dinafikan juga mak ayah yg makin memanjakan anak2, seolah-olah anak2nya baik. saya juga ada rakan yg mjadi guru, saya tahu perit jerih seornag guru. bukan menidakkan kepayahan guru ni.. bahkan saya sanjung kerjaya cikgu dan rata2 sahabat di atas pun menyokong usaha cikgu malah menyatakan tugasan cikgu ini mmg berat. Jadi bukan sewenang-wenangnya individu itu boleh jadi cikgu. Janganlah disebabkan tiada kerja lain, maka cikgu mnjadi pilihan terakhir.. jadilah guru kerana minat & t/jawab mdidik anak bangsa.. jika nort seorang guru, harapan saya agar nort mampu mjadi guru yg terbaik..
[Balas]
pada pendapat saya, tugas sebagai guru memang beratnak pulak mengajar kelas yang last-last.letih rasanya.dah la dorang tak nak belajar.sumpah seranah kat cikgu dah tentu.nak rotan atau denda dah tak boleh.sabar je la.ibu bapa sekarang pun sama naik.anak kene rotan sikit dah nak saman cikgu
.-= slimdiet2´s last blog ..New Image tangga ke 81 dalam top 100 syarikat jualan langsung =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 9th, 2010 at 5:38 pm
@slimdiet2, mmg pun.. tak ringan pun tugas cikgu ni.. so, jgn ambil mudah.. mak bapak pun kena ingat pasal ni.. itulah, lau dulu2 rotan tu kira hukuman biasa je.. dan cikgu pun tak ambil kesempatan.. maksudnya, hukuman bersebab.. skg ni, mungkin sbb de yg buat rosak, habis semua cikgu yg kena..
tapi saya dgr sekolah bukan melayu masih lagi de yg rotan2 ni.. ok je kan mak bapak dorang.. maksudnya dorang benarkn hukuman begitu, selagi tak terlalu memudaratkan.. ini, anak kena marah sikit, dah nak marah2 cikgu.. kesian cikgu2 sekalian..
[Balas]
jadi cikgu susah..
jadi murid pun susah..
mane ade yg senang dalam dunia ni skrg..
hehe
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 2nd, 2010 at 2:27 pm
@botak, de tulnye tu.. apa2 pun susah.. hehe.. yg ptg, kawal diri dan buat yg terbaik..
[Balas]
saya bukanla keje guru cuma confused la..knapa org asek pandang guru sek kementerian jew
knapa guru sek agama x pernah org nak hirau…walhal sama-sama mendidik mngajar…
guru agama lau keje berlambak pon x kecoh
tp kebanyakan guru sek.kementerian bagi keje ala-ala perkeranian pon nk canang satu dunia..ganjaran akhirat lebih besar dr ganjaran dunia…keje jd kan ibadat utk bekalan akhirat gaji keja jdkan bekalan untuk kelangsungan hidup didunia sementara..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
January 7th, 2011 at 3:28 pm
@dato’pujangga, ‘ganjaran akhirat lebih besar dr ganjaran dunia…keje jd kan ibadat utk bekalan akhirat gaji keja jdkan bekalan untuk kelangsungan hidup didunia sementara’ — saya suka dgn statement ni.. kalau semua org fikir cmni tentu tak de isu besar kan..
pasal hal ni kena tanya mereka la.. huhu
[Balas]
confused..knapa org dok pertikai guru kementerian je padahal guru SRA pon wat menda yang sama jugak…wahai guru-guru kerja jdkan ibadat utk bekalan akhirat gaji yg dpt every month utk bekalan kelangsungan hidup di dunia sementara.
[Balas]
dari kacamata saya yang pernah berada bersama guru-guru di sekolah, perbezaan tugas guru dengan jawatan lain adalah dr segi masa. guru memikul tanggungjawab yg wajib dilaksanakan dr jam 7pagi hingga jam 2petang. kadang-kadang berlarutan hngga jam 6petang (bg KAFA). kalau jawatan lain, masuk kerja jam 8pagi dan balik jam 5 petang, mereka habiskan masa selama 9 jam termasuk waktu makan manakala guru hanya mempunyai 7 jam sahaja termasuk waktu makan. jadi adilkah kerja yang sepatutnya berbaki 2 jam lagi dimampatkan dalam jangka masa 7 jam tersebut. tentunya guru2 akan berada dalam keadaan dihambat masa. semua kerja ada tekanannya begitu juga dgn guru namun tekanan yg dihadapi mungkin berbeza dengan mereka yang hanya di pejabat. guru sepatutnya menumpukan pada pendidikan dan bukannya kepada perkara lain namun bersyukurlah kepada mereka yg bergelar cikgu kerana tugas itu tugas mulia. kita kena insaf dan ikhlas terhadap kerja tersebut bagi memartabatkan lagi profesion guru di masa akan datang. kalau cikgu tak buat apa yang cikgu buat sekarang, mcm mana cikgu2 akan datang akan jd lebih canggih? fikir2kanlah…
ummisamir´s last [type] ..My Dream Car
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2011 at 12:43 pm
Mmg tak dinafikan tugas guru tu mencabar, tapi ingatlah, seberat mana tugas seorang guru, masih de lagi tugasan atau kerja di luar sana yg mungkin lebih erat dri ugas guru. Bayangkanlah ibu bapa yg terpaksa bekerja, sekali pun mengutip sampah, yg kita sendiri tak tahu berat mana. Apa pun, tahniah buat guru, dan trima kasih
[Balas]
[...] kerjaya cikgu kan.. Jangan ingat kerja cikgu mudah, sebab tu hari cikgu pun, cikgu kena kerja. Seksa ke tak jadi cikgu? Jawapan pada cikgu-cikgu, mestilah tak, sebabnya nak mendidik kita semua dan anak-anak kita semua.. [...]
Rugi saya kerana tidak menjadi seorang guru. Heheh. Kerja mana-mana / apa-apa pun sama sahaja. semua pekerjaan adalah mencabar. cuma kita kena lah cari pekerjaan yang sesuai dengan jiwa. Jika kita membuat pekerjaan yang sesuai dan serasi, maka semua cabaran akan dapat di atasi.
Mungkin satu kepuasan bagi cikgu apabila pelajarnya berjaya. terima kasih cikgu!
mama adam´s last [type] ..Readeasy – phonics
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 30th, 2011 at 4:28 pm
mmg sgt2 setuju dgn hal ni… lau kita suka, semua kerja berkaitan kita rasa ok je kan.. itulah kepuasan yg menunjukkan cikgu tu benar2 ikhlas bekerja..
[Balas]
sebenarnye keje ape pun sama sebenarnye..saya surirumah pun bukan keje senang..pernah jadi gstt memang banyak keje jugak cuma bile kita ikhlas n tahu amanah yang kite pikul hati pun jadi tenang..lama2 yang penat pun jadi seronok
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 29th, 2011 at 3:32 pm
@adyna, mmg suka dgn kata2 adyna.. lau kita ikhlas, insyaallah, semua jadi macam mudah utk kita kan.. lau de masalah tu, cuba bertahan sedayanya.. lau tak boleh juga, lepaskanlah.. kan
[Balas]
Komuniti Fiezaradzi
Berita Terkini
Komen Anda