Semasa

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu

Assalamualaikum semua.

Hari Guru | Ucapan hari guru tidak pernah dilupakan setiap tahun. 16 Mei setiap tahun adalah hari untuk meraikan cikgu-cikgu di Malaysia. Dulu, diri sendiri yang sambut dengan cikgu-cikgu sekolah, tapi kali ini giliran anak pulak yang sambut. Betapa masa begitu cepat berlalu.

Korang masih ingat lagi kenangan masa sekolah dulu? Mesti ada yang suka, gembira, sedih, malah kenangan yang pahit untuk korang ingat. Dalam ramai-ramai cikgu, cikgu mana yang korang paling suka? Mesti ada kan, walaupun ada yang claim semua cikgu dia suka. Mestilah kan. Itukan cikgu kita…

Dulu, masa sekolah menengah, paling suka cikgu prinsip akaun Tingkatan 5. Ye, walaupun sekolah dan pelajar aliran sains, prinsip akaun satu subjek pilihan untuk cukupkan 10 mata pelajaran. Masa tingkatan 4, tak pernah langsung dapat A bagi subjek ni. Paling mantap pun C3 je. Itu pun mujur. Pelik sungguh, bila cikgu prinsip akaun tingkatan 4 masuk je, mata pun jadi kuyu secara automatik. Bila di Tingkatan 5, kelas saya tu kena pecah 2 kumpulan, satu kumpulan dengan cikgu lama, satu kumpulan lagi dapat cikgu yang lagi sorang. Sejak belajar dengan cikgu yang ‘baru’ tu, terus dapat A1 setiap kali ujian bulanan. Pelik, pelik.. bukan saya sorang, malah ada lagi kawan-kawan yang macam tu. Dan yang paling best, cikgu ni jugaklah yang beri saya coklat mahal dan beberapa biji buah pir sebab tolong dia untuk satu program kakak-kakak senior. Sikit je tolong pun, tak sangka pulak, hari Isnin, dapat hadiah sumbangan itu. Kawan-kawan, mestilah jeles.

Saya akui dulu, Tingkatan 4 dan 5 memang jadi target dalam kelas untuk subjek Matematik Tambahan. Tak pernah langsung dapat A1 dan A2. Ujian bulanan pertama untuk subjek ni, dapat P7 tau. Malu pulak rasa. Sejak waktu tu, hinggalah ujian percubaan, malah sebelum SPM bermula, cikgu ni memang risaukan saya dan 2-3 orang lagi. Sebabnya, target cikgu adalah semua murid dalam kelas tu dapat A1. A1 tau, maksudnya markah 82 ke atas. Mungkin hanya sekali dua saja dapat A1 dan A2 bagi keseluruhan ujian. Ye, tiap-tiap bulan kami ujian, dan hampir 2 ke 3 ujian percubaan kami ada. Alhamdulillah, berkat ‘kerisauan’ cikgu Add Math tadi, peperiksaan Matematik Tambahan dirasakan senang, dan 30 orang murid kelas tu dpaat A1. Terima kasih cikgu.

Kalua nak ceritakan, banyak lagi kisah suka duka waktu sekolah ni. Itu baru sekolah menengah, belum campur lagi sekolah rendah dan sekolah tadika. Universiti pun tempat sekolah jugak kan. Apa pun, jasa cikgu memang tak dapat kita semua nafikan. Walau seksa jadi guru dan berat mana pun tugas cikgu, mereka sudah cuba sebaiknya untuk mendidik anak bangsa. Jangan hanya ada segelintir cikgu yang buat kesilapan, kita menghukum semua cikgu-cikgu di Malaysia.

Buat cikgu-cikgu (nak sebut banyak ni, nasiblah korang baca) di sekolah tadika dulu, Cikgu Siti Zaharah dan cikgu masak (nak panggil cikgu jugak) Kak Chah, terima kasih banyak. Cikgu-cikgu sekolah rendah dulu, Cikgu Izham, Cikgu Suhaimi, Cikgu Waziri, Cikgu Siti Zaleha, Cikgu Rosenah, Cikgu Hashim, Arwah Cikgu Harun, jasa kalian dikenang selamanya. Buat cikgu di sekolah menengah, Cikgu Said, Khalid, Cikgu Rahim, Cikgu Shamsul, Cikgu Saedah, Puan Bahayah, Ustazah Juriah, Ustazah Kamsiah dan ramai lagi. Walaupun kadang-kadang saya tidur dalam kelas, tapi cikgu-cikgulah yang paling dekat dengan kami, sebabnya kami jauh dari kampung. terima kasih untuk tunjuk ajar, walaupun kadang-kadang kami malas nak pergi kelas ‘prep’, apatah lagi kelas latih tubi. (Ah, nostalgia sungguh). Cikgu Tuah, Cikgu Rosdi yang dua-duanya rilek je ajar Add Math masa matrik dulu, dan pensyarah yang saya suka masa final sem, Dr. Rosfarizan. Cikgu-cikgu dan pensyarah sekalian adalah yang terbaik. Selamat Hari Pendidik.

Buat kawan-kawan yang jadi cikgu, Selamat Hari Guru, atau lebih best, Selamat Hari Pendidik dan selamat memikul tanggung jawab seorang pendidik anak bangsa. Buktikan anda guru dan pendidik terbaik untuk anak-anak murid masing-masing.

@fiezaradzi.com – Rindu pulak kat sekolah dan institusi pengajian dulu.. Jom balik ke sekolah..

1 thought on “Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge