Personal

Selamat Untukku, Selamat Buat Semua

Salam. semalam tak sempat menjenguk blog rakan-rakan lain. Sempat tinggal pesan jer kat blog sendiri. Semalam ke Batu Pahat lagi. Tapi, tak de sesi melawat makanan lagi. Pergi kerja, singgah rumah parents bos, makan tengahari dan balik. Semalam juga hari yang best.

Best? Nape ye? Lau baca di blog encik suamiku, mesti dah tau naper.. Semalam genaplah usia saya yang ke-18.. eh, hehe silap tu.. Terima kasih kepada yang ingat, wiah dan doakan yang terbaik untuk saya. Moga rakan-rakan juge begitu. Disebabkan semalam hari yang penuh ceria dan penuh kerja, jadi celebrate tak sangat la.. Selalu pun, bukan celebrate pun.. Cukuplah dengan doa dan harapan yang menjadi sandaran.

Tapi encik suami belanja hari sebelumnye.. suke.. suker.. So, hari sebelum nya tu, kami ke Secret Recipe. Pergi sini pun leh kira la.. Bukan pe, walaupun kek kat sini memang sedap, tapi tak sampai hati nak leburkan helaian wang ringgit.. hehe.. berkira ke saya ni..?? Takla, tapi rasa sayang kan.. Apa pun, untuk hari istimewa, encik suami bawak kami bertiga (suami, saya, dan si kecil, annur) ke situ..

air

air yang sedap..

kek

kek saya dan kek suami.. cantik dan sedap..

Memang sedap.. Kawan-kawan pernah rasa? Maaflah letak gambar jer, tapi tak bagi pun secubit dua untuk anda.. Lau de kat situ, insyaallah saya bagi.. hehee.. Lau tak silap, kek tu, chocolate fudge dengan hazel pe tah.. lupa daa.. Hari tu ingat lagi.. hehee.. maklumlah, dah semakin tua.. Apa pun, terima kasih banyak-banyak buat encik suamiku.. Juga terima kasih atas hadiah lain tu.. hehe..

Saya mohon maaf kepada semua jika selama ini ada salah silap, terutamanya dari segi bahasa (sebab tak penah jumpa kan..), bagi yang penah jumpe, maaf gak lau de tersalah perbuatan dan kata-kata. Doakan yang terbaik untuk saya, dan semestinya saya doakan yang terbaik juge untuk kalian sekalian.

@fiezaradzi.com – selamat hari lahir buat tuan empunya blog, dan juga rakan-rakan yang sama tarikh lahir semalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge