Tips Sihatkan Badan, Makan Oat

Posted by

Tips Sihatkan Badan

Assalamualaikum, dan selamat menjalani hari yang terbaik untuk kita semua. Ada blogger ini tulis tips untuk kempiskan perut dan kuruskan badan tanpa ubat. Dah baca ke belum? Kalau belum, bolehlah terjah ke sana. Saya macam biasa komen di setiap entry blog itu. Ini bukti komen.

 photo oatsihat_zpsef1afade.jpg

Tengok tu titan tak percaya kami makan oat saja. Malam-malam, biasanya memang kami CUBA untuk tidak makan nasi, ye lah, berat badan senang je naik, nak turun tu bukan mudah, tapi taklah sampai kena makan ubat kan.

Dan sebagai bahan bukti lagi, ini dia makanan yang sihat itu..

anak makan oat photo e1f782b5-335d-4b9c-afda-304307d3cf8f_zpsf13b0ceb.jpg

oat untuk kesihatan photo 929bbcaa-2ec3-4ac2-b595-cac60add20d7_zpsa0428ae7.jpg

Close up sikit

Kejap lagi titan kata tu anak yang makan. Anak kan ikut apa mak ayah dia buat, makan pun sekali.. Anak kita, acuan kita.

Tips Kuruskan dan Sihatkan Badan

Itulah tips kami untuk cuba kurus sebenarnya. Cuba hadkan makan di waktu malam, walaupun kadang kala tewas juga. Sebab tu tak kurus mana pun. Selain itu, cuba kurangkan minuman manis (yang ni susah sikit dan masih lagi mencuba).Maklumlah, kalau penggemar teh ais sejak dulu, pening juga kepala nak minum air lain selain air kegemaran ini.

Banyak lagi cara atau tips untuk kekal kurus dan kempis perut. Boleh belajar buat senaman, dan ada orang kata berbasikal antara aktiviti yang baik untuk bakar kalori ini. Nak cuba, basikal amigo belum beli. Cikgu naman nak bagi pinjam pun, jauh sangat duduknya. Jadi tunggu masa sajalah.

Tak perlu makan ubat untuk kurus. Mungkin ubat tu hanyalah sokongan dan sampingan. Tapi kalau makan ubat, pemakanan tidak dijaga dan tak buat aktiviti bersenam, susah juga. tak kurus mana pun rasanya. Jadi, jangan malas. Kalau malas, dapat duit macam titan, tak pe. (titan lagi)…

@fiezaradzi.com – Cuba buat aktiviti berat selepas hampir 6 bulan kes sakit appendiks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *